BAHAGIAN
B: KARANGAN UMUM (100M)
Minat membaca
buku-buku ilmiah dalam kalangan anak-anak remaja belum mencapai tahap yang
memuaskan. Ibu bapa memainkan peranan penting untuk menggalakkan anak-anak
mereka membaca karya-karya ilmiah agar dapat melahirkan generasi yang cinta akan
ilmu pengetahuan.
Nyatakan
usaha-usaha yang boleh diambil oleh ibu bapa untuk mencapai hasrat tersebut.
Cadangan
idea / isi :
1.
ibu bapa menjadi contoh terbaik – sentiasa membaca
buku-buku ilmiah.
2.
menyediakan perpustakaan mini di rumah – antara
buku yang disediakan antaranya terdapat buku-buku ilmiah.
3.
menyediakan bahan-bahan yang mudah dan menarik
minat anak-anak. Bahan bacaan ilmiah ini disesuaikan dengan tahap umur
4.
membawa anak-anak ke pameran / kedai buku – bawa
mereka ke sudut/ruang buku-buku ilmiah.
Dewasa ini, minat membaca buku-buku ilmiah
dalam kalangan anak-anak remaja belum mencapai tahap yang memuaskan sering
diperkatakan oleh semua pihak.(K) Hal ini dikatakan demikian kerana isu ini
memberikan pelbagai kesan kepada kita semua.(S) Persoalannya, apakah
usaha-usaha yang boleh diambil oleh ibu bapa untuk mencapai hasrat
tersebut ini secara rasional? (M)
Sesungguhnya, terdapat pelbagai usaha yang boleh diambil oleh ibu bapa untuk
mencapai hasrat tersebut, bak kata peribahasa tepuk dada Tanya selera.(JA)
Sesungguhnya, usaha-usaha yang boleh
diambil oleh ibu bapa untuk mencapai hasrat tersebut yang pertama ialah ibu bapa menjadi contoh
terbaik .(JU) Hal ini kerana ibu bapa menjadi contoh terbaik dengan membaca
buku-buku ilmiah atau bukan ilmiah di rumah.(M)
Secara tidak langsung, anak-anak akan melihat perilaku mereka dan ingin
mengikuti cara ibu bapa membaca buku di rumah.(BA) Contohnya, ibu bapa membaca surat khabar, majalah
akademik dan sebagainya.(C) Kesannya,
hasrat untuk melahirkan generasi yang cinta akan ilmu
pengetahuan hasil daripada bacaan buku terjelma, bak kata peribahasa ilmu itu
pelita hidup.(K+PE) Oleh itu,
jelaslah bahawa ibu bapa menjadi contoh terbaik adalah usaha-usaha yang boleh
diambil oleh ibu bapa untuk mencapai hasrat tersebut.(K)
Selain itu, usaha-usaha yang boleh diambil
oleh ibu bapa untuk mencapai hasrat tersebut ialah menyediakan perpustakaan mini di rumah.(JU)
Hal ini dikatakan demikian kerana ,anak-anak boleh membaca buku di rumah tanpa
perlu ke perpustakaan yang berada jauh dari tempat tinggal.(M) Di sinilah peranan ibu bapa untuk melihat
serta memantau anak-anak mereka membaca buku sambil mengeratkan silaturahim
antara anak dan ibu bapa sendiri. (BA)Contohnya, antara buku yang disediakan di
perpustakaan mini adalah buku-buku ilmiah serta buku cerita yang
menyeronokkan anak-anak. (C) Oleh itu, jelaslah bahawa menyediakan perpustakaan
mini di rumah adalah usaha-usaha yang boleh diambil oleh ibu bapa untuk
mencapai hasrat tersebut. (K)
Disamping
itu, usaha-usaha yang boleh diambil oleh ibu bapa untuk mencapai hasrat
tersebut ialah menyediakan bahan-bahan yang mudah dan menarik minat anak-anak.(JU)
Hal ini kerana ia akan menarik minat anak-anak untuk membaca buku tersebut di
rumah.(M) Malahan, anak-anak tidak akan membuang masa mereka dengan melepak
bersama-sama kawan yang asyik membuang masa sahaja. (BA)Kesannya, anak-anak dapat menimba ilmu
baharu dan mengelakkan diri mereka daripada membuang masa begitu sahaja, bak
kata peribahasa masa itu emas.(K) Contohnya, bahan bacaan ilmiah ini
disesuaikan dengan tahap umur kanak-kanak dan remaja. (C)Oleh itu, jelaslah
bahawa menyediakan bahan-bahan yang mudah dan menarik minat anak-anak adalah
usaha-usaha yang boleh diambil oleh ibu bapa untuk mencapai hasrat tersebut.(K)
Berdasarkan huraian yang berkaitan membaca
karya-karya ilmiah jelas bahawa ibu bapa memainkan peranan yang penting untuk menggalakkan anak-anak mereka membaca
karya-karya ilmiah agar dapat melahirkan generasi yang cinta akan ilmu pengetahuan.(PE)
Oleh itu kita haruslah berganding bahu bersama-sama
pihak kerajaan bagi memastikan usaha-usaha yang boleh diambil oleh ibu bapa
untuk mencapai hasrat tersebut tercapai
dengan segera. (SA)Diharapkan usaha murni ini dapat melahirkan masyarakat minda
kelas pertama.(HA) Secara intihanya, marilah kita bersama-sama mewujudkan
semangat untuk sama-sama membaca karya ilmiah agar generasi muda mencontohi
usaha murni ini. Bak kata pepatah hendak
seribu daya, tak hendak seribu dalih.(KE)
Modul 2:karangan umum (100m)
Masyarakat pada masa ini kurang
mengamalkan amalan gaya hidup sihat. Hal ini menyebabkan masyarakat sekarang
mendapat pelbagai jenis penyakit.
Nyatakan amalan
yang perlu dilakukan untuk membentuk gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat.
Cadangan
isi
1.
Pemakanan
yang seimbang
2.
Aktiviti
senaman yang berkala
3.
Mengutamakan
kebersihan diri
Dewasa ini, amalan gaya hidup sihat
sering diperkatakan oleh semua pihak(k). Hal ini dikatakan demikian
kerana isu ini memberikan pelbagai kesan kepada kita semua.(S) Oleh itu,
marilah kita lihat apakah amalan yang
perlu dilakukan untuk membentuk gaya hidup yang sihat dalam kalangan
masyarakat ini secara rasional.(M). sesungguhnya, terdapat pelbagai amalan yang
boleh dilakukan untuk membentuk gaua hidup yang sihat dalam kalangan
masyarakat. (JA)
Pada pendapat saya amalan yang perlu dilakukan untuk membentuk gaya
hidup yang sihat dalam kalangan masyarakat
yang pertama ialah pemakanan yang seimbang(JU) . Hal ini kerana pemakanan yang seimbang merupakan amalan yang
perlu dilakukan untuk membentuk gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat.(M) Contohnya, setiap masyarakat perlulah mengambil makanan
yang kaya dengan sumber karbohidrat,
protein dan vitamin.(BA). Kesanya
ialah penyakit kronik dapat dihindari daripada makan makanan yang tidak
menepati piramid makanan, bak kata peribahasa mencegah lebih baik daripada
mengubati. (K+pe)) Oleh itu, jelaslah bahawa pemakanan yang seimbang adalah amalan yang
perlu dilakukan untuk membentuk gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat. (K)
Selain itu, amalan yang perlu dilakukan untuk membentuk gaya hidup sihat dalam
kalangan masyarakat yang kedua ialah aktiviti senaman yang
berkala.(JU) Hal ini kerana aktiviti senaman yang berkala merupakan amalan yang
perlu dilakukan untuk membentuk gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat.(M)Contohnya,
masyarakat perlu meluangkan masa untuk bersenam sekurang-kurangnya 3 kali
seminggu dan lebih kurang 10 minit
setiap sesi.(BA) Implikasi daripada
amalan bersenam adalah dapat menyihatkan badan serta menyukarkan penyakit
berjangkit merebak dengan mudahnya apabila mempunyai antibodi yang tinggi.(K)
Hal ini bersesuaian dengan peribahasa, sediakan patung sebelum hujan serta otak
cergas, badan sihat.(PE). Oleh itu, jelaslah bahawa aktiviti senaman yang
berkala adalah amalan yang perlu dilakukan untuk membentuk gaya hidup sihat dalam
kalangan masyarakat.(K)
Di samping itu, amalan yang
perlu dilakukan untuk membentuk gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat
yang ketiga ialah mengutamakan
kebersihan diri (JU). Hal ini kerana mengutamakan kebersihan diri
merupakan amalan
yang boleh mencegah diri daripada mudah dijangkiti penyakit. (M)Contohnya,
kita perlulah mencuci tangan dengan bersih sebelum makan dan menutup makanan dengan
baik agar tidak dihurung lalat.(BA+C).
Kesannya, kita selamat daripada terkena penyakit seperti cirit-birit,
demam, dan sebagainya yang seterusnya memudahkan kita melakukan aktiviti
seharian dengan baik dan sihat bak kata peribahasa beringat sebelum kena(k)
Oleh itu, jelaslah bahawa mengutamakan
kebersihan diri adalah amalan yang perlu dilakukan untuk membentuk gaya hidup sihat dalam
kalangan masyarakat.(K)
Kesimpulannya, sebagai masyarakat prihatin kita haruslah
berganding bahu bersama-sama pihak kerajaan bagi memastikan usaha-usaha yang
boleh diambil oleh ibu bapa untuk mencapai hasrat tersebut tercapai dengan segera. Usaha murni ini dapat melahirkan masyarakat
minda kelas pertama. Bak kata pepatah
hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.
No comments:
Post a Comment