KARANGAN
BAHAGIAN A; KARANGAN RANGSANGAN (30 MARKAH)
KARANGAN RANGSANGAN : 30 MARKAH
Bahagian A
[30 markah]
[Masa dicadangkan:45 minit]
Berdasarkan grafik di bawah huraikan tentang
kebaikan mengadakan rumah terbuka ketika hari perayaan di Malaysia. Panjang huraian
anda hendaklah antara 200 hingga 250
patah perkataan.
Kebaikan
Mengadakan Rumah Terbuka
Pendahuluan:KSSMJA
Dewasa
ini, rumah terbuka merupakan amalan terpuji dan sering diperkatakan ketika hari
perayaan di Malaysia.(K) Hal ini
dikatakan demikian kerana amalan rumah terbuka amat penting untuk mewujudkan
perpaduan kaum di Malaysia.(S) Amalan
mulia ini sewajarnya menjadi rutin hidup kerana banyak kemaslahatannya. Semua pihak haruslah beriltizamn untuk
mendepati isu ini kerana di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Umum mengetahui bahawa amalan ini semakin
popular dalam budaya masyarakat terutamanya apabila tiba musim perayaan seperti
Hari Raya, hari Deepavali dan sebagainya.(S)
Persoalannya, apakah kebaikan mengadakan
rumah terbuka ketika hari perayaan di Malaysia?(M)Sesungguhnya, terdapat
pelbagai kebaiakan mengadakan rumah terbuka ketika hari perayaan ini.(JA)
Contoh perenggan isi 1:JUMBAKPEK(JELMAAN+PAS)
Sesungguhnya
kebaikan hari terbuka yang pertama adalah dapat mengeratkan perpaduan antara
kaum di Malaysia.(JU) Hal ini dikatakan demikian kerana, semasa menghadiri
rumah terbuka tersebut para tetamu yang hadir akan beramah mesra dengan tetamu
yang lain.(M+BA) Oleh itu, di samping menjamu selera, secara tidak langsung
perpaduan dan persefahaman antara tetamu yang terdiri daripada pelbagai latar
belakang ini akan dapat dimantapkan.(K) Hal ini bersesuaian dengan cogan kata, "Tak kenal maka tak cinta". (PE)Jelaslah
bahawa kebaikan mengadakan rumah terbuka sebagai alat mengeratkan perpaduan
kaum.(K)
Contoh perenggan isi 2:JUMBAKPEK(JELMAAN+PAS)
Selain
itu, kebaikan mengadakan rumah terbuka adalah dapat mengenali budaya kaum lain.(JU) Hal ini dikatakan demikian kerana, semasa
menghadiri rumah terbuka , para tetamu yang terdiri daripada pelbagai kaum akan
memahami budaya dan adat resam kaum lain.(M+BA) Mereka akan merayakan perayaan
itu bersama-sama, walaupun mereka berbeza latar belakang budaya dan agama.
Jadi, mereka akan dapat mempelajari budaya dan adat resam kaum lain dan
berusaha untuk memahaminya. Sebagai contohnya, orang-orang Cina, India, Iban,
Kadazan akan merayakan sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama-sama dengan orang
Melayu dan begitu juga sebaliknya.(K)
Hal ini bersesuaian dengan peribahasa bulat air kerana pembentung, bulat
kata kerana muafakat.(PE) Tegasnya,
mengenali budaya kaum lain merupakan kebaikan mengadakan rumah terbuka ketika
hari perayaan di Malaysia.(K)
Contoh perenggan isi 3:JUMBAKPEK
Akhir sekali, amalan rumah terbuka ini dapat membina semangat
semangat kerja sama antara masyarakat pelbagai kaum, bangsa dan agama.(JU) Hal ini dikatakan demikian kerana, semasa membuat persiapan untuk mengadakan rumah terbuka, yang diadakan
di kawasan kejiranan, jiran-jiran boleh membantu menyediakan juadah atau
mempersiapkan tempat. (M) Jangan seperti
kera sumbang kerana kerjasama daripada masyarakat akan memudahkan segala
persiapan dari awal hingga akhir. (BA) Hal ini akan dapat memupuk semangat
bekerjasama.Kerja-kerja yang dilakukan secara bersama-sama adalah sangat
berkesan dan menjimatkan masa. (K) Hal ini dapat dicerminkan dengan peribahasa
yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing. Memang tidak dapat
dinafikan, sikap kerjasama dapat dipupuk melalui majlis rumah terbuka ini.(K)
Contoh
perenggan penutup: PESAHAKE
Berdasarkan
huraian berkaitan kebaikan mengadakan rumah terbuka, ternyatalah bahawa majlis rumah terbuka haruslah dijadikan
amalan dan budaya masyarakat Malaysia
untuk mengeratkan perpaduan kaum di
Malaysia.(PE) Oleh sebab itu, kerjasama dan permuafakatan dalam majlis ini perlu
dijadikan asas penting untuk meningkatkan perpaduan negara.(SA) Warga Malaysia
sangat mengharapkan negara Malaysia akan
kekal aman dan rakyat hidup bahagia tanpa berasa takut dan bimbang dengan
ancaman dari luar.(HA) Sebagai kesimpulannya, kemakmuran dan kerukunan negara
perlu dipertahankan untuk kesejahteraan kita bersama . Benarlah kata peribahasa Melayu, bersatu kita
teguh, bercerai kita roboh.(KE)
No comments:
Post a Comment