Tuesday, September 4, 2018

TEKNIK PASANG SIAP JUMBAKPEK-AMULUS KARANGAN RANGSANGAN


KARANGAN BAHAGIAN A; KARANGAN RANGSANGAN (30 MARKAH)
KARANGAN RANGSANGAN : 30 MARKAH
Bahagian A
[30 markah]

[Masa dicadangkan:45 minit]

Berdasarkan grafik di bawah huraikan tentang kebaikan mengadakan rumah terbuka ketika hari perayaan di Malaysia.  Panjang huraian anda hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

Kebaikan Mengadakan Rumah Terbuka
Pendahuluan:KSSMJA
            Dewasa ini, rumah terbuka merupakan amalan terpuji dan sering diperkatakan ketika hari perayaan di Malaysia.(K)  Hal ini dikatakan demikian kerana amalan rumah terbuka amat penting untuk mewujudkan perpaduan kaum di Malaysia.(S)  Amalan mulia ini sewajarnya menjadi rutin hidup kerana banyak kemaslahatannya.  Semua pihak haruslah beriltizamn untuk mendepati isu ini kerana di mana ada kemahuan di situ ada jalan.  Umum mengetahui bahawa amalan ini semakin popular dalam budaya masyarakat terutamanya apabila tiba musim perayaan seperti Hari Raya, hari Deepavali dan sebagainya.(S)  Persoalannya, apakah kebaikan mengadakan rumah terbuka ketika hari perayaan di Malaysia?(M)Sesungguhnya, terdapat pelbagai kebaiakan mengadakan rumah terbuka ketika hari perayaan ini.(JA)

Contoh perenggan isi 1:JUMBAKPEK(JELMAAN+PAS)

            Sesungguhnya kebaikan hari terbuka yang pertama adalah dapat mengeratkan perpaduan antara kaum di Malaysia.(JU) Hal ini dikatakan demikian kerana, semasa menghadiri rumah terbuka tersebut para tetamu yang hadir akan beramah mesra dengan tetamu yang lain.(M+BA) Oleh itu, di samping menjamu selera, secara tidak langsung perpaduan dan persefahaman antara tetamu yang terdiri daripada pelbagai latar belakang ini akan dapat dimantapkan.(K) Hal ini bersesuaian dengan cogan kata,  "Tak kenal maka tak cinta". (PE)Jelaslah bahawa kebaikan mengadakan rumah terbuka sebagai alat mengeratkan perpaduan kaum.(K)


Contoh perenggan isi 2:JUMBAKPEK(JELMAAN+PAS)

Selain itu, kebaikan mengadakan rumah terbuka adalah dapat mengenali budaya kaum lain.(JU)  Hal ini dikatakan demikian kerana, semasa menghadiri rumah terbuka , para tetamu yang terdiri daripada pelbagai kaum akan memahami budaya dan adat resam kaum lain.(M+BA) Mereka akan merayakan perayaan itu bersama-sama, walaupun mereka berbeza latar belakang budaya dan agama. Jadi, mereka akan dapat mempelajari budaya dan adat resam kaum lain dan berusaha untuk memahaminya. Sebagai contohnya, orang-orang Cina, India, Iban, Kadazan akan merayakan sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama-sama dengan orang Melayu dan begitu juga sebaliknya.(K)  Hal ini bersesuaian dengan peribahasa bulat air kerana pembentung, bulat kata kerana muafakat.(PE)  Tegasnya, mengenali budaya kaum lain merupakan kebaikan mengadakan rumah terbuka ketika hari perayaan di Malaysia.(K)

Contoh perenggan isi 3:JUMBAKPEK
Akhir sekali, amalan rumah terbuka ini dapat membina semangat semangat kerja sama antara masyarakat pelbagai kaum, bangsa dan agama.(JU)  Hal ini dikatakan demikian kerana, semasa membuat persiapan untuk mengadakan rumah terbuka, yang diadakan di kawasan kejiranan, jiran-jiran boleh membantu menyediakan juadah atau mempersiapkan tempat. (M)  Jangan seperti kera sumbang kerana kerjasama daripada masyarakat akan memudahkan segala persiapan dari awal hingga akhir. (BA) Hal ini akan dapat memupuk semangat bekerjasama.Kerja-kerja yang dilakukan secara bersama-sama adalah sangat berkesan dan menjimatkan masa. (K) Hal ini dapat dicerminkan dengan peribahasa yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing. Memang tidak dapat dinafikan, sikap kerjasama dapat dipupuk melalui majlis rumah terbuka ini.(K)
Contoh perenggan penutup: PESAHAKE
Berdasarkan huraian berkaitan kebaikan mengadakan rumah terbuka, ternyatalah bahawa majlis rumah terbuka haruslah dijadikan amalan  dan budaya masyarakat Malaysia untuk  mengeratkan perpaduan kaum di Malaysia.(PE) Oleh sebab itu, kerjasama dan permuafakatan dalam majlis ini perlu dijadikan asas penting untuk meningkatkan perpaduan negara.(SA) Warga Malaysia sangat mengharapkan  negara Malaysia akan kekal aman dan rakyat hidup bahagia tanpa berasa takut dan bimbang dengan ancaman dari luar.(HA) Sebagai kesimpulannya, kemakmuran dan kerukunan negara perlu dipertahankan untuk kesejahteraan kita bersama .  Benarlah kata peribahasa Melayu, bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.(KE)

No comments:

Post a Comment