Tuesday, September 4, 2018

KARANGAN UMUM-MURID LULUS


BAHAGIAN B:  KARANGAN UMUM (100M)
Minat membaca buku-buku ilmiah dalam kalangan anak-anak remaja belum mencapai tahap yang memuaskan. Ibu bapa memainkan peranan penting untuk menggalakkan anak-anak mereka membaca karya-karya ilmiah agar dapat melahirkan generasi yang cinta akan ilmu pengetahuan.

Nyatakan usaha-usaha yang boleh diambil oleh ibu bapa untuk mencapai hasrat tersebut.

Cadangan idea / isi :
1.       ibu bapa menjadi contoh terbaik – sentiasa membaca buku-buku  ilmiah.
2.       menyediakan perpustakaan mini di rumah – antara buku yang disediakan antaranya terdapat buku-buku ilmiah.
3.       menyediakan bahan-bahan yang mudah dan menarik minat anak-anak. Bahan bacaan ilmiah ini disesuaikan dengan tahap umur
4.       membawa anak-anak ke pameran / kedai buku – bawa mereka ke sudut/ruang buku-buku ilmiah.

Dewasa ini, minat membaca buku-buku ilmiah dalam kalangan anak-anak remaja belum mencapai tahap yang memuaskan sering diperkatakan oleh semua pihak.(K) Hal ini dikatakan demikian kerana isu ini memberikan pelbagai kesan kepada kita semua.(S) Persoalannya, apakah usaha-usaha yang boleh diambil oleh ibu bapa untuk mencapai hasrat tersebut  ini secara rasional? (M) Sesungguhnya, terdapat pelbagai usaha yang boleh diambil oleh ibu bapa untuk mencapai hasrat tersebut, bak kata peribahasa tepuk dada Tanya selera.(JA)
               
Sesungguhnya, usaha-usaha yang boleh diambil oleh ibu bapa untuk mencapai hasrat tersebut  yang pertama ialah ibu bapa menjadi contoh terbaik .(JU) Hal ini kerana ibu bapa menjadi contoh terbaik dengan membaca buku-buku ilmiah atau bukan ilmiah di rumah.(M)  Secara tidak langsung, anak-anak akan melihat perilaku mereka dan ingin mengikuti cara ibu bapa membaca buku di rumah.(BA) Contohnya,  ibu bapa membaca surat khabar, majalah akademik dan sebagainya.(C)  Kesannya, hasrat untuk melahirkan generasi yang cinta akan ilmu pengetahuan hasil daripada bacaan buku terjelma, bak kata peribahasa ilmu itu pelita hidup.(K+PE) Oleh itu, jelaslah bahawa ibu bapa menjadi contoh terbaik adalah usaha-usaha yang boleh diambil oleh ibu bapa untuk mencapai hasrat tersebut.(K)
               
Selain itu, usaha-usaha yang boleh diambil oleh ibu bapa untuk mencapai hasrat tersebut  ialah menyediakan perpustakaan mini di rumah.(JU) Hal ini dikatakan demikian kerana ,anak-anak boleh membaca buku di rumah tanpa perlu ke perpustakaan yang berada jauh dari tempat tinggal.(M)  Di sinilah peranan ibu bapa untuk melihat serta memantau anak-anak mereka membaca buku sambil mengeratkan silaturahim antara anak dan ibu bapa sendiri. (BA)Contohnya, antara buku yang disediakan di perpustakaan mini  adalah  buku-buku ilmiah serta buku cerita yang menyeronokkan anak-anak. (C) Oleh itu, jelaslah bahawa menyediakan perpustakaan mini di rumah adalah usaha-usaha yang boleh diambil oleh ibu bapa untuk mencapai hasrat tersebut. (K)
               
Disamping  itu, usaha-usaha yang boleh diambil oleh ibu bapa untuk mencapai hasrat tersebut ialah menyediakan bahan-bahan yang mudah dan menarik minat anak-anak.(JU) Hal ini kerana ia akan menarik minat anak-anak untuk membaca buku tersebut di rumah.(M) Malahan, anak-anak tidak akan membuang masa mereka dengan melepak bersama-sama kawan yang asyik membuang masa sahaja.  (BA)Kesannya, anak-anak dapat menimba ilmu baharu dan mengelakkan diri mereka daripada membuang masa begitu sahaja, bak kata peribahasa masa itu emas.(K) Contohnya, bahan bacaan ilmiah ini disesuaikan dengan tahap umur kanak-kanak dan remaja. (C)Oleh itu, jelaslah bahawa menyediakan bahan-bahan yang mudah dan menarik minat anak-anak adalah usaha-usaha yang boleh diambil oleh ibu bapa untuk mencapai hasrat tersebut.(K)
               
Berdasarkan huraian yang berkaitan membaca karya-karya ilmiah jelas bahawa ibu bapa memainkan peranan yang penting untuk menggalakkan anak-anak mereka membaca karya-karya ilmiah agar dapat melahirkan generasi yang cinta akan ilmu pengetahuan.(PE) Oleh itu  kita haruslah berganding bahu bersama-sama pihak kerajaan bagi memastikan usaha-usaha yang boleh diambil oleh ibu bapa untuk mencapai hasrat tersebut  tercapai dengan segera. (SA)Diharapkan usaha murni ini dapat melahirkan masyarakat minda kelas pertama.(HA) Secara intihanya, marilah kita bersama-sama mewujudkan semangat untuk sama-sama membaca karya ilmiah agar generasi muda mencontohi usaha murni ini. Bak kata pepatah  hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.(KE)

Modul 2:karangan umum (100m)

Masyarakat pada masa ini kurang mengamalkan amalan gaya hidup sihat. Hal ini menyebabkan masyarakat sekarang mendapat pelbagai jenis penyakit.
Nyatakan  amalan yang perlu dilakukan untuk membentuk gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat.

Cadangan isi
1.     Pemakanan yang seimbang
2.     Aktiviti senaman yang berkala
3.     Mengutamakan kebersihan diri

Dewasa ini, amalan gaya hidup sihat  sering diperkatakan oleh semua pihak(k). Hal ini dikatakan demikian kerana isu ini memberikan pelbagai kesan kepada kita semua.(S) Oleh itu, marilah kita lihat apakah amalan  yang perlu dilakukan untuk membentuk gaya hidup yang sihat dalam kalangan masyarakat  ini secara rasional.(M).  sesungguhnya, terdapat pelbagai amalan yang boleh dilakukan untuk membentuk gaua hidup yang sihat dalam kalangan masyarakat. (JA)

            Pada pendapat saya amalan  yang perlu dilakukan untuk membentuk gaya hidup yang sihat dalam kalangan masyarakat  yang pertama ialah pemakanan yang seimbang(JU) . Hal ini kerana pemakanan yang seimbang merupakan amalan yang perlu dilakukan untuk membentuk gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat.(M) Contohnya,  setiap masyarakat perlulah mengambil makanan yang kaya dengan sumber karbohidrat,  protein dan vitamin.(BA).  Kesanya ialah penyakit kronik dapat dihindari daripada makan makanan yang tidak menepati piramid makanan, bak kata peribahasa mencegah lebih baik daripada mengubati. (K+pe)) Oleh itu, jelaslah bahawa pemakanan yang seimbang adalah amalan yang perlu dilakukan untuk membentuk gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat. (K)

            Selain itu, amalan yang perlu dilakukan untuk membentuk gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat yang kedua ialah aktiviti senaman yang berkala.(JU) Hal ini kerana aktiviti senaman yang berkala merupakan amalan yang perlu dilakukan untuk membentuk gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat.(M)Contohnya, masyarakat perlu meluangkan masa untuk bersenam sekurang-kurangnya 3 kali seminggu dan  lebih kurang 10 minit setiap sesi.(BA)  Implikasi daripada amalan bersenam adalah dapat menyihatkan badan serta menyukarkan penyakit berjangkit merebak dengan mudahnya apabila mempunyai antibodi yang tinggi.(K) Hal ini bersesuaian dengan peribahasa, sediakan patung sebelum hujan serta otak cergas, badan sihat.(PE). Oleh itu, jelaslah bahawa aktiviti senaman yang berkala adalah amalan yang perlu dilakukan untuk membentuk gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat.(K)

            Di samping  itu, amalan yang perlu dilakukan untuk membentuk gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat yang ketiga ialah mengutamakan kebersihan diri (JU). Hal ini kerana mengutamakan kebersihan diri merupakan amalan yang boleh mencegah diri daripada mudah dijangkiti penyakit. (M)Contohnya, kita perlulah mencuci tangan dengan bersih sebelum makan dan menutup makanan dengan baik agar tidak dihurung lalat.(BA+C).  Kesannya, kita selamat daripada terkena penyakit seperti cirit-birit, demam, dan sebagainya yang seterusnya memudahkan kita melakukan aktiviti seharian dengan baik dan sihat bak kata peribahasa beringat sebelum kena(k) Oleh itu, jelaslah bahawa  mengutamakan kebersihan diri adalah amalan yang perlu dilakukan untuk membentuk gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat.(K)

            Kesimpulannya, sebagai masyarakat prihatin kita haruslah berganding bahu bersama-sama pihak kerajaan bagi memastikan usaha-usaha yang boleh diambil oleh ibu bapa untuk mencapai hasrat tersebut  tercapai dengan segera. Usaha murni ini dapat melahirkan masyarakat minda kelas pertama. Bak kata pepatah  hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.



No comments:

Post a Comment