Tuesday, September 4, 2018

TEKNIK PASANG SIAP JUMBAKPEK-AMULUS


Soalan : Karangan umum
Kempen gaya hidup sihat telah diperkenalkan oleh kerajaan untuk melahirkan masyarakat yang mementingkan kesejahteraan hidup.
Bincangkan amalan-amalan yang wajar anda lakukan untuk memastikan kesihatan diri sentiasa terjaga.
Pendahuluan karangan:


K
Belakangan ini, isu ………………….
S
Hal ini dikatakan demikian kerana …………….
Semua pihak haruslah beriltizam untuk mendepani isu ini kerana di mana ada kemahuan di situ ada jalan .
S
Umum mengetahui, bahawa amalan ini sukar / nyatakan …………
M (AA)
Persoalannya, apakah……………………………………..?

Ja (AT)
Sesungguhnya, terdapat pelbagai ……………………………………..


K
Belakangan ini, isu Kempen gaya hidup sihat merupakan amalan terpuji untuk melahirkan masyarakat yang mementingkan kesejahteraan hidup. 
S
Hal ini dikatakan demikian kerana amalan gaya hidup sihat amat penting untuk meningkatkan kesihatan masyarakat. Amalan mulia ini sewajarnya menjadi rutin hidup kerana banyak kemaslahatannya. Semua pihak haruslah beriltizam untuk mendepani isu ini kerana di mana ada kemahuan di situ ada jalan .
S
Umum mengetahui, bahawa amalan ini sukar untuk menjadi budaya dalam mayarakat yang kian mementingkan kerjaya daripada kesihatan diri semata-mata
M (AA)
Persoalannya, apakah amalan-amalan yang wajar saya lakukan untuk memastikan kesihatan diri sentiasa  terjaga ?
Ja (AT)
Sesungguhnya, terdapat pelbagai amalan yang boleh saya lakukan untuk memastikan kesihatan diri sentiasa terjaga demi kesejahteraan Negara.
Menulis isi karangan:
Modul JumbakpeK
Teknik JelmaanPas + Jumbakkpe(Penanda wacana)
JU
Jumba
Sesungguhnya, (AT) yang pertama  ialah  (Ju 1)
Mba
Hal ini dikatakan demikian kerana………………………(sebab/bagaimana/akibat/cth)
K+ pe
Kita
pelihara
Sebagai contoh,……………………………….
Kesannya hal ini dapat…………………………………, bak kata peribahasa……………………………
K
Kita
Jelaslah bahawa  (Ju 1) merupakan (AT).



Isi 1
Modul JumbakpeK
Teknik JelmaanPas + Jumbakkpe(Penanda wacana)
JU
Jumba
Sesungguhnya, amalan gaya hidup sihat yang pertama  adalah dengan mengambil makanan yang seimbang.
Mba
Hal ini dikatakan demikian kerana tubuh orang yang mengamalkan pemakanan seimbang ini akan mendapat khasiat dan vitamin yang diperlukan.
K+ pe
Kita
pelihara
Sebagai contoh, seseorang itu perlu banyak mengambil makanan yang berserat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan serta mengurangkan makanan yang berlemak atau mengandungi kolesterol yang tinggi. Impaknya , penyakit berbahaya seperti penyakit jantung koronari, tekanan darah tinggi dan diabetis akan dapat dielakkan kerana mencegah penyakit lebih baik daripada mengubatinya

K
Kita
Jelaslah bahawa  pemakanan yang seimbang merupakan amalan gaya hidup sihat.


Isi 2:
Modul JumbakpeK
Teknik JelmaanPas + Jumbakkpe(Penanda wacana)
JU
Jumba
Selain itu, amalan gaya hidup sihat yang akan saya lakukan adalah bersukan dan beriadah bersama-sama keluarga atau kawan-kawan.
Mba
Hal ini dikatakan demikian kerana, aktiviti sukan dan riadah yang dilakukan akan menyihatkan saya kerana aktiviti itu akan menyebabkan  badan akan mengeluarkan peluh dan melancarkan perjalanan darah
K+ pe
Kita
pelihara
Oleh itu, setiap orang hendaklah melakukan aktiviti yang dapat mengeluarkan peluh iaitu, sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Tamsilnya, melakukan aktiviti sukan seperti bermain badminton, bola sepak, menunggang basikal, berjoging, atau berenang sesuai dengan cogan kata, Badan Sihat , Otak Cerdas.
K
Kita
Tegasnya, aktiviti beriadah dan bersukan merupakan amalan yang saya lakukan untuk menjamin kesihatan dalam hidup.

Isi 3:
Modul JumbakpeK
Teknik JelmaanPas + Jumbakkpe(Penanda wacana)
JU
Jumba
Seterusnya, amalan-amalan yang wajar saya lakukan untuk memastikan kesihatan diri sentiasa terjaga adalah dengan  melakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala.
Mba
Hal ini bermaksud, pemeriksaaan kesihatan akan memastikan anggota dalaman tubuh seseorang itu seperti, jantung, hati, buah pinggang, dan pankreas berfungsi dengan baik.
K+ pe
Kita
pelihara
Implikasinya juga, penyakit berbahaya seperti penyakit jantung koronari, diabetis, dan tekanan darah tinggi dapat dapat dikesan lebih awal melalui peralatan moden dalam bidang perubatan. Dengan itu, langkah pemulihan akan dapat dilakukan dengan segera kerana alat-alat perubatan moden dapat mengesan sesuatu penyakit lebih awal dan tidaklah sudah terhantuk baru tengadah.
K
Kita
Benarlah bahawa dengan melakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala merupakan amalan-amalan gaya hidup hidup .

Isi 4:
Modul JumbakpeK
Teknik JelmaanPas + Jumbakkpe(Penanda wacana)
JU
Jumba
Di samping itu, amalan yang saya lakukan untuk kekal sihat adalah menjauhi gaya hidup negative dan tidak sihat seperti pengambilan alcohol yang banyak, ketagihan rokok dan juga pengambilan dadah atau pil-pil perangsang.
Mba
Hal ini dikatakan demikian kerana, amalan gaya hidup yang tidak sihat akan menjejaskan kesihatan dan mengancam nyawanya atau nyawa orang lain
K+ pe
Kita
pelihara
Kesan daripada pengambilan alkohol dan dadah juga akan mendedahkan badan kepada pelbagai penyakit dan masalah kesihatan seperti obesiti, kencing manis dan kesihatan mental.
K
Kita
Memang tidak dinafikan, bahawa menjauhi gaya hidup tidak sihat merupakan amalan gaya hidup baik demi kemajuan Negara yang sesuai dengan kempen kerajaan , ‘Rakyat Sihat Negara Maju’.

Menulis penutup karangan:
Modul PEHAJAKE
Teknik JelmaanPas + PESAHAKE(Penanda wacana)
Penegasan
(PE)
Pi
Berdasarkan huraian berkaitan dengan (ISU /TEMA )…………, ternyatalah bahawa ……………………………………………….
Saranan
(SA)
Sana
Oleh itu, kita haruslah ……………………………..
Harapan
(HA
harap
Kita mengharapkan …………./ Harapan kita……….
Kesimpulan
(KE)
kena
Sebagai kesimpulannya, semua pihak /masyarakat/individi/ kerajaan  perlu …………………………….

Modul PEHAJAKE
Teknik JelmaanPas + PESAHAKE(Penanda wacana)
Penegasan
(PE)
Pi
Berdasarkan huraian berkaitan dengan gaya hidup sihat, ternyatalah bahawa banyak amalan yang dapat dilakukan untuk memastikan kesihatan diri sentiasa terjaga demi melahirkan masyarakat yang mementingkan kesejahteraan hidup.

Saranan
(SA)
Sana
Oleh itu, kita haruslah mengamalkan gaya hidup sihat agar hidup kita sejahtera sepanjang masa bersesuaian dengan sabda Nabi Muhammad iaitu gunakanlah masa sihatmu, sebelum masa sakitmu.
Harapan
(HA
harap
Kita mengharapkan apabila kesihatan terjaga maka lahirlah  insan yang sihat  dan sentiasa boleh beribadah kepada Allah, memberikan sumbangan kepada keluarga, masyarakat dan Negara.

Kesimpulan
(KE)
kena
Sebagai kesimpulannya, semua pihak perlu mengutamakan kesihatan dengan melakukan pelbagai amalan gaya hidup sihat dalam kehidupan kita seharian demi mencapai wawasan 2020 nanti.


No comments:

Post a Comment