PENGENALAN TEKNIK
JUMBAKPEK
Proses dan strategi penulisan
Karangan
1.
Mengenal
tajuk soalan
2.
Rangka
karangan
3.
Menulis
karangan
4.
Menyemak
karangan
1.1
Mengenal Tajuk Soalan :TEKNIK TAAFDIRU
Tafsir dan kenal: teknik TAAFDiRu
(Tema/ayat tugasan/format karangan/dimensi/rangka isi/ungkapan menarik)
1. Ayat Tugasan /soalan
2. Format karangan
3. Ayat Isu /Tema
4. Akar isu
5. Dimensi karangan
TEKNIK TAAFDIRU
TEMA/ISU
|
Tema karangan yang dominan (isu utama)
|
AKAR TEMA
|
Anak-anak tema/ isu sampingan
|
AYAT TUGASAN
|
Soalan /tajuk soalan
|
FORMAT KARANGAN
|
Karangan berformat: rencana/laporan/wawancara/surat rasmi /surat
tak rasmi
Karangan tak berformat
|
DIMENSI KARANGAN
|
1.
Individu 2.
Keluarga. 3. Masyarakat 4. Negara/global
5. Komsas
|
RANGKA ISI
|
3 isi (karangan
rangsangan) / 5 isi (karangan umum)
|
UNGKAPAN MENARIK
|
Peribahasa/cogan kata/ kata-kata hikmah
|
Contoh 1:
Kempen gaya hidup sihat telah diperkenalkan oleh kerajaan untuk melahirkan
masyarakat yang mementingkan kesejahteraan hidup.
Bincangkan amalan-amalan yang wajar anda
lakukan untuk memastikan kesihatan diri sentiasa terjaga.
TEMA/ISU
|
Gaya hidup sihat
|
AKAR TEMA
|
masyarakat
yang pentingkan kesejahteraan hidup / kerajaan /sentiasa terjaga
|
AYAT TUGASAN
|
Amalan-amalan untuk memastikan kesihatan
diri sentiasa terjaga
|
FORMAT KARANGAN
|
Bincangkan (KTB)
|
DIMENSI KARANGAN
|
Diri (anda=saya)
|
RANGKA ISI
|
5 isi
|
UNGKAPAN MENARIK
|
Otak sihat badan cergas/ ingat sebelum kena
|
Contoh 2:
Dalam era globalisasi kini, pengaruh teknologi maklumat memungkinkan
manusia berinteraksi dengan lebih mudah, cepat dan efisien.
Nyatakan pendapat anda tentang faedah-faedah menguasai teknologi
maklumat kepada golongan remaja.
TEMA/ISU
|
Teknologi maklumat
|
AKAR TEMA
|
pengaruh
teknologi maklumat /berinteraksi dengan lebih mudah /cepat dan efisien /
remaja
|
AYAT TUGASAN
|
faedah-faedah menguasai teknologi maklumat kepada golongan
remaja.
|
FORMAT KARANGAN
|
Nyatakan pendapat
|
DIMENSI KARANGAN
|
Diri/individu – anda =saya
|
RANGKA ISI
|
5 isi (Karangan Respon Terbuka) & 3 isi (Karangan Rangsangan)
|
UNGKAPAN MENARIK
|
Melentur buluh biar dari rebungnya,
|
KAEDAH MENULIS
KARANGAN
STRATEGI
MENULIS PENDAHULUAN KARANGAN:TEKNIK KSSMJA
K
|
Kenyataan tentang tema / isu secara umum (ambil dari soalan)
|
Belakangan ini, isu
Kempen gaya hidup sihat merupakan amalan terpuji untuk melahirkan masyarakat
yang mementingkan kesejahteraan hidup.
|
S
|
Sebab / pendirian ayat tugasan dengan isu tema yang relevan + saranan huraian +
peribahasa
|
-
Hal
ini dikatakan demikian kerana amalan gaya
hidup sihat amat penting untuk meningkatkan kesihatan masyarakat.
-
Amalan mulia
ini sewajarnya menjadi rutin hidup kerana banyak kemaslahatannya.
-
Semua pihak
haruslah beriltizam untuk mendepani isu ini kerana di mana ada kemahuan di
situ ada jalan .
|
S
|
Serius/sukar /membimbangkan + huraian isu semasa
|
Umum mengetahui, bahawa
amalan ini sukar untuk menjadi budaya dalam mayarakat yang kian mementingkan
kerjaya daripada kesihatan diri semata-mata
|
M (AA)
|
Mengapa Persoalan Tajuk /apakah (AT)
|
Persoalannya, apakah amalan-amalan yang wajar saya lakukan untuk
memastikan kesihatan diri sentiasa
terjaga ?.
|
Ja (AT)
|
Jawapan ayat tugasan + huraian
|
Sesungguhnya, terdapat pelbagai amalan yang boleh saya
lakukan untuk memastikan kesihatan diri sentiasa terjaga demi kesejahteraan negara.
|
Kempen gaya hidup sihat telah diperkenalkan
oleh kerajaan untuk melahirkan masyarakat yang mementingkan kesejahteraan
hidup.
Bincangkan amalan-amalan yang wajar anda lakukan untuk
memastikan kesihatan diri sentiasa terjaga.
Kempen gaya hidup sihat merupakan amalan terpuji untuk melahirkan
masyarakat yang mementingkan kesejahteraan hidup (K). Hal ini dikatakan demikian kerana amalan gaya
hidup sihat amat penting untuk meningkatkan kesihatan masyarakat. Amalan mulia
ini sewajarnya menjadi rutin hidup kerana banyak kemaslahatannya. Semua pihak haruslah beriltizam untuk
mendepani isu ini kerana di mana ada kemahuan di situ ada jalan(K). Umum
mengetahui, bahawa amalan ini sukar untuk menjadi budaya dalam mayarakat yang
kian mementingkan kerjaya daripada kesihatan diri semata-mata (S).
Persoalannya, apakah amalan-amalan yang wajar saya lakukan untuk memastikan
kesihatan diri sentiasa terjaga ?(M)
Sesungguhnya, terdapat pelbagai amalan yang boleh kita lakukan untuk memastikan
kesihatan diri sentiasa terjaga demi kesejahteraan negara. (Je)
( 103 patah perkataan)
STRATEGI
MENULIS ISI/IDEA/JUDUL KARANGAN:TEKNIK JUMBAKPEK
AYAT
|
Modul
JUMBAKPek
|
Huraian isi
|
Ayat 1
|
JU -Judul/idea
|
Judul / isi utama
|
Ayat 2
|
M – Mengapa
|
Huraian sebab (Apa,Siapa,Di mana, Mengapa,Bila)
|
Ayat 3
|
BA –Bagaimana
|
Huraian bagaimana, tindakan, strategi
|
Ayat 4
|
K- Kesan/KBAT/Contoh
|
Kesan daripada huraian
Contoh diambil daripada judul /idea
Kbat berdasarkan isu-isu semasa yang berkaitan atau mana-mana
mata pelajaran seperti Sains, Fizik, Kimia, Geografi, sejarah dan lain-lain)
|
Ayat 5
|
Pe-Peribahasa/Ungkapan menarik
|
Letak peribahasa yang sesuai di tengah ayat atau akhir ayat atau
di tempat yang bersesuaian
|
Ayat 6
|
K - Kesimpulan
|
Kesimpulan judul idea
|
-
Boleh tambah 2 ayat atau lebih ayat serta
contoh boleh diletakkan di mana-mana bahagian huraian isi.
1.
Strategi JUMBAKPeK merupakan kaedah mengarang isi
karangan
2.
Pelajar
perlu mengenal terlebih dahulu tajuk soalan, kemudian menganalisis dan merangka
isi barulah mengarang menggunakan teknik ini.
3.
Anggaran
baris ayat yang diperlukan ialah antara 10-15 baris
4.
Strategi ini sesuai untuk pelajar cemerlang dan
sederhana.
5.
Bagi
pelajar yang cemerlang, digalakkan menulis huraian yang lebih daripada 2 ayat
dalam setiap modul JUMBAKPeK tersebut.
6.
Gunakan
penanda wacana yang disediakan mengikut ayat.
7.
Dalam
penulisan karangan strategi JUMBAKPeK,
pelajar didedahkan dengan memasukkan peribahasa , slogan atau kata-kata hikmat
yang disediakan mengikut tema tajuk.
STRATEGI
MENULIS PENUTUP KARANGAN : PESAHAKE
Penegasan
(PE)
|
Berdasarkan huraian berkaitan dengan gaya hidup sihat, ternyatalah
bahawa banyak amalan yang dapat dilakukan untuk memastikan kesihatan diri sentiasa terjaga demi
melahirkan masyarakat yang mementingkan kesejahteraan hidup.
|
Saranan
(SA)
|
Oleh itu, kita haruslah mengamalkan gaya hidup sihat agar
hidup kita sejahtera sepanjang masa bersesuaian dengan sabda Nabi Muhammad
iaitu gunakanlah masa sihatmu, sebelum masa sakitmu.
|
Harapan
(HA
|
Kita mengharapkan apabila kesihatan terjaga maka
lahirlah insan yang sihat dan sentiasa boleh beribadah kepada Allah,
memberikan sumbangan kepada keluarga, masyarakat dan Negara.
|
Kesimpulan
(KE)
|
Sebagai
kesimpulannya, semua pihak perlu mengutamakan kesihatan dengan melakukan pelbagai amalan gaya hidup sihat
dalam kehidupan kita seharian demi mencapai
wawasan 2020 nanti.
|
Berdasarkan huraian berkaitan dengan gaya hidup sihat, ternyatalah
bahawa banyak amalan yang dapat dilakukan untuk memastikan kesihatan diri sentiasa terjaga
demi melahirkan masyarakat yang mementingkan kesejahteraan hidup (PE) Oleh itu, kita haruslah mengamalkan gaya hidup sihat agar
hidup kita sejahtera sepanjang masa bersesuaian dengan sabda Nabi Muhammad
iaitu gunakanlah masa sihatmu, sebelum masa sakitmu(SA). Kita mengharapkan apabila kesihatan
terjaga maka lahirlah insan yang
sihat dan sentiasa boleh beribadah
kepada Allah, memberikan sumbangan kepada keluarga, masyarakat dan Negara (HA)
. Sebagai kesimpulannya, semua pihak
perlu mengutamakan
kesihatan dengan melakukan pelbagai amalan gaya hidup sihat dalam kehidupan
kita seharian demi mencapai wawasan 2020 nanti
(KE)
( 110 patah perkataan)
No comments:
Post a Comment