Wednesday, August 22, 2018

KARANGAN RANGSANGAN MURID MULUS


KARANGAN RANGSANGAN 3

Berdasarkan gambar di bawah huraikan tentang faktor pelancong berkunjung ke Malaysia.  Panjang huraian anda hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.




Kini, sektor pelancongan memainkan peranan penting dari sudut ekonomi negara kita.  Hal ini dikatakan demikian kerana setiap tahun dianggarkan jumlah pelncong yang berkunjung ke negara kita adalah melebihi 6 juta orang(K).  Kebanyakan pelancong adalah terdiri daripada pelancong asing seperti pelancong Singapura, Amerika Syarikat, Jepun dan sebagainya selain daripada pelancong tempatan.  Umum mengetahui bahawa Malaysia terkenal dengan tempat-tempat yang menarik dan menggalakkan kedatangan pelancong  asing melihat keindahan budaya, adat resam dan kawasan yang terkenal di Malaysia.  Persoalannya, apakah faktor-faktor yang menjadikan Malaysia sebagai tempat kunjungan pelancong asing ini?  Sesungguhnya, terdapat pelbagai faktor menjadikan Malaysia sebagai tempat pelancongan yang menarik di Malaysia.
Sesungguhnya, faktor utama pelancong berkunjung ke Malaysia adalah disebabkan negara kita mempunyai pelbagai tempat menarik yang bersih dan disukai pelancong.  Hal ini kerana, Malaysia banyak  memiliki kawasan rekreasi yang sesuai untuk dikunjungi oleh para pelancong.  Misalnya, kawasan pantai yang bersih, cantik dan berpasir putih seperti di Pantai Desaru, pantai Cahaya Bulan dan sebagainya.  Impaknya, ia menggalakkan pelancong bertumpu di kawasan tersebut untuk mandi-manda sambil menikmati keindahan alam yang sesuai dengan peribahasa sambil menyelam minum air.  Benarlah bahawa Malaysia mempunyai pelbagai tempat menarik menjadi faktor utama pelancong datang ke negara kita.
Selain itu, Malaysia juga mempunyai banyak tempat menarik untuk dikunjungi oleh pelancong.  Hal ini dikatakan demikian kerana, para pelancong dapat menikmati bangunan-bangunan tinggi mencakar langit atau bangunan bersejarah yang sentiasa terpelihara.  Sebagai contoh bangunan KLCC di ibu kota Kuala Lumpur yang sentiasa menjadi daya tarikan pelancong.  Hal ini telah menyebabkan jumlah pelancong ke negara kita sentiasa bertambah ibarat peribahasa sikit-sikit lama-lama jadi bukit.  Jelaslah bahawa tempat yang menarik untuk dikunjungi menjadi punca pelancong datang ke negara kita.
Pada masa yang sama, kedatangan pelancong ke negara kita adalah disebabkan oleh kepelbagaian jenis budaya yang terdapat di Malaysia.  Hal ini kerana, Malaysia mempunyai pelbagai jenis makanan kerana terdapatnya masyarakat majmuk di negara kita.  Oleh itu, pelancong dapat menikmati makanan kaum Melayu seperti sate, ketupat da rendang mahupun makanan kaum India seperti tosei dan maruku.  Mereka juga boleh menikmati tarian pelbagai kaum seperti tarian zapin dan tarian inang bagi kaum Melayu dan tarian singa dari kaum Cina.  Keunikan budaya ini telah menggalakkan kunjungan pelancong ke negara kita untuk mengetahui lebih lanjut budaya dan adat resam Malaysia yang bersesuaian dengan cogan kata ”Tak Kenal maka Tak Cinta”.  Jelaslah, bahawa kepelbagaian jenis budaya yang terdapat di Malaysia menjadi wadah utama kedatangan pelancong ke negara kita.
Berdasarkan huraian berkaitan dengan pelancongan di Malaysia, ternyatalah bahawa banyak sebab yang menjadikan Malaysia dijadikan tempat pelancongan.  Oleh itu, kita haruslah sentiasa menunjukkan sikap mesra pelancong dan bersopan santun bagi menggalakkan kehadiran mereka ke negara kita.  Kita mengharapkan rakyat Malaysia sentiasa bersedia dengan kedatangan pelancong asing ke negara kita.  Sebagai intihanya, sektor pelancongan di Malaysia semakin meningkat maju dan mengembangkan ekonomi di negara. Tepuk dada tanya selera.



No comments:

Post a Comment