Wednesday, August 22, 2018

KARANGAN MENGGUNAKAN MODUL JUMBAKPEK -KARANGAN RANGSANGAN (30 M)


CONTOH KARANGAN RANGSANGAN 1:  tema-UNIT 1-Rumah Terbuka Rakyat Malaysia
Karangan Bahagian A
Berdasarkan grafik di bawah huraikan tentang kebaikan mengadakan rumah terbuka ketika hari perayaan di Malaysia.  Panjang huraian anda hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.
Kebaikan Mengadakan Rumah Terbuka
Mengeratkan perpaduan
Mengenali budaya kaum lain
Membina semangat bekerjasama
 





TAAFDIRU:
Tema/isu tugasan: Rumah Terbuka
Akar tema:  ketika hari perayaan
Ayat tugasan/soalan:  Kebaikan mengadakan rumah terbuka ketika hari perayaan di Malaysia
Rangka Isi: 3 isi / boleh tambah 1 isi
Ungkapan menarik: peribahasa /kata hikmat /slogan

Dewasa ini, rumah terbuka merupakan amalan terpuji dan sering diperkatakan ketika hari perayaan di Malaysia.  Amalan rumah terbuka ketika musim perayaan di Malaysia terkenal oleh keunikan budaya yang tersendiri (K). Hal ini dikatakan demikian kerana amalan rumah terbuka amat penting untuk mewujudkan perpaduan kaum di Malaysia dan diamalkan secara meluas setiap tahun, ibarat cendawan tumbuh selepas hujan (S)  Amalan mulia ini sewajarnya menjadi rutin hidup kerana banyak kemaslahatannya.  Semua pihak haruslah beriltizam untuk mendepati isu ini kerana di mana ada kemahuan di situ ada jalan.  Umum mengetahui bahawa amalan ini semakin popular dalam budaya masyarakat terutamanya apabila tiba musim perayaan seperti Hari Raya, hari Deepavali dan sebagainya. Setiap masyarakat turut sama menjayakan program tersebut untuk menyambut pelbagai perayaan di Negara ini. (S)  Persoalan yang sering menjadi tanda tanya kepada kita ialah apakah kebaikan mengadakan rumah terbuka ketika hari perayaan di Malaysia?(M)Sesungguhnya, terdapat pelbagai kebaikan mengadakan rumah terbuka ketika hari perayaan ini.(JA)
Sebagai cetusan minda yang pertama, kebaikan mengadakan rumah terbuka ketika hari perayaan di Malaysia adalah dapat mengeratkan perpaduan kaum. (JU) Hal ini dikatakan demikian kerana, semasa menghadiri rumah terbuka tersebut para tetamu yang hadir akan beramah mesra dengan tetamu yang lain.(M)  Jadi, sudah tentu perkara ini akan membolehkan mereka berbual mesra dan saling memahami antara satu sama lain.(BA)  Oleh itu, di samping menjamu selera, secara tidak langsung perpaduan dan persefahaman antara tetamu yang terdiri daripada pelbagai latar belakang ini akan dapat dimantapkan. Makanya, konsep Sayangi Malaysiaku dapat dijayakan dengan sebaik yang mungkin seiring dengan hasrat Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Tun Mahathir Bin Mohamad.(K)  Hal ini bersesuaian dengan cogan kata, iaitu "Tak kenal maka tak cinta". (PE)Jelaslah bahawa,amalan rumah terbuka sebagai alat mengeratkan perpaduan amat penting untuk mewujudkan keamanan Negara kita.(K)
Dari perspektif yang lain pula, kebaikan mengadakan rumah terbuka ketika hari perayaan di Malaysia adalah dapat mengenali budaya kaum lain.(JU)  Hal ini berlaku demikian kerana, Semasa menghadiri rumah terbuka juga, para tetamu yang terdiri daripada pelbagai kaum akan memahami budaya dan adat resam kaum lain.(M) Mereka akan merayakan perayaan itu bersama-sama, walaupun mereka berbeza latar belakang budaya dan agama.(BA) Jadi, mereka akan dapat mempelajari budaya dan adat resam kaum lain dan berusaha untuk memahaminya. Perkara ini sudah tentu akan mewujudkan budaya yang sihat dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di negara kita. Sebagai contohnya, orang-orang Cina, India, Iban, Kadazan akan merayakan sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama-sama dengan orang Melayu dan begitu juga sebaliknya.(K)  Hal ini bersesuaian dengan peribahasa bulat air kerana pembentung, bulat kata kerana muafakat hasil daripada amalan gotong-royong semasa majlis berlangsung.(PE)  Benarlah, amalan rumah terbuka ini dapat mengenali budaya kaum lain untuk memeriahkan lagi suasana perayaan sekaligus memberi kesejahteraan dan menjalin perpaduan dalam kalangan masyarakat di Malaysia.(K)
Akhir sekali, amalan rumah terbuka ini dapat membina semangat semangat kerja sama antara masyarakat pelbagai kaum, bangsa dan agama.(JU)  Hal ini dikatakan demikian kerana, semasa membuat persiapan untuk mengadakan rumah terbuka, yang diadakan di kawasan kejiranan, jiran-jiran boleh membantu menyediakan juadah atau mempersiapkan tempat. (M)  Jangan seperti kera sumbang kerana kerjasama daripada masyarakat akan memudahkan segala persiapan dari awal hingga akhir. Begitu juga semasa menghadiri rumah terbuka, tetamu yang hadir bolehlah membantu tuan rumah mencuci pinggan dan mengemas setelah selesai. (BA) Hal ini akan dapat memupuk semangat bekerjasama.Kerja-kerja yang dilakukan secara bersama-sama adalah sangat berkesan dan menjimatkan masa. Ironinya, sesuatu kerja yang berat dapat diringankan dengan kerja secara berpasukan. (K) Hal ini dapat dicerminkan dengan peribahasa yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing. Memang tidak dapat dinafikan, sikap kerjasama dapat dipupuk melalui majlis rumah terbuka ini.(K)
Berdasarkan huraian berkaitan kebaikan mengadakan rumah terbuka, ternyatalah bahawa majlis rumah terbuka haruslah dijadikn amalan  dan budaya masyarakat Malaysia untuk  mengeratkan perpaduan kaum di Malaysia.(PE) Oleh sebab itu, kerjasama dan permuafakatan dalam majlis ini perlu dijadikan asas penting untuk meningkatkan perpaduan negara.(SA) Warga Malaysia sangat mengharapkan  negara Malaysia akan kekal aman dan rakyat hidup bahagia tanpa berasa takut dan bimbang dengan ancaman dari luar.(HA) Sebagai kesimpulannya, kemakmuran dan kerukunan negara perlu dipertahankan untuk kesejahteraan kita bersama .  Benarlah kata peribahasa Melayu, bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.(KE)

No comments:

Post a Comment