TEKNIK MUDAH MENGARANG KARANGAN UMUM
(KSSMJA, JUMBAKPEK,PESAHAKE)
Karangan
Umum ( 100m)
UNIT
2: PENDIDIKAN ALAF INI (Tingkatan
5)- Buku teks ms. 23-47
Ibu bapa
disarankan terlibat dalam pendidikan anak-anak di sekolah.
Huraikan
peranan ibu bapa dalam membantu kecemerlangan anak-anak di sekolah
Tema/isu tugasan: kecemerlangan
anak-anak di sekolah
Akar tema: ibu bapa/ pendidikan anak-anak di sekolah
Ayat tugasan/soalan: peranan ibu bapa dalam membantu kecemerlangan
anak-anak di sekolah
Format karangan: karangan huraikan (KTB)
Dimensi karangan: Dimensi keluarga (ibu bapa)
Rangka Isi: 5 / 6 isi
Ungkapan menarik: peribahasa /kata hikmat /slogan
Pada era globlisasi ini, kecemerlangan anak-anak di sekolah sudah
menjadi impian dan harapan tinggi bagi setiap ibu bapa. ( K) Hal ini dikatakan
demikian kerana kejayaan anak-anak akan membanggakan ibu bapa dan merupakan
tonggak kemajuan Negara. Pelajar yang cemerlang merupakan aset Negara yang
bernilai. (S) Hal ini amat membimbangkan sekiranya tiada mereka, pastinya akan mencetuskan
kemunduran Negara. Acapkali dikatakan,
kecemerlangan seseorang dikaitkan dengan peranan ibu bapa yang bersesuaian
dengan peribahasa anak-anak ibarat kain putih, ibu bapalah yang perlu
mencorakkannya amat popular diperkatakan di bibir masyarakat kini.(S) Persoalannya,
apakah peranan ibu bapa dalam membantu kecemerlangan anak-anak di sekolah? (M)Sesungguhnya,
terdapat pelbagai peranan ibu bapa dalam membantu kecemerlangan anak-anak di
sekolah.(JA)
Sesungguhnya , peranan ibu bapa dalam membantu kecemerlangan
anak-anak di sekolah adalah bersedia untuk memastikan anak-anak mendapat
pendidikan agama dan moral yang secukupnya. (JU)Hal ini dikatakan demikian
kerana, agama dan ilmu saling berkaitan antara satu sama lain. Pegangan agama yang kukuh dapat membentuk
akhlak mulia dan sahsiah yang baik
seseorang individu agar hidup ke jalan yang betul dan diredhai oleh Allah dan
keluarga.(M) Ibu bapa harus sedar bahawa didikan agama perlu diterapkan sejak
awal usia anak-anak belasan tahun lagi kerana ia menjadi pegangan dan pedoman
hidup untuk mengelakkan diri daripada melakukan perbuatan maksiat dan amalan
yang membahayakan kesihatan seperti minum arak, menghisap rokok, membeli dadah,
merompak dan sebagainya. Ibu bapa harus sedar bahawa didikan agama perlu
diterapkan sejak awal usia anak-anak belasan tahun lagi kerana ia menjadi
pegangan dan pedoman hidup untuk mengelakkan diri daripada melakukan perbuatan
maksiat dan amalan yang membahayakan kesihatan seperti minum arak, menghisap
rokok, membeli dadah, merompak dan sebagainya.(BA) Impaknya, didikan ini mampu
membentuk keperibadian mulia seseorang untuk mengasihi dan menyayangi diri
serta alam yang seterusnya menjamin kecemerlangan anak-anak dalam pelajaran di
sekolah.(K) Contohnya, ibu bapa boleh
membawa anak-anak kepada program agama untuk mengisi masa lapang anak-anak di
samping memperoleh maslahat daripadanya.(C) Kesannya sejak kecil lagi anak-anak
akan terpengaruh untuk mencontohi sikap ibu bapa yang menghormati kaum lain
serta didikan para guru yang mengajar tentang nilai hormat-menghormati kaum
lain, bak kata peribahasa, melentur buluh biarlah dari rebungnya.(PE)Jelaslah
bahawa, peranan ibu bapa untuk
memastikan anak-anak mendapat pendidikan agama dan moral yang secukupnya amat
penting sebagai wadah kecemelngan anak-anak di sekolah.(K)
Selain itu, tanggungjawab ibu bapa untuk mengawasi perkembangan dan
pergaulan anak-anak dengan rakan sebaya adalah peranan penting kea rah
kecemerlangan anak-anak di sekolah.(JU) Hal ini dikatakan demikian kerana,
pergaulan anak-anak dengan rakan sebaya mempamerkan pengaruh yang besar dalam
kehidupan harian dan masa depan mereka. (M)Dalam konteks ini, anak-anak lebih
mudah dipengaruhi oleh rakan sebaya dalam segala kelakuan atau tindakan kerana
remaja mempunyai nilai, identiti dan prinsip yang hampir sama.(BA) Implikasinya,
anak-anak lebih mempercayai dan menyakini kawan daripada ibu bapa sehingga
mereka sukar membezakan antara perkara positif dengan perkara yang
negative.(K) Apabila anak-anak bergaul
dengan kawan yang bermasalah seperti menghisap rokok dan ponteng sekolah,
mereka akan mengikut jejak rakan sebaya itu dan akhirnya hilang minat untuk
belajar. Untuk membenteras hal ini, ibu bapa perlu mengawasi anak-anak mereka,
mengenali latar belakang setiap rakan sebaya anak mereka dan mengenal pasti
perubahan yang berlaku kepada anak-anak mereka pada setiap masa. ( C) Tindakan
awal ibu bapa boleh diibaratkan seperti beringat sebelum kena, berjimat sebelum
habis kerana anak-anak boleh diselamatkan dan boleh menumpukan perhatian
terhadap kecemelangan pelajaran di sekolah.(PE) Huraian yang dinyatakan ini
menjelaskan bahawa ibu bapa perlu sentiasa mengawasi perkembangan dan pergaulan
anak-anak dengan rakan sebaya bagi melahirkan anak-anak yang cemerlang dalam
pelajaran dan bidang lain di sekolah.(K)
Seterusnya, ibu bapa perlu mengutamakan suasana rumah tangga yang
dibina dalam situasi yang bahagia dan aman damai adalah elemen penting untuk
mencapai kecemelangan anak-anak di sekolah.(JU) Hal ini dikatakan demikian
kerana, suasana rumah tangga yang bahagia terletak pada sikap saling memahami,
berkasih sayang dan tambatan cinta yang luhur dan abadi.(M) Tambahan pula, keharmonian dan keceriaan
rumah tangga menjamin anak-anak membesar dengan selamat dan sihat. Ketahuilah kehidupan yang bahagia akan
membebaskan anak-anak daripada masalah keluarga seperti ibu bapa yang
bercerai-berai atau pertengkaran antara ibu bapa di rumah.(BA) Impaknya,penceraian
keluarga boleh mengganggu kesejahteraan dan pelajaran anak-anak di sekolah.(K) Dalam
hal ini, peranan ibubapa amat penting dalam mewujudkan rumah tangga yang
bahagia agar anak-anak dapat mengganggap ‘rumahku syurga’.(C+PE) Sudah pasti anak-anak dapat berusaha dengan
semangat yang kuat dan beriltizam tanpa gangguan dalam pelajaran mereka kerana
hidup tanpa tekanan yang berat dan sentiasa gembira .(PE)Saya optimis bahawa
peranan ibu bapa mengutamakan suasana rumah tangga yang dibina dalam situasi
yang bahagia dan aman damai amat penting untuk melahirkan anak-anak yang
cemerlang dalam pelajaran di sekolah .(K)
Dalam pada itu , peranan ibu bapa sebagai pendorong untuk anak-anak
mencapai kejayaan merupakan wadah penting untuk kecemerlangan anak-anak di
sekolah.(JU) Hal ini dikatakan demikian kerana, ibu bapa yang sentiasa memberi
motivasi dan galakan terhadap anak-anak untuk belajar dengan menyediakan
kemudahan yang lengkap untuk anak-anak belajar supaya boleh menumpukan perhatian
terhadap pelajaran.(M) Di samping itu, ibu bapa juga perlu menjadi suri teladan
yang baik terhadap anak-anak kerana anak-anak akan mencontohi kelakuan ibu bapa
mereka bak kata peribahasa, bagaimana acuan begitulah kuihnya.(BA+PE) Sebagai tamsilannya, ibu bapa perlu
menghantar anak-anak ke kelas tambahan atau tuisyen serta menyediakan buku-buku
rujukan yang lengkap untuk memudahkan anak-anak membaca dan mengulangkaji
pelajaran di rumah. (C)Selain itu, ibu bapa juga perlu menyediakan bilik yang
sesuai dan selesa untuk kemudahan anak-anak belajar. Ibu bapa juga perlu membawa anak-anak ke
pameran buku, kek kedai buku atau perpustakaan.(C) Natijahnya, anak-anak telah
ditanamkan dengan sikap suka membaca dan boleh menimbulkan persaingan dalam
diri anak-anak untuk membaca buku-buku tersebut.( K) Anak-anak akan mempunyai
keinsafan dan kesedaran betapa pentingnya pengetahuan dalam kehidupan mereka yang sesuai
dengan ibarat masa itu emas.(PE)
Benarlah, peranan ibu bapa sebagai
pendorong untuk anak-anak mencapai kejayaan merupakan aspek penting untuk
mencapai kecemerlangan anak-anak di sekolah.(K)
Di samping itu, peranan ibu bapa untuk mencapai kecemerlangan
anak-anak di sekolah adalah ibu bapa haruslah mengambil tahu tentang prestasi
anak anak.(JU) Hal ini dikatakan demikian kerana, ibu bapa perlu tahu tentang
perkembangan pelajaran dan sahsiah anak-anak di sekolah.(M) Mereka perlulah
sentiasa berhubung dengan pihak sekolah terutamanya guru kelas dan guru
disiplin. Ibu bapa juga perlu tahu
tentang sikap anak-anak terhadap guru.
Jangan sampai mereka bersikap kurang ajar terhadap guru kerana sekali
hati guru tercalar, segala ilmu yang diberikannya mungkin tidak dihalakan.(BA)
Kesannya, ibu bapa dapat bertindak segera untuk menangani masalah yang timbul
akibat perbuatan dan sikap anak-anak mereka di sekolah.(K) Dalam hal ini, anak-anak dapat diselamatkan
daripada dipengaruhi oleh rakan sebaya yang tidak sihat. Malahan , ibu bapa haruslah sentiasa
mengambil berat tentang masalah yang
dihadapi oleh anak-anak walaupun sibuk bekerja.
Ibu bapa mestilah bersedia menjadi pendengar yang baik kepada anak-anak
setiap kali mereka meluahkan masalah mereka. Biasanya, anak-anak yang memendam
perasaan, sudah pasti tidak dapat menumpukan perhatian dalam pelajaran dan
akhirnya mereka akan keciciran dalam pelajaran.(K) Janganlah kita sebagai ibu bapa sudah
terhantuk baru tengadah.(PE) Oleh itu,
ibu bapa jangan membiarkan anak-anak memendam perasaan hinggakan mereka sukar
untuk menumpukan perhatian dalam pelajaran dan akhirnya mereka akan keciciran
dalam pelajaran. Benarlah, ibu
bapa harus mengambil tahu tentang
prestasi anak- anak merupakan wadah utama untuk anak-anak memberikan tumpuan
untuk mencapai kecemerlangan dalam pelajaran di sekolah.(K)
Berdasarkan huraian berkaitan dengan peranan
ibu bapa untuk mencapai kecemerlangan anak-anak di sekolah , ternyatalah bahawa
tanggungjawab dan amanah terhadap anak-anak adalah tugasa terpenting yang perlu
dipikul oleh ibu bapa demi mencapai kejayaan dalam semua bidang di dunia dan di
akhirat.(PE) Oleh itu, ibu bapa dan pihak sekolah haruslah menggembleng tenaga
dan berganding bahu untuk memainkan peranan masing-masing dalam mencorakkan
masa depan anak-anak. Ibu bapa wajar mengikuti perkembangan akademik anak-anak
di sekolah dan bertanggungjawab menghulurkan bantuan pada bila-bila masa
sahaja. (SA)Sudah terang lagi bersuluh, apabila anak-anak diterapkan dengan
konsep kepentingan menuntut ilmu yang menjanjikan pekerjaan yang lebih baik
diharapkan mereka sedar dan insaf akan tanggungjawab belajar sepanjang hayat
dan mampu menyediakan mereka kepada realiti dunia ini.(HA) Sebagai kesimpulan,
marilah kita bersama-sama ibu bapa untuk
membantu anak-anak meraih kejayaan dalam pelajaran dan seterusnya membina
negara bangsa yang cemerlang dan gemilang.
Tepuk dada Tanya selera(KE)
SOALAN SPM 2017:KARANGAN
RANGSANGAN
TAAFDIRU:
T –
BIMBINGAN DAN KAUNSELING
A-
PERANAN/ DI SEKOLAH
A-
PERANAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI SEKOLAH
F- KARANGAN
RANGSANGAN-PENDAPAT
DI- TIADA
R- 3 / 4 ISI
U- makan garam
CONTOH KARANGAN CEMERLANG ~
BAHAGIAN A(BENGKEL PENULISAN KARANGAN CEMERLANG –JOHOR)
Pada mayapada yang mendepani ombak globalisasi ini, Unit Bimbingan dan Kaunseling di
sekolah telah memikul obligasi yang vital untuk memastikan perkembangan mental
dan rohani pelajar-pelajar sejajar dengan perkembangan fizikal bagi memacu
kejayaan Malaysia ke ambang 2020.(K) Hal ini demikian kerana pelajar-pelajar yang masih
berdarah muda setampuk pinang memerlukan bimbingan daripada guru-guru untuk
menghadapi kehidupan yang penuh dengan ranjau ini. (S) Dengan
adanya Unit Bimbingan dan Kaunseling di sekolah, mestilah para pelajar
dapat mengecap kemaslahatan yang dibawa oleh unit tersebut. (S) Persoalan yang bermain-main dalam gawang minda kita ialah
apakah peranan Unit Bimbingan dan Kaunseling di sekolah?(M)Persoalan ini akan
dibincangkan secara terperinci hingga ke akar umbi sebentar lagi. Ssesunggunya, terdapat pelbagai peranan yang
dimainkan oleh Unit Bimbingan dan kaunseling di sekolah.(JA)
Marilah kita capahkan lensa perbincangan dengan
menghuraikan peranan Unit Bimbingan dan Kaunseling dalam menyediakan khidmat
nasihat kepada pelajar yang menghadapi masalah. (JU)Hal ini dikatakan demikian
kerana, pelajar-pelajar yang masih muda merupakan insan yang kurang
berpengalaman bak kata orang tua-tua kurang makan
garam dalam meniti kehidupan.(M +PE)
Oleh itu, mereka memerlukan nasihat atau
saranan yang bernas daripada guru-guru kaunseling yang banyak makan garam. (BA) Sebagai tamsilannya, pelajar-pelajar yang menghadapi
masalah tentang pergaulan mereka dengan kawan atau masalah pembelajaran boleh
merujuk guru bimbingan dan kaunseling. ( C) Menurut kata-kata Richard Nixon,
“Anda memerlukan pengalaman getir untuk menzahirkan keunggulan anda.” (PE) Jelaslah di sini bahawa dengan adanya nasihat,
bimbingan dan dorongan daripada guru-guru kaunseling, tentulah para pelajar
dapat mengembangkan sayap mereka dengan keberanian, kepintaran dan jiwa besar
mereka untuk mencari resolusi bagi segala kemelut yang dihadapi oleh mereka. (K)Tegasnya,
peranan dalam menyediakan khidmat nasihat kepada pelajar yang menghadapi
masalah merupakan antara peranan utama Unit Bimbingan dan kaunseling di
sekolah. (K)
Seterusnya, marilah kita luaskan perspektif dengan mendalami peranan Unit Bimbingan dan
Kaunseling dalam memberikan bimbingan kerjaya kepada pelajar-pelajar yang bakal menjejaki alam pembelajaran yang
baharu. (JU) Disebabkan para pelajar bakal
menjadi modal insan yang menggerakkan transformasi negara kita pada masa hadapan,
guru-guru kaunseling memainkan peranan yang signifikan untuk membimbing para pelajar mengenal pasti
bakat dan potensi dalam diri mereka.(M) Dengan uslub ini, para pelajar dapat mengasah lagi
potensi dan kemahiran mereka dan seterusnya menyerlahkan kehebatan mereka dalam
bidang-bidang profesional. (BA) Sebagai evidensnya,
kerjasama antara pihak sekolah dengan pihak universiti untuk mengadakan pameran
pendidikan dan kerjaya, dapat menghasilkan sinergi bagi membimbing
pelajar-pelajar untuk meneroka minat mereka dalam bidang-bidang baharu. ( C) Sementelahan pula, ceramah-ceramah tentang peluang
melanjutkan pelajaran membolehkan para pelajar untuk memahami jurusan dan
kursus-kursus pelbagai yang ditawarkan oleh universiti. (K) Peribahasa Melayu ada menyatakan bahawa sesal dahulu
pendapatan, sesal kemudian tiada berguna. (PE) Maka,
bantuan daripada guru-guru kaunseling dapat membimbing mereka supaya tidak
tersalah pilih kerjaya yang menjadi idaman di hati pelajar.(K)
Jika ditinjau dari skop
yang lain, Unit Bimbingan dan Kaunseling berperanan penting untuk
meningkatkan motivasi murid. (JU) Allahyarham Profesor Hamka berpendapat bahawa
biarpun seribu kapal tenggelam di tengah lautan, namun cita-cita mansia tidak
pernah karam. Ungkapan
ini jelas membuktikan betapa pentingnya jiwa besar untuk menggapai
bintang kecemerlangan. (M) Lantaran itu, bagi
mengelakkan semangat dan cita-cita pelajar daripada luntur, Unit Bimbingan dan
Kaunseling senantiasa berpenat lelah memerah idea untuk mengobarkan jiwa besar
dalam diri pelajar. (BA) Sebagai justifikasinya,
unit tersebut sering mengadakan kem motivasi untuk meningkatkan semangat
pelajar untuk menghadapi pancaroba dalam kehidupan. (K) Bagi pelajar-pelajar
yang bakal menduduki peperiksaan ini adalah seperti PT3, SPM dan STPM, minhaj
ini adalah amat drastik agar para pelajar dapat meningkatkan keyakinan diri
mereka bagi menongkah arus dalam kehidupan mereka.(C ) Izharlah, Unit
Bimbingan dan Kaunseling dapat memastikan perkembangan mentaliti pelajar agar
tidak terjerumus ke dalam lembah kehinaan. (K)
Jelaslah bahawa meningkatkan motivasi murid adalah peranan penting yang
dimainkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling di sekolah pada masa ini.(K)
Sebelum pena diskusi melabuhkan noktahnya, Unit
Bimbingan dan Kaunseling telah menjamin pembentukan modal insan yang sempurna
dari segi mental, iman dan rohani untuk menerajui negara Malaysia pada persada
antarabangsa.(PE) Justeru, para pelajar seyogia
menghargai nasihat dan bimbingan daripada guru-guru kaunseling supaya tidak
menjadi insan yang bobrok dan terlibat dalam kebejatan moral.(SA) Pihak sekolah juga perlu proaktif dalam
menggiatkan peranan unit ini demi kemaslahan para pelajar. Anak-anak umpama permata yang perlu digilap
sehingga bersinar.(HA) Oleh hal yang demikian, marilah kita bersama-sama
mengimplementasikan strategi-strategi yang pragmatik, efektif dan efisien bagi
mengembangkan lagi peranan Unit Bimbingan dan Kaunseling supaya dapat
melahirkan modal insan yang berkaliber untuk menerajui cerucuk kepimpinan
negara kita ke arah yang lebih maju.
Biarlah pepohon terus menghijau, biarlah matahari terus bersinar dan
biarlah Malaysia terus gemilang. (KE)
[654 patah kata]
LATIHAN
PENGUKUHAN 1:
KARANGAN RANGSANGAN-TEKNIK
JUMBAKPEK: tema-UNIT 1-Rumah Terbuka Rakyat Malaysia.
Berdasarkan grafik di bawah huraikan
tentang kebaikan mengadakan rumah terbuka ketika hari perayaan di
Malaysia. Panjang huraian anda hendaklah
antara 200 hingga 250 patah perkataan.
Kebaikan Mengadakan Rumah Terbuka
Berdasarkan
grafik di bawah huraikan tentang kebaikan mengadakan rumah terbuka ketika hari
perayaan di Malaysia. Panjang huraian
anda hendaklah antara 200 hingga 250
patah perkataan.
TAAFDIRU:
Tema/isu
tugasan: _________________________
Akar tema: _________________________________
Ayat
tugasan/soalan: _____________________________________________
Rangka Isi: 3
isi / boleh tambah 1 isi
Ungkapan
menarik: peribahasa /kata hikmat /slogan
Dewasa ini, rumah terbuka merupakan amalan
terpuji dan sering diperkatakan ketika hari perayaan di Malaysia. Amalan rumah terbuka ketika musim perayaan di
Malaysia terkenal oleh keunikan budaya yang tersendiri ( ). Hal ini dikatakan demikian kerana amalan
rumah terbuka amat penting untuk mewujudkan perpaduan kaum di Malaysia dan
diamalkan secara meluas setiap tahun, ibarat cendawan tumbuh selepas hujan
( )
Amalan mulia ini sewajarnya menjadi rutin hidup kerana banyak
kemaslahatannya. Semua pihak haruslah
beriltizamn untuk mendepati isu ini kerana di mana ada kemahuan di situ ada
jalan. Umum mengetahui bahawa amalan ini
semakin popular dalam budaya masyarakat terutamanya apabila tiba musim perayaan
seperti Hari Raya, hari Deepavali dan sebagainya.
Setiap masyarakat turut sama menjayakan program tersebut untuk menyambut
pelbagai perayaan di Negara ini. ( ) Persoalannya, apakah kebaikan mengadakan
rumah terbuka ketika hari perayaan di Malaysia?( ) Sesungguhnya,
terdapat pelbagai kebaiakan mengadakan rumah terbuka ketika hari perayaan
ini.( )
Sesungguhnya, kebaikan mengadakan rumah terbuka ketika hari
perayaan di Malaysia adalah dapat mengeratkan perpaduan kaum. ( ) Hal ini dikatakan demikian
kerana, semasa menghadiri rumah terbuka tersebut para tetamu yang hadir akan
beramah mesra dengan tetamu yang lain.(
) Jadi, sudah tentu perkara ini
akan membolehkan mereka berbual mesra dan saling memahami antara satu sama
lain.( ) Oleh itu, di samping menjamu selera, secara
tidak langsung perpaduan dan persefahaman antara tetamu yang terdiri daripada
pelbagai latar belakang ini akan dapat dimantapkan. Makanya, konsep 1Malaysia
dapat dijayakan dengan sebaik yang mungkin seiring dengan hasrat Perdana
Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Bin Abdul Razak.( ) Hal
ini bersesuaian dengan cogan kata, iaitu "Tak kenal maka tak cinta". (PE)Jelaslah
bahawa,amalan rumah terbuka sebagai alat
mengeratkan perpaduan amat penting untuk mewujudkan keamanan Negara kita.( )
Selain itu, kebaikan mengadakan rumah terbuka ketika hari perayaan
di Malaysia adalah dapat mengenali budaya kaum lain.( )
Hal ini kerana, Semasa menghadiri
rumah terbuka juga, para tetamu yang terdiri daripada pelbagai kaum akan
memahami budaya dan adat resam kaum lain.(
) Mereka akan merayakan perayaan itu bersama-sama, walaupun mereka
berbeza latar belakang budaya dan agama.(
) Jadi, mereka akan dapat mempelajari budaya dan adat resam kaum lain
dan berusaha untuk memahaminya. Perkara ini sudah tentu akan mewujudkan budaya
yang sihat dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di negara
kita. Sebagai contohnya, orang-orang Cina, India, Iban, Kadazan akan
merayakan sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama-sama dengan orang Melayu dan
begitu juga sebaliknya.( ) Hal ini bersesuaian dengan peribahasa bulat air kerana pembentung, bulat kata kerana muafakat hasil
daripada amalan gotong-royong semasa majlis berlangsung.( )
Benarlah, amalan rumah terbuka ini dapat mengenali budaya kaum lain
untuk memeriahkan lagi suasana perayaan sekaligus memberi kesejahteraan dan
menjalin perpaduan dalam kalangan masyarakat di Malaysia.( )
Akhir sekali, amalan rumah terbuka ini dapat membina semangat
semangat kerja sama antara masyarakat pelbagai kaum, bangsa dan agama.( )
Hal ini dikatakan demikian kerana, semasa membuat
persiapan untuk mengadakan rumah terbuka, yang diadakan di kawasan kejiranan,
jiran-jiran boleh membantu menyediakan juadah atau mempersiapkan tempat. ( )
Jangan seperti kera sumbang kerana kerjasama daripada masyarakat akan
memudahkan segala persiapan dari awal hingga akhir. Begitu juga semasa
menghadiri rumah terbuka, tetamu yang hadir bolehlah membantu tuan rumah
mencuci pinggan dan mengemas setelah selesai. ( ) Hal ini akan dapat memupuk semangat
bekerjasama.Kerja-kerja yang dilakukan secara bersama-sama adalah sangat
berkesan dan menjimatkan masa. Ironinya, sesuatu kerja yang berat dapat
diringankan dengan kerja secara berpasukan. ( ) Hal ini dapat dicerminkan dengan
peribahasa yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing. Memang tidak
dapat dinafikan, sikap kerjasama dapat dipupuk melalui majlis rumah terbuka
ini.( )
Berdasarkan huraian berkaitan kebaikan mengadakan rumah terbuka,
ternyatalah bahawa majlis rumah terbuka haruslah dijadikn amalan dan budaya masyarakat Malaysia untuk mengeratkan perpaduan kaum di Malaysia.( ) Oleh sebab itu, kerjasama dan
permuafakatan dalam majlis ini perlu dijadikan asas penting untuk meningkatkan
perpaduan negara.( ) Warga Malaysia
sangat mengharapkan negara Malaysia akan
kekal aman dan rakyat hidup bahagia tanpa berasa takut dan bimbang dengan
ancaman dari luar.( ) Sebagai
kesimpulannya, kemakmuran dan kerukunan negara perlu dipertahankan untuk
kesejahteraan kita bersama . Benarlah kata peribahasa Melayu, bersatu kita teguh, bercerai kita
roboh.( )
CONTOH KARANGAN CEMERLANG
BAHAGIAN B
SOALAN 1 SPM 2017
Setiap anak
seharusnya mempunyai impian untuk menjadi individu kebanggaan keluarga.
Berikan komen
anda.
Tiada
ibu dan bapa,
Tiadalah
anak yang dilahirkan.
Untaian kata di atas jelas menunjukkan
betapa peri pentingnya keberadaan ibu bapa kerana tanpa mereka berdua, siapalah
kita di dunia ini. Ibu bapalah yang
melahirkan, membesarkan dan memberikan kasih sayang kepada anak-anak. Tugas bapa adalah untuk mencari nafkah untuk
keperluan segenap isi keluarga malahan ibu pula telah melahirkan kita. Tidakkah kita teringin untuk membalas jasa
mereka walaupun sebenarnya kita tidak mampu? (K) Bagi saya, anak-anak perlu
memberikan kasih sayang, menghormati dan mentaati mereka. Kenapa wujudnya
golongan yang menderhaka kepada ibu bapa?(S)
Jika difikirkan, ibu bapalah yang mencorakkan kita umpama kain putih
dengan pelbagai corak dan warna yang menarik. Jadi, menapa kita harus
menderhakai mereka? Ibu bapa orang yang
paling rapat dalam kehidupan kita dan memahami kah gerak geri serta tingkah laku kita. Sebagai contoh, apabila kita pulang ke rumah
selepas tamat persekolahan, sudah pastinya makanan telah terhidang di atas meja
sedangkan kita tidak memintanya. (S) Jelaslah di sini, ibu bapa menjaga kita
seperti menatang minyak yang penuh bagi memastikan kita mendapat apa-apa yang
kita kehendaki. Persoalannya, apakah
modus operandi anak-anak untuk mencapai impian agar menjadi individu kebanggaan
keluarga?(M) Oleh itu, setiap anak seharusnya mempunyai impian untuk menjadi
individu kebanggan keluarga. (JA)
Perkara pertama yang boleh
dilakukan oleh seorang anak adalah dengan mencari ilmu.
(JU) Seperti yang kita ketahui, ibu bapa ingin melihat anaknya berjaya dan
tiada ibu bapa yang ingin melihat anaknya gagal dalam kehidupan. Misalnya, ibu bapa bertungkus lumus mencari
pendapatan untuk menghantar anak-anaknya ke sekolah bahkan ada sesetengah ibu
bapa yang bersengkang mata dan membanting tulang empat kerat semata-mata
melakukan beberapa pekerjaan dalam satu-satu masa untuk memberikan pendidikan
kepada anak-anaknya. (M) Oleh hal yang demikian, kita sebagai anak perlu
membalas jasa mereka dengan menimba ilmu.
Ilmu amat berharga persis mutiara yang bersinar.(BA) Justeru, mutiara
itu hendaklah selalu digilap aga ilmu tersebut lebih bernilai. Hakikatnya, kita seharusnya
bersungguh-sungguh menimba ilmu agar menjadi insan yang berjaya pada masa
hadapan. Malahan, dengan kejayaan yang
dimiliki dapat membanggakan keluarga terutama ibu bapa yang banyak berkorban
kepada anak-anak. (K) Jadi, anak-anak yang telah berjaya janganlah seperti
kacang lupakan kulit kerana ibu bapalah yang bersungguh-sungguh dalam memastikan
anak-anak mendapat pendidikan yang sempurna.
Janganlah kita mengetepikan mereka selepas kita berjaya, sebaliknya
tunjukkanlah kejayaan kepada mereka dan bahagiakan mereka. Sesungguhnya, melihat anak mereka berjaya
merupakan suatu detik terindah buat mereka.
Oleh itulah, janganlah kita menunjukkan tindak-tanduk yang boleh
mematahkan hati dan harapan mereka.
Misalnya, meninggikan suara, tidak menghormati malah lebih teruk iaitu
menghantar mereka ke rumah orang
tua-tua. (K+C+PE) Jelaslah di sini, jika kita menimba ilmu, kita tidak akan
melakukan perkara yang melanggar norma-norma masyarakat.(K)
Seterusnya, anak-anak perlu membalas jasa ibu bapa untuk mencapai impian agar
menjadi individu kebanggaan keluarga. (JU)Sebagai contohnya, anak-anak haruslah
menjaga ibu bapa sehingga ajal mereka sudah tiba. © Hal ini adalah satu cara untuk menjadi
individu kebanggan keluarga. (M) Anak-anak juga boleh memberikan sedikit wang
perbelanjaan kepada ibu bapa mereka sebagai tanda terima kasih kepada ibu bapa. (BA)Pada masa yang sama, hal ini akan dapat
menggembirakan dan menyenangkan hati ibu bapa.
Sesungguhnya, hidup ini ibarat roda jika kita tidak menghormati ibu bapa
kita, anak-anak kita juga tidak akan menghormati kita. (K) Oleh itu, kita
perlu mengerah keringat untuk membalas
jasa mereka. Dalam agama Islam juga
menyuruh umat-Nya menghormati ibu bapa dan suruhan itu jugalah yang merupakan
tiket untuk memasuki syurga. Di samping
itu, anak yang berjaya ialah anak yang menghormati kedua-dua orang tua mereka. Justeru, kita hendaklah memberikan sepenuh
kasih sayang kepada mereka agar mereka sentiasa mendoakan kesejahteraan kita
pula. (K) Dari kecil, kita sudah diajar
cara beradab dengan ibu bapa tetapi mengapa
anak-anak pada zaman sekarang ini sering tidak menghormati ibu bapa dan
ahli keluarganya? Adakah kerana mereka
sudah berjaya selayaknya mereka sombong? (K) Ingatlah anak-anak, ke mana
tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi.(PE)
Selain itu, kita seharusnya menyayangi kedua-dua ibu bapa. Anak yang menjadi kebanggaan keluarga ialah
anak yang mentaati ibu bapa dan melakukan syariat Islam. Menghormati ibu bapa adalah salah satu
syariat Islam yang amat dituntut. Jika
kita berpegang teguh pada prinsip ini, insya-Allah kita akan berjaya di dunia
dan di akhirat. Jadi, menyayangi mereka
adalah salah satu cara menghormati ibu bapa.
Contoh lain yang boleh diketengahkan ialah anak-anak perlu menjaga
mereka ketika sakit, menyediakan tempat tinggal dan sentiasa menziarahi
mereka. Hal ini akan membuatkan mereka berasa
disayangi dan akan meredai segala yang kita lakukan. Realitinya, doa paling baik dan mustajab
ialah doa daripada ibu bapa. Jadi, kita
seharusnya sentiasa memohon restu dan keredaan mereka sepanjang mengharungi
onak dan duri dalam meniti kehidupan. Kita juga seharusnya mewujudkan keluarga
sakinah supaya kehidupan kita diberkati kelak.
Ibu bapa tidak mengharapkan anak-anak mengharapkan anak-anak mereka
memperoleh keputusan cemerlang malahan mereka amat berharap anak-anaknya
menghormati mereka. Jelaslah bahawa
setiap anak seharusnya mempunyai impian untuk menjadi individu kebanggaan
keluarga.
Kesimpulannya, banyak cara yang
boleh dilakukan oleh anak-anak dalam memastikan mereka menjadi individu
kebanggaan keluarga. Jadi, tiada sebab
untuk kita lari daripada peranan kita sebagai anak-anak. Ibu bapa yang telah mengorak langkah
membentuk keperibadiaan anak-anak sejak awal sudah pasti akan berasa bangga dan
bahagia kelak. Jadi, usahlah kita
menidakkan tanggungjawab kita sebagai anak adalah sangat besar. Justeru,
anak-anak perlulah menyusun strategi bagi memastikan mereka akan menjadi
kebanggaan keluarga suatu hari nanti.
Tuntasnya di sini, ibu bapa dan keluarga haruslah diberi perhatian
sewajarnya kerana merekalah insan yang paling rapat dan sentiasa ada di sisi
kita sama ada susah mahupun senang.
Jelaslah, kita seharusnya sentiasa ingat dan menjalankan obligasi
sebagai anak yang dapat menjadi kebanggaan keluarga kelak. Terserlah bahawa jika kita berjaya,
sebenarnya kejayaan itu datangnya daripada hasil didikan ibu bapa kita sejak
usia kita setahun jagung lagi. Jikalau
tiada ibu bapa kita yang melentur buluh dari rebungnya, tidaklah seseorang anak
itu berjaya sehingga sekarang.
[904
patah kata]
SOALAN 2: SPM 2017
Sekolah turut
berperanan dalam pemupukan amalan mencintai alam sekitar dalam diri
murid-murid.
Huraikan peranan
sekolah dalam pemupukan amalan tersebut dalam diri murid-murid.
Sedasawarsa ini, dek terlalu
dilingkari dengan kemajuan sains dan teknologi, negara ini acap kali tersentak
dengan isu masyarakat yang semakin luntur kecintaannya terhadap alam sekitar
yang seharusnya dipupuk sejak kecil lagi.
Isu ini bukan sahaja menular di media massa seperti akhbar, televisyen
dan Internet malahan, isu ini sering meniti dari bibir ke bibir seluruh
masyarakat di negara ini termasuklah di warung-warung kopi mahupun di
dewan-dewan parlimen. Persoalannya,
apakah yang dimaksudkan dengan nilai kecintaan terhadap alam sekitar? Mengapakah nilai ini sewajarnya dipupuk sejak
usia masih kecil lagi? Nilai kecintaan
terhadap alam sekitar ialah sikap cinta
terhadap alam sekitar sehingga melahirkan usaha untuk sentiasa memelihara dan
memulihara keindahan alam sekitar.
Nilai ini sangat wajar untuk dipupuk kerana nilai ini sangat penting
dalam melestarikan keindahan alam di negara kita demi kebaikan bersama. Apabila nilai ini mulai disemai sejak kecil
lagi, isu pencemaran alam sekitar yang semakin meruncing malah membimbangkan
masyarakat dapat ditangani dengan drastik dan dapat dikurangkan. Apalah gunanya jika negara makmur dengan
teknologi canggih tetapi muflis nilai kecintaan terhadap alam sekitar. Siapakah golongan sasaran yang perlu memikul
obligasi berat dalam melaksanakan uslub kudsi ini? Sudah tentulah murid-murid yang masih berada
di alma mater menjadi sasaran masyarakat bagi menjaga dan melestarikan alam
sekitar ini. Hal ini adalah kerana
peribahasa Melayu yang berbunyi melentur buluh biarlah dari rebung seharusnya
diaplikasikan demi kebaikan bersama.
Oleh itu, peranan pelbagai pihak di sekolah dalam memupuk amalan
mencintai alam sekitar dalam diri murid-murid akan mewarnai fokus perbincangan
ini demi kemaslahatan bersama.
Antara peranan pihak sekolah
adalah dengan menganjurkan program ataupun ‘Kempen Mencintai Alam Sekitar’
setiap tahun dan menyuburkan sikap cinta terhadap alam sekitar. Dengan ini, murid-murid akan semakin tinggi
pengetahuan mereka tentang kebaikan dan kepentingan menjaga keindahan alam
sekitar. Sebagai contohnya, pihak
sekolah boleh melaksanakan pelbagai aktiviti yang lebih menarik supaya dapat
menggamit minat murid-murid untuk menyertai aktiviti ataupun kempen yang
dijalankan. Seperti Kuiz Alam Sekitar
yang boleh dianjurkan oleh Kelab Pencinta Alam Sekitar di setiap sekolah. Kembara Alam Sekitar juga boleh dilaksanakan
dengan melibatkan guru-guru dan murid-murid supaya dapat memberikan pendedahan
yang dapat membuka minda murid tentang peri pentingnya alam sekitar pada masa
ini. Dalam aktiviti tersebut, guru-guru
seharusnya membimbing murid-murid untuk lebih mengetahui spesies dan kehidupan
alam sekitar supaya mereka dapat mengetahui pelbagai prakarsa untuk
melestarikan keindahan alam sekitar.
Secara tidak langsung, generasi akan datang juga dapat menikmati
keindahan alam sekitar yang sentiasa terjaga ini. Dengan pendekatan ini, nilai-nilai negatif
dalam diri murid dapat dilunturkan supaya tidak menjadi bebaun kepada negara
pada masa akan datang. Apakah
nilai-nilai negatif yang dimaksudkan itu?
Nilai tersebut adalah seperti nilai mementingkan diri yang hanya mengutamakan
ganjaran material tetapi tidak terhadap nilai kemanusiaan sehingga sanggup
beraja di hati, bersultan di mata demi selaut ganjaran yang dijanjikan. Oleh itu, guru-guru seharusnya bersikap
prihatin dan sentiasa berusaha menggembleng tenaga untuk melaksanakan kempen
dan aktiviti tersebut supaya dapat menyemaikan amalan mencintai alam sekitar
dalam diri murid-murid.
Selain itu, guru-guru juga
sewajarnya menjalankan pelbagai uslub seperti mengadakan Sudut Info Alam
Sekitar supaya dapat memberikan dan menambahkan pengetahuan murid-murid tentang
alam sekitar yang semakin ditelan kerakusan manusia dek pembangunan sehingga
mengorbankan keindahan dan kesucian alam sekitar. Contoh yang boleh diketengahkan adalah dengan
mengadakan pameran tentang informati dasi alam sekitar di papan kenyataan
sekolah sama ada di kantin, di lobi
mahupun di dinding-dinding sekolah yang memaparkan ilustrasi yang menarik
supaya dapat memikat minat murid untuk membaca, menghayati dan mengaplikasikan
sikap mencintai alam sekitar dalam kehidupan seharian mereka sehinggalah ke
usia tua nanti. Hal ini adalah kerana
apabila murid-murid sering dikelilingi dengan pelbagai informasi yang
bermanfaat, maka akan lahirlah individu yang berpengetahuan luas, berimformasi
yang sering menjadi visi dan misi setiap sekolah. Oleh itu, dengan golongan sasaran inilah yang
akan menjadi cerucuk utama dan pencetus kemajuan negara dalam pelbagai aspek
termasuklah maju pemikirannya sehingga mampu untuk memikirkan akibat dan
padahnya jika hanya mengikut hati dalam setiap tindakan. Dengan ini, tangan dan kaki mereka tidak akan
teradaya untuk memusnahkan alam sekitar yang penting untuk dilestari supaya mereka tidak tergolong dalam kalangan yang rakus memuaskan hati mereka
semata-mata mengaut segunung keuntungan.
Jadi, guru-guru seharusnya tidak mengamalkan sikap bagai enau dalam
belukar melepaskan pucuk masing-masing ataupun melepaskan batuk di tangga dalam memupuk nilai kecintaan
murid terhadap alam sekitar.
Pena ini akan terus
membicarakanbaik di hadapan murid-murid malahan guru-guru juga seharusnya
menjadi suri teladan yang perlu dicontohi oleh setiap murid dalam pelbagai
aspek. Oleh itu, guru-guru adalah antara golongan yang sering
bersama dengan murid selain ibu bapa mereka.
Justeru, guru-guru mahupun semua pihak di sekolah juga seharusnya
menunjukkan sikap yang baik seperti membuang sampah di tempat yang sepatutnya
dan bersama-sama membersihkan halaman sekolah mahupun kelas supaya mereka dapat
bekerjasama sekali gus mengeratkan silaturahim sesama mereka. Tiada gunanya guru-guru sekadar menasihati
tetapi tidak berusaha mendekati murid-murid untuk melakukan setiap pekerjaan
yang digalakkan itu. Jika guru-guru
mengamalkan sikap sedemikian, mereka akan berasa malas dan alpa dengan hanya
bersembang dan berbual-bual kosong semasa menjayakan aktiviti membersihkan
sesuatu kawasan tersebut. Melalui
pemantauan guru-guru, murid-murid akan lebih fokus dan bekerjasama menjayakan
setiap aktiviti yang dirancang. Izharlah
bawaha pihak sekolah seharusnya berusaha bersama-sama murid-murid bagi setiap aktiviti yang dijalankan supaya akan
terpaparlah nilai kecintaan terhadap alam sekitar dalam diri murid-murid.
Sebagai kesimpulannya, semua
pihak terutamanya pihak guru-guru di alma mater seharusnya bersatu untuk memupuk
amalan men-murid cintai alam sekitar dalam diri murid supaya golongan ini dapat
menjadi pembangun kepada keindahanan alam sekitar di negara kita. Jika tidak dipecahkan ruyung manakan dapat
sagunya. Oleh itu, pihak sekolah
seharusnya berusaha untuk menganjurkan dan melaksanakan uslub-uslub tersebut
supaya amalan mencintai alam sekitar dapat disuburkan dalam diri murid-murid
sejak di bangku sekolah lagi. Mereka
seharusnya didedahkan dengan pelbagai informasi dan maklumat supaya mereka
tidak seperti di bawah tempurung kerana sekiranya kita maju dalam pelbagai
bidang dan cabang di peringkat antarabangsa tetapi tidak ada nilai mencintai
alam sekitar, tiada gunanya. Oleh itu,
murid-murid juga perlu sedar bahawa alam sekitar sangat penting kepada negara. Persis kata-kata Allahyarham Profesor Hamka,
“kecantikan bukanlah pada wajah semata-mata tetapi pada akhlaknya.” Jadi, kita perlulah melestarikan dan
mencintai alam sekitar demi kebaikan sejagat.
[984
patah kata]
SOALAN 3: SPM 2017
Sebagai
negara yang subur dan kaya dengan pelbagai sumber, Malaysia seharusnya menuju
ke arah negara yang membekalkan makanan yang cukup kepada rakyatnya di samping
mengurangkan kebergantungan kepada makanan yang diimport.
Jelaskan
langkah-langkah yang perlu diambil untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang
menghasilkan makanan yang cukup untuk rakyatnya.
Pada era langit terbuka
ini, kita sering diuar-uarkan dengan
hasil pertanian Negara yang tidak mencukupi untuk membekalkan makanan kepada
rakyat sehingga terpaksa diimport dari negara luar. Sebagai contoh, beras diimport dari negara
Thailand walaupun Malaysia mempunyai tanah yang subur untuk menanam padi. Antara tanah yang subur untuk menanam padi di
Malaysia adalah di Kedah, di Kelantan dan di Sabah. Hal ini dikatakan demikian kerana kurangnya
kesedaran rakyat dan pihak berwajib berkaitan makann di Malaysia. Jika Malaysia berselisihan faham dengan
negara-negara mengimport barang ke Malaysia maka negara kita akan terputus sumber
makanan. Oleh itu, jelaslah bahawa
Malaysia sebagai negara yang kaya dengan pelbagai sumber seharusnya mampu
membekalkan makanan yang cukup kepada rakyatnya di samping mengurangkan
kebergantungan terhadap makanan yang diimport.
Dengan hal yang demikian, pelbagai langkah yang perlu diambil untuk
menjadikan Malaysia sebuah negara yang menghasilkan makanan yang cukup untuk
rakyatnya.
Langkah yang perlu diambil oleh
pihak berwajib adalah dengan menggalakkan pembukaan tanah-tanah pertanian yang
baharu. Hal ini dikatakan demikian
kerana dengan pembukaan tanah-tanah pertanian yang baharu ini, semakin banyak
sumber makanan yang dapat ditanam dan diusahakan oleh petani khususnya petani
yang berkemahiran ataupun graduan-graduan mengganggur yang tidak mampu untuk
membeli tanah untuk bertani. Pembukaan
tanah-tanah pertanian yang baharu ini boleh diletakkan di bawah rancangan FELDA
atau FELCRA. Kesannya, petani yang berkemahiran ataupun mahasiswa mengganggur
ini dapat memanfaatkan tanah pertanian tersebut sebaik-baik mungkin di samping
dapat menghasilkan produk pertanian yang berkualiti tinggi. Hasil pertanian ini dapat dibekalkan kepada
rakyat sebagai sumber makanan secara berterusan. Dengan ini, kebergantungan Malaysia terhadap
makanan yang diimport dari negara luar dapat dikurangkan. Jelaslah bahawa dengan membuka tanah-tanah
pertanian yang baharu dapat menjadikan Malaysia sebagai negara pengeluar
makanan yang cukup kepada rakyatnya.
Selain itu, kerajaan juga boleh memberikan galakan kepada
rakyat dengan mengadakan kempen dan menyediakan modal dari segi kewangan kepada
rakyat. Kerajaan boleh mengadakan
pameran pertanian di tempat-tempat yang berpotensi untuk membuka tanah
pertanian seperti di Kedah, di Sarawak dan di Terengganu. Pameran yang diadakan ini dapat memberikan
pengetahuan kepada rakyat berkaitan pertanian di samping dapat menarik minat
rakyat untuk bertani. Dari segi
penyediaan modal, kerajaan boleh menyediakan peruntukan kewangan kepada petani
atau rakyat yang berminat untuk bertani dan mempunyai tanah pertanian untuk
membeli anak pokok, biji benih dan baja.
Dengan ilmu yang diperoleh daripada pameran pertanian dan modal yang
disediakan, sudah tentu rakyat berminat untuk bertani sekali gus dapat
menghasilkan sumber makanan yang baik kepada Malaysia. Hal ini dikatakan demikian kerana dengan ilmu
pengetahuan berkaitan pertanian, petani-petani dapat menghasilkan produk
pertanian yang berkuali tinggi dan dapat dijadikan sumber makanan negara. Namun, ilmu pengetahuan sahaja tidak
mencukupi untuk menjadikan seseorang itu petani. Sumber kewangan dan modal juga penting untuk
menjadi petani. Sebagai contoh, jika
seseorang itu berpengetahuan tinggi dalam bidang pertanian tetapi tidak
mempunyai sebarang modal untuk memulakan pertanian tidak berguna, begitu juga
sebaliknya. Jika seseorang itu mempunyai
modal yang banyak tetapi tidak berilmu
dalam bidang pertanian juga tidak berguna. Oleh itu, jelaslah bahawa dengan mengadakan
kempen dan menyediakan modal dapat menjadikan Malaysia sebagai negara yang
mampu menyediakan makanan yang cukup kepada rakyatnya.
Di samping itu, rakyat juga
haruslah prihatin dengan menyahut segala kempen yang diadakan oleh pihak
kerajaan agar hasrat untuk menjadikan Malaysia sebagai negera yang mampu
menyediakan makanan yang cukup kepada rakyatnya. Hal ini dikatakan demikian kerana usaha
rakyat dan kerajaan haruslah bergerak seiring agar hasrat tersebut dapat
dicapai. Rakyat yang prihatin akan
menghadirkan diri ke pameran-pameran pertanian yang berdekatan dengan tempat
tinggal mereka untuk mendapatkan maklumat berkaitan dengan pertanian. Rakyat juga boleh membaca risalah pertanian
yang diedarkan untuk mendapatkan sebanyak mungkin maklumat berkaitan
pertanian. Rakyat juga boleh memohon
untuk membuka tanah pertanian yang baharu di samping boleh memohon pinjaman
modal untuk membeli anak-anak pokok, baja dan jentera pembajak. Kesannya, rakyat dapat memanfaatkan kemudahan
yang diberikan oleh pihak kerajaan dalam bidang pertanian sebaik-baik mungkin
dan dapat menghasilkan sumber makanan yang berkualiti tinggi untuk mencapai
hasrat menjadikan negara yang mampu menyediakan makanan yang cukup kepada
rakyatnya. Persefahaman dan
permuafakatan yang terjalin antara pihak kerajaan dengan rakyat membawa
pelbagai kebaikan kepada Negara bak kata pujangga muafakat membawa berkat. Oleh itu, jelaskah bahawa jika rakyat
menyahut segala kempen yang diadakan oleh kerajaan maka Malaysia dapat menjadi
negara yang menghasilkan makanan yang cukup kepada rakyatnya.
Kesimpulannya, dalam usaha untuk
menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang mampu menghasilkan makanan yang
cukup kepada rakyatnya, pihak kerajaan dan rakyat haruslah bekerjasama
mengambil langkah yang bersesuaian dan pragmatik agar dapat menjadikan Malaysia
sebagai sebuah negara yang mampu menyediakan makanan yang cukup untuk
rakyatnya. Pertanian merupakan sumber
makanan utama negara di samping mengimport makan dari negara luar. Hal ini akan dapat menjimatkan perbelanjaan
ke luar Negara dalam sektor pertanian.
[756
patah kata]
SOALAN 4:SPM 2017
Anda
ingin menulis sebuah rencana dalam akhbar tempatan. Tajuk rencana anda ialah ‘Kebaikan-kebaikan
Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi kepada Masyarakat Antarabangsa’.
Tulis
rencana itu selengkapnya.
Kebaikan-kebaikan
Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)
Oleh
Nur Sakeena binti Azhar
Pada era globalisasi ini,
teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) digunakan oleh masyarakat serata
dunia. Teknologi ini digunakan oleh
pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira umur dan bangsa. Tambahan pula, dengan kecanggihan peranti
elektronik yang membolehkan mereka mengakses teknologi ini dengan mudah dan
pantas di mana-mana sahaja mereka berada.
Dengan kemudahan yang ada, tidak hairanlan pengguna teknologi maklumat
dan komunikasi semakin meningkat dari masa ke masa. Persoalannya, apakah kebaikan-kebaikan
teknologi maklumat dan komunikasi kepada masyarakat antarabangsa sehinggakan
penggunanya semakin meningkat?
Antara kebaikan teknologi ini
ialah kita dapat berhubung antara satu sama lain dengan pantas. Media-media sosial seperti ‘Facebook’,
‘Twitter’, ‘Kik’ dan ‘Instagram’ membolehkan kita mengikuti perkembangan
rakan-rakan kita terutamanya yang bermastautin di luar Negara. Dengan kemudahan ini, kita dapat bersembang
dengan mereka di atas talian untuk bertanyakan khabar. Lebih-lebih lagi, kita juga boleh membuat
panggilan video dengan mereka yang sudah semestinya lebih efisien untuk
melepaskan rindu. Disebabkan kewujudan
teknologi ini, kita tidak perlu lagi mengutus surat semata-mata untuk berhubung
dengan orang yang jauh di mata seperti keadaan pada zaman dahulu kala. Pengeposan surat mengambil masa berhari-hari
ataupun berbulan-bulan berbeza dengan bersembang di laman media sosial yang
dapat dilakukan sekelip mata sahaja asalkan ada akses Internet. Kita tidak perlu lagi membazirkan duit untuk
membeli setem ataupun membeli kad prabayar terutamanya pelajar-pelajar yang
bergantung pada wang saku yang diberikan oleh ibu bapa. Duit lebihan wang saku boleh disimpan ke
dalam tabung untuk sediakan payung sebelum hujan kerana kita tidak tahu
kesempitan wang yang akan kita hadapi kelak.
Lebih-lebih lagi, kita hidup pada zaman atom iaitu kos sara hidup
semakin melambung tinggi. Jadi, menabung
untuk masa depan adalah salah satu langkah yang bijak perlu dilakukan oleh
semua lapisan masyarakat.
Tambahan pula, kita juga dapat
belajar bahasa asing dengan teknologi terkini ini. Kemudahan Internet membolehkan kita belajar
bahasa-bahasa asing yang digunakan secara meluas di seluruh dunia seperti
bahasa Korea, Bahasa Jepun mahupun Bahasa Sepanyol. Tidak dapat dinafikan lagi bahawa banyak
kelebihan yang kita akan dapat apabila kita dapat bertutur dalam bahasa
asing. Sebagai contohnya, pengembara
atau pelancong dari jepun lebih berpotensi untuk mendapatkan harga yang murah
apabila berada di Mexico kerana berkebolehan bertutur dalam Bahasa ibunda
negara Mexico yang mengagumkan penduduk di sana. Selain itu, kemudahan komunikasi juga
mengelakkan pelancong sesat jalan kerana kebolehan untuk bertanyakan penduduk
tempatan arah jalan. Tambahan lagi,
peluang juga akan terbuka luas apabila kita dapat bertutur dalam bahasa asing
seperti bahasa Mandarin. Majikan lebih
cenderung akan mengambil orang yang dapat berbahasa Mandarin untuk dihantar ke
China untuk berbincang tentang perniagaan.
Kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi memberikan peluang kepada
kita untuk belajar bahasa asing tanpa perlu menghadiri kelas bahasa asing
secara formal yang pasti memerlukan kos yang mahal.
Seterusnya, kita dapat
mengetahui perkembangan semasa di seluruh dunia. Apabila kita mengikuti perkembangan semasa di
seluruh dunia, kita tidak akan menjadi seperti katak di bawah tempurung. Pada masa ini, dunia dihangatkan dengan isu
penindasan etnik minority Rohingnya di Myanmar.
Perilaku penduduk Myammar yang menyalahi hak asasi manusia terhadap
etnik Rohingnya sangat menyayat hati.
Hal ini menyebabkan etnik Rohingnya bertungkus lumus untuk mendapatkan
perlindungan. Walaupun ramai yang sudah
Berjaya untuk ke luar negara sebagai pelarian, masih ramai antara mereka yang
terkandas di Myanmar. Ada yang dirogol,
ada yang diseksa, ada juga yang dibunuh secara kejam. Atas dasar kemanusiaan, pihak sukarelawan
sedang berusaha untuk mengumpulkan dana agar hak asasi manusia etnik Rohingnya
dapat diperjuangkan.
Di samping itu, kita dapat
menjana pendapatan secara atas talian.
Kita tidak memerlukan kedai untuk menjalankan perniagaan. Sebaliknya, kita hanya perlu ada kemudahan
Internet. Barang-barang atau
produk-produk tempatan dapat dipasarkan di laman sesawang antarabangsa
‘Ebay’. Hal ini akan menguntungkan
penjual kerana barang dipasarkan berpotensi untuk laku seperti pisang goreng
panas kerana pengguna ‘Ebay’ mencecah jutaan pengguna. Tambahan pula, apabila barangan kita dibeli
oleh penduduk Eropah, kita akan mendapat keuntungan yang berlipat kali ganda
kerana nilai mata wang mereka yang tinggi.
Jelaslah bahawa kita dapat menjalankan perniagaan dari rumah dengan
menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi.
Akhir sekali, kita dapat menambahkan
ilmu pengetahuan melalui teknologi maklumat dan komunikasi. Semua perkara dapat diketahui menerusi
kemudahan Internet. Penggemar Sejarah
dunia dapat mengetahui kisah Gengkhis Khan yang merupakan seorang pemeringah
yang berpengaruah pada suatu ketika dahulu iaitu semasa Dinasti Chang. Pengetahuan sejarah ini sangatlah unik kerana
Gengkhis Khan sangat mahir dalam menyusun strategi kerana keturunannya dapat
menakluki dunia pda jangka masa yang panjang.
Mengikut kajian yang dilakukan oleh tiga orang daripada 10 orang lelaki
di Asia Tengah merupakan keturunan Gengkhis Khan. Rupa paras keturunan pemerintah berpengaruh
ini sangat unitk kerana mempunyai paras rupa mirip orang berbangsa Cina. Keturusan Gengkhis Khan mempunyai darah
campuran bangsa Mongolia, Arab dan Kaukasia.
Rupa paras mereka sangat menarik kerana mereka berkulit putih, mata
bercelak, hidung mancung dan tinggi.
Konklusinya, teknologi maklumat
dan komunikasi banyak memberikan kebaikan kepada masyarakat antarabangsa. Sebagai rakyat Malaysia, kita wajarlah
memanfaatkan teknologi ini supaya duduk sama rendah, berdiri sama tinggi
sejajar dengan negara maju yang lain di peringkat antarabangsa.
[796
patah kata]
No comments:
Post a Comment