INOVASI KAD PIRAMID KARANGAN PELBAGAIGUNA + NYANYIAN (KAD LAGU)
UNTUK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENULIS KARANGAN
BAHASA MELAYU MENGGUNAKAN TEKNIK JUMBAKPEK
KEPADA MURID-MURID TINGKATAN 5 ”
Hamidah Binti Raya,
SMK Pinggan-Pinggan, Pitas,
Abstrak
Inovasi pengajaran yang dihasilkan dalam pengajaran
dan pembelajaran menulis karangan Bahasa Melayu merupakan kaedah yang sesuai perlu diaplikasikan dalam
pengajaran agar murid dapat menghasilkan karangan dengan idea serta pengolahan
yang menarik. Justeru, kajian ini
dilaksanakan untuk mengenalpasti kesesuaian dan impak penggunaan inovasi kad
Piramid Karangan Pelbagai guna serta nyanyian menggunakan teknik JUMBAKPEK yang
dimantapkan lagi dengan pendekatan kontruktivisme serta aktiviti pembelajaran
abad ke-21 dalam pengajaran kemahiran
menulis karangan. Seramai 34 orang murid tingkatan lima Sekolah Menengah
Kebangsaan Pinggan-pinggan, Pitas terlibat dalam kajian ini. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif
iaitu reka bentuk fenomenologikal dan data kajian pula dikumpulkan menggunakan
soal selidik, ujian, temu bual, pemerhatian dan analisis dokumen. Dapatan kajian menunjukkan bahawa amalan
penggunaan inovasi ini, murid lebih mahir dalam proses penulisan dan hasil
penulisan. Impaknya kepada murid-murid
ialah karangan yang ditulis lebih berkualiti. Kajian juga menunjukkan bahawa aplikasi
inovasi ini dalam pengajaran dan pembelajaran mewujudkan satu persekitaran
pembelajaran yang menyeronokkan dalam kalangan murid seiring dengan intervensi
pedagogi pembelajaran abad ke-21. Guru
bertindak sebagai pembimbing dan murid terlibat secara aktif dalam setiap
aktiviti pembelajaran abad ke-21. Secara
keseluruhannya , dapatan kajian membuktikan bahawa inovasi kad piramid karangan
pelbagai guna serta nyanyian teknik JUMBAKPEK sesuai diaplikasikan dalam
pengajaran kemahiran menulis karangan Bahasa Melayu.
Kata kunci: Inovasi Kad Piramid karangan Pelbagai
guna serta Nyanyian Teknik JUMBAKPEK, kemahiran menulis karangan, Guru Bahasa
Melayu, proses pembelajaran abad ke-21.
PENGENALAN
Pelbagai kaedah dan inovasi yang telah
diperkenalkan untuk memastikan pengajaran kemahiran menulis terutama kemahiran
menulis karangan dapat dikuasai oleh murid-murid di sekolah. Hal ini kerana inovasi bermaksud pendekatan
yang digunakan oleh guru-guru dalam pengajaran dan pembelajaran bagi
mengukuhkan pemahaman pelajar yang seterusnya dapat meningkatkan prestasi
akademik pelajar (Zakaria Bin Omar,2014).
Usaha memperkenalkan sesuatu yang baru seperti
kaedah baru, peranti, pengukuran, penyelesaian, perkhidmatan produk, atau idea
adalah inovasi. Spencer (1994) pula
menjelaskan bahawa inovasi ialah sesuatu yang dianggap baru dan lebih baik
daripada yang lama oleh seseorang individu.
Melalui penghasilan inovasi inilah, para guru dapat bertindak secara
proaktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran demi memberi nilai tambah
kepada pemahaman dan meningkatkan minat belajar pelajar di kelas amnya. Zamri Mahamod (2012) telah menyatakan bahawa
terdapat pelbagai inovasi yang boleh digunakan oleh para guru bahasa Melayu di
dalam bilik darjah bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran tidak
lagi terikat dengan kaedah tradisional. Antara inovasi atau pendekatan yang
sesuai digunakan pada alaf yang baru ini adalah seperti Pendekatan Kontekstual,Pendekatan
Masteri, Pendekatan Koperatif, Pendekatan Kolaborasi, Pendekatan Konstruktif,
Pendekatan Peta Konsep, Pendekatan Peta Minda, dan Pendekatan Belajar Secara
Talian.
Dapatan kajian Zakaria Bin Omar (2014)
mendapati pembelajaran yang mengaplikasikan elemen yang dirangka dan
dilaksanakan dengan terancang dan sistematik oleh pendidik dapat mengembangkan
potensi, pembangunan minda, pemikiran kreatif, dan inovatif pelajar. Sesungguhnya, murid-murid perlu diberi
peluang secara aktif dalam proses menghasilkan karangan melalui inovasi yang
diperkenalkan oleh para guru di sekolah.
Pendekatan secara konvensional iaitu pengajaran berpusatkan guru dan
guru jugalah yang memberi segala penerangan kepada murid masih mendominasi
proses pengajaran karangan di dalam bilik darjah dan perlulah diubah ke arah
pembelajaran abad ke-21.
Selain itu, Noor Rohana (2003), dalam kajiannya
telah mengenal pasti salah satu daripada punca kemerosotan pencapaian murid
dalam penulisan karangan adalah berpunca daripada kurangnya penyebatian
kemahiran berfikir dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Maknanya, para murid masih terikat dengan
cara pengajaran tradisional yang hanya berpusatkan guru dan bukannya guru
sebagai fasilitator sesuai dengan pengajaran dan pembelajaran abad ke-21.
Justeru, inovasi Kad Piramid Karangan Pelbagai guna dengan
nyanyian (Kad lagu) dilihat sebagai strategi pengajaran inovasi yang sesuai
dijadikan sebagai salah satu cara untuk meningkatkan kemahiran menulis karangan
menggunakan teknik Jumbakpek kepada murid-murid tingkatan lima di sekolah. Dalam kajian ini inovasi kad piramid karangan
pelbagai guna dan nyanyian Jumbakpek telah diaplikasikan dalam kemahiran
menulis karangan. Beberapa ciri penting
inovasi ini telah diterapkan semasa proses pengajaran. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal
pasti kesesuaian penggunaan inovasi yang dicipta ini dalam penulisan kemahiran
menulis karangan dan seterusnya melihat kesannya terhadap hasil penulisan
murid. Dapatan kajian ini akan menjawab
soalan penting tentang bagaimana inovasi Kad Piramid Karangan Pelbagai guna
sesuai digunakan dalam mengajar kemahiran menulis karangan Bahasa Melayu
tingkatan 4 dan 5 di sekolah menengah.
Pernyataan Masalah
Berdasarkan latar belakang masalah yang telah
diperolehi, didapati murid menunjukkan sikap yang kurang memberi tumpuan terhadap
pengajaran guru dan budaya leka dalam pembelajaran telah dikenal
pasti sebagai punca utama yang mempengaruhi kemahiran murid dalam penulisan
karangan. Begitu juga terdapat murid
yang membuat latihan yang diberikan oleh guru secara sambalewa dan kurang
berkualiti. Masalah yang dihadapi murid
dalam penulisan karangan dapat diperhatikan melalui aktiviti pengajaran dan
pemudahcaraan di kelas. Antara penyebab utama murid tidak dapat skor dalam
peperiksaan adalah disebabkan oleh kelemahan dalam penulisan karangan kertas 1
Bahasa Melayu. Antara kesilapan yang
sering dilakukan oleh murid-murid Tingkatan 5 ialah:
1.
Menghurai isi atau idea tanpa memberikan
contoh, kesan dan langkah penyelesaian yang sesuai.
2.
Menghurai isi tanpa
panduan teknik yang betul dan tiada kesinambungan antara ayat dengan ayat
sebelumnya.
3.
Huraian idea yang
tidak menjurus pada dimensi karangan yang ditetapkan.
Daripada pandangan guru pula, murid menghadapi
kesukaran dalam menulis karangan menggunakan ayat huraian yang panjang dan mengikut
teknik karangan yang betul. Malahan
murid sukar untuk mengingat kaedah menulis karangan cemerlang yang disyorkan
oleh guru.
Sebelum Kad Piramid Karangan Pelbagai guna +
Kad Lagu (Nyanyian) digunakan, antara masalah yang dihadapi ialah:
i)
Murid sukar menulis
karangan dengan format yang betul, bercelaru dan tidak mengikut teknik yang
diperlukan dalam penulisan karangan yang baik.
ii)
Guru tidak dapat
menarik perhatian murid dan penglibatan murid kurang aktif.
iii)
Murid juga sukar
meletakkan ungkapan menarik, penanda wacana, pemerengganan dan kosa kata
menarik.
iv)
Murid gagal menghurai isi karangan yang lengkap, tanpa
kesimpulan kecil dan adakalanya ayat judul yang tidak lengkap semasa menulis
perenggan isi.
v)
Murid salah memahami
soalan atau tajuk karangan.
vi)
Perenggan
pendahuluan, isi dan penutup karangan murid terlalu sikit dan ringkas tanpa
memberi contoh dan kesan yang munasabah.
vii)
Murid mudah lupa
dengan format karangan yang diberikan
oleh guru semasa di kelas.
Objektif
Kajian
Objektif kajian adalah seperti berikut:
1.
Mengenalpasti kesesuaian penggunaan inovasi kad piramid karangan
pelbagai guna dan nyanyian lagu Jumbakpek dalam meningkatkan kemahiran menulis
karangan Bahasa Melayu.
2.
Mengenalpasti impak
inovasi kad piramid pelbagai guna dan nyanyian lagu Jumbakpek dalam
menghasilkan karangan yang berkesan dalam Bahasa Melayu.
Soalan Kajian
1. Adakah penggunaan inovasi kad piramid karangan
pelbagai guna dan nyanyian lagu Jumbakpek bersesuaian dengan kemahiran menulis karangan Bahasa Melayu?
2. Adakah inovasi kad piramid pelbagai guna dan
nyanyian lagu Jumbakpek memberi impak yang positif dalam penghasilan karangan
yang berkesan?
Tujuan Kajian
Kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk
meninjau kesesuaian penggunaan inovasi kad piramid karangan pelbagai guna dan
nyanyian lagu Jumbakpek dalam meningkatkan kemahiran menulis karangan Bahasa Melayu. Murid akan menggunakan kad piramid ini
bersama lagu Jumbakpek semasa pengajaran dan pembelajaran di kelas serta
pelaksanaan ujian pra mahu pun peperiksaan pertengahan tahun di sekolah.
Kajian
juga dibuat untuk meninjau kejayaan murid dalam menghasilkan karangan yang
berkesan menggunakan inovasi tersebut dengan pelaksanaannya dalam aktiviti
pembelajaran abad ke-21 di kelas. Di
samping itu, pengkaji juga akan meninjau peningkatan kemahiran menulis murid
selepas menggunakan inovasi ini dalam penulisan karangan Bahasa Melayu dari
setiap tahap pencapaian murid di sekolah.
SOROTAN LITERATUR
Inovasi menurut Sufean Hussin (2004)
dalam kertas kerjanya pada Seminar Dasar dan Pengurusan Pendidikan
menyatakan inovasi bermaksud pembaharuan, modifikasi, atau membaiki idea,
benda, ilmu dan ciptaan seni budaya tamadun dengan tujuan memenuhi
fungsi-fungsi tertentu atau memenuhi cita rasa tertentu atau memenuhi pasaran
tertentu. Hal ini boleh dirumuskan
bahawa setiap guru harus menilai dan meneliti inovasi pengajaran dan
pembelajaran yang ingin diterapkan agar matlamat atau objektif pengajaran dan
pembelajaran dapat dicapai dan memberi impak yang besar kepada pemahaman dan
pengetahuan murid-murid.
Selain itu, Zamri Mahamod (2012) telah menjelaskan bahawa terdapat
pelbagai inovasi yang boleh digunakan oleh guru-guru Bahasa Melayu di dalam
bilik darjah bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran tidak lagi
terikat dengan kaedah tradisional.
Pendekatan konstruktivisme amat bersesuaian dan digabungjalin dalam
penggunaan inovasi kad piramid karangan pelbagai guna bersama lagu nyanyian
Jumbakpek. Pendekatan kontruktivisme
adalah pendekatan pengajaran yang memberi peluang kepada murid untuk terlibat
secara aktif, dalam hal ini murid boleh membina pengetahuan baru, mencari
maklumat yang diperlukan, berbincang dengan rakan-rakan, mengolah idea yang ada
agar dapatan itu lebih bermakna dan dapat dikongsi dengan rakan-rakan sekelas. Pendekatan
ini amat sesuai diguna pakai bersama inovasi kad piramid karangan pelbagai guna
seiring dengan pembelajaran abad ke-21 ini.
Pengajaran yang berkesan sebenarnya banyak bergantung kepada
keupayaan guru menyusun dan mereka bentuk aktiviti yang bersesuaian dengan
pembelajaran abad ke-21 bersama inovasi yang dihasilkan dan dilakukan di kelas
dengan jayanya. Kemahiran menulis
karangan misalnya akan dapat dilaksanakan jika guru dapat mengabungjalinkan
strategi yang sesuai semasa aktiviti pengajaran di kelas. Oleh itu, guru perlu berusaha memikirkan
pedagogi yang sesuai dan inovasi yang direkacipta diaplikasikan bersama dalam
pengajarannya akan boleh memberi impak
terhadap proses pengajaran guru dan proses pembelajaran murid di kelas.
METODOLOGI KAJIAN
Kajian ini merupakan kajian kualitatif
yang menggunakan kaedah fenomenologikal.
Kajian dijalankan dengan tujuan untuk mengenal pasti kesesuaian inovasi
kad piramid karangan pelbagai guna bersama nyanyian lagu Jumbakpek dalam
pengajaran kemahiran penulisan karangan sebagai inovasi pedagogi guru dan
intervensi pengajaran dan pembelajaran di kelas. Peserta kajian terdiri daripada seorang guru
dan 34 orang murid 5 Inovatif di sekolah Menengah Kebangsaan daerah Pitas iaitu
SMK Pinggan-Pinggan, Pitas. Dapatan
kajian ini diperoleh dengan menggunakan soal selidik, ujian, temu bual, gambar,
pemerhatian dan analisis dokumen.
DAPATAN KAJIAN
Inovasi kad piramid karangan pelbagai
guna bersama nyanyian lagu Jumbakpek menekankan pengajaran dan pembelajaran
berpusatkan murid dan aktiviti pembelajaran abad ke-21. Inovasi ini sebenarnya sebagai satu pedagogi
untuk melaksanakan aktiviti penulisan karangan yang sesuai dan mudah diguna
pakai oleh murid sebagai peserta kajian.
Dapatan
kajian menunjukkan bahawa inovasi kad piramid karangan pelbagai guna bersama
nyanyian amat bersesuaian digunakan semasa pembelajaran di kelas kerana sikap
murid yang kurang memberi tumpuan terhadap pengajaran guru,
budaya leka dalam pembelajaran dan murid membuat latihan yang diberikan oleh guru
secara sambalewa dan kurang berkualiti serta murid menghadapi kesukaran dalam
menulis karangan menggunakan ayat huraian yang panjang dan mengikut teknik
karangan yang betul. Dengan ini, inovasi
Kad Piramid Karangan Pelbagaiguna telah diperkenalkan. Kad ini merupakan bahan bantu belajar yang
senang dibuat serta tidak memerlukan kos yang banyak. Selain itu, murid boleh menggunakannya dalam
aktiviti individu atau berkumpulan dan boleh digunakan semula pada bila-bila
masa semasa pengajaran dan pemudahcaraan karangan khasnya.
Dalam
kajian menunjukkan untuk memenuhi
kesesuaian inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran murid telah difokuskan
dengan pengenalan formula dalam kad piramid karangan pelbagai guna bersama
nyanyian lagu Jumbakpek. Peserta kajian
telah diberi penerangan khusus tentang teknik menulis karangan yang bermula
dengan menulis bahagian pendahuluan, isi dan penutup karangan berdasarkan
inovasi teknik yang dicipta iaitu singkatan formula TAAFDIRU, KSSMJA, JUMBAKPEK
dan PESAHAKE dalam karangan Bahasa Melayu. Komponen ini telah diajar secara berasingan
dan satu sesi pengajaran hanya menekankan sama ada menganalisis soalan, pembinaan
pendahuluan, isi atau penutup karangan. Semua formula yang diajar ini
dimasukkan ke dalam inovasi Kad piramid karangan pelbagai guna dan dimudahkan
lagi dengan nyanyian lagu Jumbakpek menggunakan melodi ‘Sayang Kinabalu’. Hal ini dapat diperhatikan menerusi formula
teknik Jumbakpek yang berikut:
Jadual 1:
Formula Karangan Jumbakpek
TEKNIK TAAFDIRU (ANALISIS SOALAN)
TEMA/ISU
|
Tema karangan yang dominan (isu utama)
|
AKAR TEMA
|
Anak-anak tema/ isu sampingan
|
AYAT TUGASAN
|
Soalan /tajuk soalan
|
FORMAT KARANGAN
|
Karangan berformat: rencana/laporan/wawancara/surat
rasmi /surat tak rasmi
Karangan tak berformat
|
DIMENSI KARANGAN
|
Individu 2. Keluarga. 3. Masyarakat 4.
Negara/global 5. Komsas
|
RANGKA ISI
|
3 isi (karangan rangsangan) / 5 isi (karangan umum)
|
UNGKAPAN MENARIK
|
Peribahasa/cogan kata/ kata-kata hikmah
|
STRATEGI MENULIS PENDAHULUAN KARANGAN (KSSMJA)
K
|
Kenyataan tentang tema / isu secara
umum (ambil dari soalan)
|
Belakangan
ini, isu Kempen gaya hidup sihat merupakan amalan
terpuji untuk melahirkan masyarakat yang mementingkan kesejahteraan
hidup.
|
S
|
Sebab / pendirian ayat tugasan
dengan isu tema yang relevan + saranan
huraian + peribahasa
|
Hal ini
dikatakan demikian kerana amalan gaya hidup sihat amat
penting untuk meningkatkan kesihatan masyarakat.
Amalan
mulia ini sewajarnya menjadi rutin hidup kerana banyak kemaslahatannya.
Semua
pihak haruslah beriltizam untuk mendepani isu ini kerana di mana ada
kemahuan di situ ada jalan .
|
S
|
Serius/sukar /membimbangkan + huraian
isu semasa
|
Umum
mengetahui, bahawa amalan ini sukar untuk menjadi budaya
dalam mayarakat yang kian mementingkan kerjaya daripada kesihatan diri
semata-mata
|
M (AA)
|
Mengapa Persoalan Tajuk /apakah (AT)
|
Persoalannya,
apakah amalan-amalan yang wajar saya lakukan untuk memastikan kesihatan diri
sentiasa terjaga ?
|
Ja (AT)
|
Jawapan ayat tugasan + huraian
|
Sesungguhnya,
terdapat pelbagai amalan yang boleh saya lakukan untuk memastikan
kesihatan diri sentiasa terjaga demi kesejahteraan Negara.
|
AYAT
|
Modul JUMBAKPek
|
Huraian isi
|
Ayat 1
|
JU -Judul/idea
|
Judul /
isi utama
|
Ayat 2
|
M – Mengapa
|
Huraian sebab(Apa,Siapa, Bila, Di mana,
Kenapa)
|
Ayat 3
|
BA –Bagaimana
|
Huraian bagaimana, tindakan, strategi
|
Ayat 4
|
K- Kesan/KBAT/Contoh
|
Kesan daripada huraian
Contoh diambil daripada judul /idea
Kbat berdasarkan isu-isu semasa yang
berkaitan atau mana-mana mata pelajaran seperti Sains, Fizik, Kimia,
Geografi, sejarah dan lain-lain)
|
Ayat 5
|
Pe-Peribahasa/Ungkapan menarik
|
Letak peribahasa yang sesuai di tengah
ayat atau akhir ayat atau di tempat yang bersesuaian
|
Ayat 6
|
K - Kesimpulan
|
Kesimpulan judul idea
|
Dapatan
kajian berdasarkan analisis dokumen formula inovasi di atas menunjukkan bahawa
murid sebagai peserta kajian perlu menghafal dan memahami terlebih dahulu
teknik yang dihasilkan untuk menulis karangan.
Penekanan kepada penguasaan satu-satu kemahiran menunjukkan berlaku
proses pembinaan pengetahuan dalam kalangan murid. Hasil kajian menunjukkan bahawa apabila para
murid telah didedahkan dan diuji pengetahuan mereka berkaitan pendahuluan
karangan, para peserta beralih pula kepada komponen kedua dan ketiga dalam
penulisan karangan iaitu membina isi dan penutup karangan.
Dapatan kajian di atas menunjukkan bahawa untuk
memastikan para murid menguasai kemahiran dalam penulisan karangan, para
peserta telah menggunakan inovasi Kad piramid karangan pelbagai guna bersama
nyanyian untuk memberi kemahiran penulisan setiap komponen dalam karangan. Murid dibimbing dari satu langkah ke langkah
seterusnya, barulah guru membimbing murid menyediakan Kad Piramid karangan
Pelbagai guna menggunakan kad A4 berwarna
yang telah difotostatkan. Murid hanya memotong bahagian yang telah ditandakan
dengan formula JUMBAKPEK dan lirik lagu yang disediakan. Setiap murid akan membina piramid daripada
kad tersebut dan kad lagu untuk dinyanyikan nanti. Pembinaan pengetahuan
ini dengan penggunaan inovasi kad piramid merupakan asas penting dan sesuai
diaplikasikan dalam pengajaran kemahiran mengarang seiring dengan pembelajaran
abad ke-21. Hal ini dapat diperhatikan menerusi gambar kad piramid karangan
pelbagai guna yang berikut:
|
Murid
menggunakan kad piramid dan kad lagu Jumbakpek semasa pembelajaran di kelas
dan dijadikan panduan asas untuk menulis karangan dan sebagai bahan bantu
mengajar guru dalam aktiviti berkumpulan, ujian penilaian dan pembentangan
ahli kumpulan.
|
Rajah 1: Gambar Kad piramid karangan pelbagai guna +
Kad lagu Jumbakpek
Selain
daripada analisis dokumen formula di atas, dapatan melalui rujuk silang ujian
pra dan ujian pos dengan peserta kajian juga menunjukkan hasil yang sama. Karangan peserta kajian pada awal sebelum
inovasi diperkenalkan amat mengecewakan dari segi idea, huraian idea dan jumlah
ayat yang dibina dalam karangan. Namun,
setelah inovasi Kad piramid ini diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran
murid, murid dapat menulis karangan yang cukup memberangsangkan guru. Hal ini jelas ditunjukkan dalam jadual dan
peratus ujian dengan peserta kajian yang
berikut:
Jadual 2:
Bilangan murid untuk Ujian Pra
Markah
|
Bilangan pelajar
|
Peratus (%)
|
|
|
|
|
|
0-39
40-50
|
8
7
|
24
21
|
|
51-60
|
4
|
12
|
|
61-70
|
9
|
26
|
|
71-80
|
4
|
12
|
|
81-90
|
0
|
0
|
|
91-100
|
0
|
0
|
|
TH
|
2
|
5
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Jumlah Murid
|
34
|
100
|
|
Berdasarkan jadual 2, jumlah responden dalam
kajian adalah seramai 34 orang. Dari
segi 61-70 markah, bilangan murid iaitu 9 orang bersamaan 26 %. Manakala markah untuk cemerlang iaitu 71-80,
bilangan murid iaitu 4 orang bersamaan 12 %.
Hal ini menunjukkan bahawa tiada
bilangan murid mendapat markah antara 81-100 dan penguasaan murid masih
berada pada tahap yang sederhana.
Jadual 3: Bilangan murid untuk Ujian Pos (Ujian Setara)
Markah
|
Bilangan pelajar
|
Peratus (%)
|
|
|
|
|
|
0-39
40-50
|
0
1
|
0
3
|
|
51-60
|
2
|
6
|
|
61-70
|
3
|
9
|
|
71-80
|
9
|
26
|
|
81-90
|
14
|
41
|
|
91-100
|
5
|
15
|
|
TH
|
0
|
0
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Jumlah Murid
|
34
|
100
|
|
Daripada
jadual 3 di atas, keputusan ujian pos adalah seramai 28 orang murid mendapat
gred A dan ke atas, manakala hanya seorang murid mendapat gred D dan E. Daripada analisis ini jelas menunjukkan
murid-murid daripada kelas ini mempunyai potensi untuk berjaya dalam mata
pelajaran Bahasa Melayu, termasuk topik kertas 1 iaitu menulis karangan
rangsangan dan respon terbuka sekiranya mereka diberikan bimbingan yang
bersesuaian dan berkesan.
Dapatan daripada Ujian Pra dan Ujian Pos,
didapati terdapat peningkatan dalam pencapaian murid-murid tentang menulis
karangan menggunakan teknik JUMBAKPEK + Kad Piramid Karangan Pelbagai
guna. Perbandingan pencapaian Ujian Pra
dan Ujian Pos adalah seperti jadual dan carta di bawah:
Jadual 4:
Bilangan murid untuk Penilaian pencapaian Ujian Pra dan Ujian Pos (Ujian
Setara)
Markah
|
Bilangan murid
Ujian Pra
|
Bilangan murid
Ujian Pos (Ujian
Setara)
|
|
|
|
|
|
0-39
40-50
|
8
7
|
0
1
|
|
51-60
|
4
|
2
|
|
61-70
|
9
|
3
|
|
71-80
|
4
|
9
|
|
81-90
|
0
|
14
|
|
91-100
|
0
|
5
|
|
TH
|
2
|
0
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Jumlah Murid
|
34
|
34
|
|
Carta 1: Menunjukkan Peratus Perbandingan Pencapaian
murid Antara Ujian Pra & Ujian Pos Secara
Grafik
Merujuk kepada keputusan carta 1 di atas,
didapati terdapat peningkatan jumlah murid yang mendapat markah tinggi iaitu
antara markah 81 hingga 90. Dalam ujian
Pra jumlah murid mendapat markah antara 81 hingga 90 ialah 0, manakala dalam
Ujian Pos angka ini telah meningkat kepada 14 orang. Hal ini menunjukkan kaedah yang dijalankan
membantu dan memberi daya ingatan yang kuat kepada murid-murid.
Jadual 5: Perbandingan Keputusan Individu dalam Ujian
Pra dan Ujian Pos (Ujian Setara)
Murid
|
Markah
Ujian Pra
|
Markah
Ujian Pos
(Ujian Setara)
|
Beza
|
|
|
|
|
ALDY YOEL YOHANES
|
50
|
70
|
+20
|
ALINAH BINTI AKAI
|
TH
|
75
|
+75
|
ALISON BIN MATINGAP
|
20
|
77
|
+57
|
ALVENUS SUMOI @ JUMAN
|
50
|
72
|
+22
|
ANIMASI SOGANDA JUSTIN
|
71
|
92
|
+21
|
ARTIKA BINTI JOHARI
|
64
|
64
|
0
|
ARTINIE AMATIN
|
70
|
89
|
+19
|
ARWIE BIN INTAN
|
68
|
88
|
+20
|
ASMERA BINTI SHARIF
|
TH
|
88
|
+88
|
AVEYLINA BINTI MESEBUN
|
63
|
87
|
+24
|
BECHKAM BIN PIRING
|
73
|
90
|
+17
|
EDNA FLORENCE ERWAN
|
48
|
78
|
+30
|
ELLRIEAFIKAH JIPIL
|
65
|
89
|
+24
|
HAIRIE MADJINAU
|
47
|
80
|
+33
|
HERODIN BIN GINTALON
|
69
|
93
|
+24
|
HERRY BOY SIBI
|
57
|
81
|
+24
|
JAHIRA BT SUANSING
|
50
|
71
|
+21
|
JESSIKA JAIBIN
|
55
|
94
|
+39
|
JULINAH BINTI KAYAPIS
|
63
|
74
|
+11
|
KETHRIN BINTI KUIYIN
|
38
|
80
|
+42
|
KHAIRUL NIZAM BIN AMRAN
|
35
|
48
|
+13
|
MELNOVIE MAJIKAR
|
35
|
73
|
+38
|
MOHAMAD FADZIL AZME BIN BANGIS
|
36
|
60
|
+26
|
MOHD FAIZAL BIN ISMAIL
|
45
|
78
|
+33
|
NEWBROCKLIN BIN NARUBIN
|
60
|
76
|
+16
|
NORDIAH BINTI MARDIN
|
78
|
94
|
+16
|
NUR FATHIYAH BINTI ABDUL JALI
|
35
|
90
|
+55
|
NUR IZZATY LAILA BINTI MASLAN
|
59
|
88
|
+29
|
RAINALLY BIN HAINOK
|
40
|
65
|
+25
|
REDZLOND PALDI
|
38
|
60
|
+22
|
ROSNIYATI BINTI BUSLEY @ JASMAN
|
73
|
94
|
+21
|
SHELIANA SUSANTIE JEDIP
|
65
|
85
|
+20
|
SITI NUR ATIKAH BINTI JAMES
|
64
|
84
|
+20
|
WARDAH NUR FATIHAH BINTI
OSMERAH
|
36
|
89
|
+53
|
Berdasarkan jadual 5 melaporkan bahawa setelah
teknik JUMBAKPEK didedahkan kepada para murid dan Kad Piramid Karangan
digunakan semasa menulis karangan rangsangan dan karangan umum, peserta kajian
menjangkakan bahawa semua murid akan dapat menunjukkan peningkatan dalam ujian pos
berbanding dengan ujian pra. Walau bagai
manapun, seorang murid telah mendapat markah di luar jangkaan, iaitu meningkat sedikit sahaja berbanding ujian pos
(35 markah meningkat 48 markah). Setelah
diselidiki puncanya, murid tersebut lambat menulis ketika ujian dijalankan dan
memberitahu dia perlu menulis dengan cantik yang menyebabkan karangannya tidak
cukup isi dan pemerengganan karangan yang tidak seimbang. Manakala dua orang murid juga meningkat dalam
markah 60 dan 65 sahaja berbanding dengan pelajar yang lain(71 markah ke
atas). Murid-murid ini tergolong dalam
kategori murid yang lambat menguasai teknik yang diajar oleh guru. Oleh itu, perhatian yang lebih perlu
diberikan dan memerlukan bimbingan yang berterusan daripada guru bagi
membantunya menulis karangan dengan lebih sempurna.
Di samping itu,
antara aktiviti dalam pembelajaran abad ke-21 adalah aktiviti berkumpulan,
didik hibur dan pembentangan hasil kumpulan menggunakan inovasi Kad piramid
karangan pelbagai guna bersama nyanyian lagu Jumbakpek dalam kemahiran menulis
karangan yang berkesan. Pendekatan dan
inovasi ini memberi peluang dan ruang murid untuk membina kemahiran dan
pengetahuan melalui interaksi dengan orang lain. Oleh itu, dalam kajian ini didapati murid
telah diberi peluang untuk berbincang sesama mereka dalam menghasilkan pendahuluan, isi dan
penutup karangan dengan berpandukan inovasi kad piramid karangan pelbagai
guna. Rujuk silang dengan keratan gambar
dan nota lapangan pengkaji untuk peserta kajian juga menunjukkan wujudnya
pengajaran dan pembelajaran yang menitikberatkan aktiviti berkumpulan, nyanyian
dan pembentangan hasil dapatan. Hal ini
dipaparkan dalam keratan gambar di bawah:
|
Kad Lagu dinyanyikan semasa di kelas
atau di mana-mana murid berada sebagai cara menarik minat menghafal dan
mengingat formula kad piramid karangan.
Murid menyanyikan lagu sebelum tugasan
dibincangkan untuk mengingat formula karangan semasa proses pembelajaran.
|
Rajah 2: Aktiviti Nyanyian dalam Penulisan Karangan
Pengajaran dan pembelajaran secara nyanyian akan memberikan peluang
kepada para murid untuk berseronok dan berhibur sambil mengingat formula yang
ada dalam Kad piramid karangan pelbagai guna.
|
Murid melaksanakan tugasan yang
diberikan oleh guru secara berkumpulan.
Perbincangan jelas berlaku dalam kumpulan semasa proses pembelajaran
menggunakan inovasi Kad Piramid karangan pelbagai guna.
|
Rajah 3: Aktiviti Berkumpulan dalam Penulisan Karangan
Pengajaran dan pembelajaran secara berkumpulan akan memberikan
peluang kepada para murid mengeluarkan idea, bersoal jawab sesama mereka dan
seterusnya menyelesaikan masalah atau tugasan yang diberikan. Bahan penulisan karangan juga telah dicatat
atau ditampal dalam kertas sebak dan dipamerkan di hadapan kelas. Bahan bantu dan inovasi kad piramid yang
disediakan akan memudahkan murid membina karangan dan sesuai diaplikasikan
semasa pembelajaran abad ke-21. Keratan gambar aktiviti pembentangan memaparkan
hal ini.
|
Murid membentangkan hasil tugasan
secara berkumpulan. Pembentangan jelas
berlaku dalam kumpulan semasa proses pembelajaran dan Kad piramid dijadikan
panduan dan alat utama semasa membentang.
|
Rajah 4: Aktiviti Pembentangan Kumpulan dalam
Penulisan Karangan
Aktiviti
berkumpulan, nyanyian dan pembentangan yang dirancang oleh peserta kajian akan
menyebabkan murid terlibat aktif dalam penghasilan karangan. Dapatan kajian di atas jelas memaparkan
bahawa penulisan karangan yang menggunakan inovasi kad piramid karangan
pelbagai guna bersama nyanyian akan
menjadikan suasana pembelajaran yang aktif dalam bilik darjah. Murid digalakkan memberi idea dan
menyelesaikan tugasan secara berkumpulan sebelum kemahiran baharu yang mereka
pelajari digunakan pula untuk menghasilkan karangan secara individu. Selain itu, murid juga boleh menyemak sendiri
hasil karangan kumpulan dan individu berdasarkan panduan kad piramid karangan
pelbagai guna. Hal yang sangat penting
adalah murid telah menguasai semua formula karangan yang dipelajari dan boleh
menjadikan kad inovasi ini sebagai panduan semakan.
Inovasi pengajaran
dalam kajian ini merupakan satu pedagogi intervensi yang memberikan kemahiran
kepada murid secara khusus untuk setiap komponen penulisan karangan. Penggunaan inovasi ini sangat sesuai
digunakan untuk membina pengetahuan dan kemahiran jangka panjang dalam diri
murid. Kesesuaian penggunaan inovasi ini
jelas dilihat apabila terdapat peningkatan dari segi hasil kerja murid. Kemahiran-kemahiran yang diajar dalam inovasi
ini telah membantu murid menghasilkan satu karangan yang lebih berkualiti atau
sekurang-kurangnya memenuhi kriteria penulisan karangan yang lengkap.
Hasil kerja murid
selepas pencerapan juga telah dikumpul untuk mengenal pasti kesesuaian inovasi
kad piramid karangan pelbagai guna berdasarkan hasil penulisan murid-murid
peserta kajian tersebut. Dapatan kajian
menunjukkan bahawa hasil penulisan murid secara individu telah menunjukkan
peningkatan. Perbezaan ini jelas
ditunjukkan daripada keratan hasil karangan sebelum dan selepas inovasi
diaplikasikan oleh guru dalam pengajaran.
Petikan hasil karangan murid di bawah jelas menunjukkan perubahan ini.
|
Rajah 5(i): Pendahuluan
|
Rajah 5 ii: Isi
Rajah 5:
Hasil Penulisan Murid Sebelum Penggunaan Inovasi Kad Piramid Karangan
Pelbagai guna. (Pendahuluan dan Isi)
Pendahuluan
karangan pada rajah 5(i) di atas merupakan hasil penulisan murid sebelum
inovasi yang dicadangkan dalam model dilaksanakan dalam bilik darjah. Didapati bahawa pendahuluan yang ditulis
tidak mempunyai ayat tugasan atau arahan iaitu ayat yang menyatakan isu atau
isi karangan yang akan ditulis serta tiada ayat jawapan yang mengikuti elemen
fomula KSSMJA. Manakala isi karangan
pada rajah (ii) di atas merupakan hasil karangan murid sebelum inovasi dan
didapati isi karangan tidak mempunyai huraian isi yang merangkumi sebab,
bagaimana, contoh, kesan, ungkapan menarik dan penegasan kecil dalam perenggan
isi. Penambahbaikan jelas berlaku
apabila guru memberikan kemahiran dan teknik inovasi menulis pendahuluan dan isi
kepada murid. Perubahan ini jelas
dipaparkan dalam keratan pendahuluan dan isi di bawah:
|
Rajah 6:
Hasil Penulisan Murid Selepas Penggunaan Inovasi Kad Piramid Karangan
Pelbagai guna. (Pendahuluan)
Dapatan kajian di
atas menunjukkan bahawa murid telah menggunakan formula KSSMJA untuk
pendahuluan yang diajar oleh peserta kajian.
Berbeza dengan pendahuluan dalam rajah 5(i), pendahuluan dalam rajah 6
lebih menunjukkan murid menggunakan formula KSSMJA dalam menulis karangan. Murid juga didapati telah memberi beberapa
ayat rangsangan untuk menarik minat pembaca meneruskan pembacaan hasil
penulisannya. Dapatan kajian yang menunjukkan bahawa perenggan isi yang ditulis
oleh murid di atas telah lengkap mengandungi judul idea, huraian dan contoh
atau kesimpulan berdasarkan formula Jumbakpek karangan. Hasil penulisan ini dipaparkan dalam petikan
perenggan isi murid yang berikut:
|
Rajah 7:
Hasil Penulisan Murid Selepas Penggunaan Inovasi Kad Piramid Karangan
Pelbagai guna. (Isi)
Berdasarkan rajah
7 di atas, murid telah dapat memberi isi yang tepat dengan huraian yang jelas
dan disertakan dengan contoh dan kesimpulan.
Kemahiran ini diajar oleh peserta kajian semasa menggunakan inovasi kad
piramid karangan pelbagai guna bersama nyanyian lagu Jumbakpek ini dalam
pembelajaran. Proses mengaplikasikan
inovasi dan pengetahuan sedia ada yang diperoleh sebelum ini telah digunakan
untuk menghasilkan penulisan yang lebih baik.
Selain itu, jika dibandingkan dengan hasil penulisan sebelum ini,
didapati hasil kerja murid sememangnya menunjukkan banyak peningkatan.
Selain dokumen
hasil kerja murid, temu bual dengan para peserta kajian juga membuktikan
terdapatnya perubahan dan peningkatan dalam hasil karangan murid. Peserta kajian berpendapat bahawa inovasi dan
penguasaan kemahiran menulis yang diterapkan dalam diri murid telah menyebabkan
perubahan dalam karangan mereka. Keratan
temu bual para murid di bawah menjelaskan kenyataan ini.
“Saya pernah berasa menulis karangan respon terbuka dan karangan
rangsangan sangat susah. Tetapi,
pandangan saya telah berubah sejak penggunaan Kad Piramid Karangan
Pelbagaiguna”.
MOHD. FAIZAL B. ISMAIL
“Saya mendapat keputusan yang lebih baik selepas pengenalan Kad
Piramid Karangan Pelbagaiguna”.
ALISON BIN MATINGAP
“Kad Piramid Karangan Pelbagaiguna + aktiviti nyanyian menarik
perhatian dan PdPc lebih seronok walaupun guru mengajar karangan di kelas”.
JESSIKA JAIBIN
“Kad Piramid Karangan Pelbagaiguna memudahkan saya mengingati
formula karangan dengan cepat dan tidak bosan”.
NUR IZZATY LAILA BINTI MASLAN
“Kad Piramid ini membolehkan saya belajar dengan rakan-rakan saya
dengan lebih seronok”.
ASMERA BINTI SHARIF
“Saya mengingati teknik Jumbakpek dengan menyanyikan lagu Jumbakpek
yang telah disediakan oleh guru”.
RAINALLY
“Kesan daripada mempelajari teknik penulisan ini ialah saya mudah
menulis karangan dan mudah mengingati langkah demi langkah semasa menulis
karangan”.
MOHAMAD FADZIL AZME BIN
BANGIS
Petikan temu bual
peserta kajian di atas jelas menunjukkan bahawa, penggunaan inovasi kad piramid
karangan pelbagai guna dalam pengajaran telah memberi impak yang positif
terhadap hasil kerja murid. Jelaslah
bahawa penggunaan inovasi ini sebagai salah satu pedagogi intervensi dalam
pengajaran suasana kemahiran menulis karangan sesuai diaplikasi dalam bilik
darjah. Selain mewujudkan suasana
pembelajaran yang menyeronokkan, inovasi ini juga dilihat telah meningkat
kemahiran menulis karangan murid.
Selain itu, soal
selidik para murid juga diambil untuk memastikan kesesuaian inovasi ini
digunakan dalam pengajaran menulis karangan.
Jadual refleksi soal selidik peserta kajian berkaitan penggunaan inovasi
dalam pengajaran adalah seperti yang berikut:
Jadual 6: Keputusan Soal Selidik
Penggunaan Teknik Jumbakpek dan Kad Piramid Karangan Pelbagai guna
Bil
|
Soalan
|
Bilangan Murid
|
Peratus ‘Ya’
(%)
|
|
Ya
|
Tidak
|
|||
1
|
Adakah
anda menyukai kaedah JUMBAKPEK?
|
34
|
0
|
100
|
2
|
Adakah
JUMBAKPEK tersebut senang untuk dipelajari dan dingati?
|
34
|
0
|
100
|
3
|
Adakah
anda menghadapi masalah semasa menyediakan kad Piramid Karangan Pelbagai
guna?
|
2
|
32
|
6
|
4
|
Adakah
anda akan sentiasa menggunakan Kad Piramid Karangan Pelbagai guna tersebut?
|
32
|
2
|
94
|
5
|
Adakah
Kad Piramid Karangan Pelbagai guna benar-benar membantu anda lebih memahami
cara menulis /mengarang karangan.
|
33
|
1
|
97
|
6
|
Adakah
anda telah faham formula karangan JUMBAKPEK?
|
25
|
9
|
74
|
7
|
Adakah
anda telah dapat menghafal semua formula karangan dalam Kad Piramid Karangan
Pelbagai guna?
|
20
|
14
|
59
|
8
|
Adakah
anda yakin dapat menulis karangan mengikut teknik Jumbakpek dengan betul?
|
28
|
6
|
82
|
9
|
Adakah
anda mempunyai kaedah lain untuk mengingati formula ion?
|
8
|
26
|
24
|
10
|
Adakah
anda bersetuju kaedah JUMBAKPEK dan Kad Piramid Karangan Pelbagai guna
diteruskan untuk masa akan datang?
|
34
|
0
|
100
|
Dapatan dari jadual di atas menunjukkan keputusan
soal selidik iaitu semua murid menyukai teknik JUMBAKPEK dan penggunaan Kad
Piramid Karangan Pelbagai guna semasa menulis karangan mengikut tema karangan
tingkatan 5. Kaedah tersebut telah
membantu para murid untuk memahami cara menulis karangan dengan berkesan. Malah
murid juga mencadangkan agar inovasi dan aktiviti yang dilaksanakan dalam
pengajaran tersebut digunakan juga dalam pembelajaran akan datang. Di samping itu, inovasi Kad piramid karangan
pelbagai guna bersama nyanyian lagu Jumbakpek dalam kemahiran menulis karangan
ini secara keseluruhan telah menimbulkan satu persekitaran pembelajaran yang
berbeza seiring dengan pembelajaran abad ke-21.
PERBINCANGAN DAN RUMUSAN
Pelaksanaan inovasi kad piramid karangan pelbagai guna bersama
nyanyian lagu Jumbakpek dalam penulisan karangan Bahasa Melayu telah mengubah
persepsi murid terhadap mata pelajaran Bahasa Melayu yang dikatakan membosankan
kepada pembelajaran yang menyeronokkan terutamanya semasa pembelajaran
kemahiran menulis karangan di bilik darjah.
Pengajaran kemahiran menulis karangan dalam penggunaan inovasi ini telah
diajar secara berperingkat-peringkat.
Peserta telah memperkenalkan inovasi kad piramid karangan pelbagai guna
bersama nyanyian lagu Jumbakpek untuk mengajar tiga elemen penting dalam
pembinaan satu karangan secara berasingan termasuklah elemen menganalisis
soalan karangan. Peserta hanya
memfokuskan kepada pendahuluan karangan dan diikuti dengan pengembangan isi dan
seterusnya penutup karangan.
Mengarang
merupakan satu proses yang dinamik yang melibatkan proses yang berulang-ulang
dan bertindan antara satu proses yang lain (Flowers dan Hayes,1991). Hal ini membuktikan bahawa proses menulis
satu karangan itu sangat penting untuk murid menguasai kemahiran menulis
berbanding produk akhir penulisan. Dalam
penggunaan inovasi ini, proses ini ditekankan sebagai aktiviti yang boleh
dijadikan satu usaha untuk membina pengetahuan murid dengan pengetahuan sedia
ada.
Penggunaan
inovasi kad piramid karangan pelbagai guna dengan lagu Jumbakpek dalam
pengajaran ini telah memberi impak yang positif sama ada hasil penulisan murid
atau suasana pembelajaran di bilik darjah.
Murid-murid juga aktif dan berusaha melibatkan diri dalam pembelajaran
dan hal ini menimbulkan satu suasana pembelajaran yang menyeronokkan. Oleh itu, penggunaan kad piramid karangan
pelbagai guna untuk menulis karangan teknik Jumbakpek ini perlu diteruskan
sepanjang masa demi memastikan penguasaan pelajar sentiasa berada pada tahap
optimum. Izharnya, penggunaan inovasi ini sesuai diaplikasi dalam pengajaran
menulis karangan Bahasa Melayu Tingkatan 5.
Kesimpulannya,
guru memainkan peranan penting dalam memastikan pengajaran dan pembelajaran
sentiasa bermakna dan memberi kesan yang positif kepada murid. Pendedahan awal adalah perlu supaya murid
tidak menghadapi masalah apabila berada di tingkatan 5 dan menghadapi
peperiksaan SPM nanti. Guru perlu cekap
merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran berasaskan penggunaan
inovasi yang kreatif dan kritis sebagai proses atau membina pengalaman secara
berterusan dan murid juga mesti dilibatkan dalam setiap langkah atau aktiviti
pengajaran dan pembelajaran seiring dengan pembelajaran abad ke-21.
RUJUKAN
Azizul Rahman Abdul Rahman. (2016).
Ungkapan Indah untuk Penulisan.
Selangor Darul Ehsan: Ilmu Bakti
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan.
(2008). Manual Kajian Tindakan. Edisi ketiga. Putrajaya:Kementerian
Pelajaran Malaysia.
Fower, Linda and John R.Hayes. (1991). “A
Cognitive Process Theory of Writing.”
College Composition and Communication 32.4(December 19810: 365-87.
Kementerian Pelajaran Malaysia. (2011). Buku Teks Bahasa Malaysia Kurikulum
Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) Tingkatan 5. Selangor Darul Ehsan: Dewan Bahasa dan
Pustaka
Kementerian Pelajaran Malaysia. (2016). Buku Teks Bahasa Malaysia Kurikulum
Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) Tingkatan 4. Selangor Darul Ehsan: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Noor Rohana Mansor. (2003).
Penyebatian kemahiran berfikir dalam pengajaran dan pembelajaran
Bahasa Melayu. Dewan Bahasa, April.
Spencer , L.M and Spencer, S.M. (1993). Competence at Work. John Wiley & Sons, New York.
Sufean Hussin.
(2004). Pendidikan di
Malaysia: Sejarah, Sistem dan Falsafah.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa &
Pustaka
Zakaria Bin Omar. (2014). Pendekatan konstruktif dalam Inovasi
Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu di Kolej Vokasional. Fakulti Pendidikan teknikal dan Vokasional
Universiti tun Hussien onn Malaysia Tahun 2009, ms 1-36.
Zamri Mahamod.
(2012). Inovasi Pengajaran dan
Pembelajaran Dalam Pendidikan Bahasa Melayu. Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.