Thursday, July 19, 2018
Sunday, July 15, 2018
PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN
SMK
PINGGAN-PINGGAN, PITAS
PETI
SURAT 441, 89108 SABAH.
PROPOSAL
KAJIAN TINDAKAN
“MENINGKATKAN
KEMAHIRAN MENULIS KARANGAN MENGGUNAKAN TEKNIK JUMBAKPEK BERPANDUKAN
KAD PIRAMID KARANGAN PELBAGAI GUNA + NYANYIAN KEPADA
MURID-MURID
TINGKATAN 5 INOVATIF”
Disediakan
Oleh:
Puan
Hamidah Binti Raya
1.0 TAJUK
KAJIAN:
MENINGKATKAN
KEMAHIRAN MENULIS KARANGAN MENGGUNAKAN TEKNIK JUMBAKPEK KEPADA MURID-MURID TINGKATAN 5 INOVATIF
2.0 NAMA PENYELIDIK
Puan Hamidah Binti Raya
3.0 NAMA SEKOLAH
SMK Pinggan –Pinggan, Pitas Sabah
4.0 PENDAHULUAN / LATAR BELAKANG KAJIAN
Berdasarkan format Bahasa Melayu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM),
pemeriksaan kertas mata pelajaran Bahasa Melayu terbahagi kepada 3 kertas iaitu
Kertas 1, Kertas 2 dan Kertas 3. Kertas
1 meliputi 130 markah ( Bahagian A: Karangan Rangsangan dan Bahagian B:Karangan
Respon Terbuka), kertas 2 meliput 110 markah ( Karangan Rumusan, Pemahaman
KOMSAS, Sistem Bahasa dan Novel) dan Kertas 3 meliputi 40 markah (ULBS)
a)
REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU
Saya mengajar di kelas 5 Inovatif(Baik), 5 Kreatif (Aras Sederhana) dan 5 Optimis (Aras Rendah) bagi mata
pelajaran Bahasa Melayu.
Sewaktu saya menyemak karangan murid tingkatan 5 Inovatif dan 5
Optimis berdasarkan ujian Pra , saya dapati masalah utama bagi murid saya ialah
murid tidak mahir menulis dan mengembangkan pendahuluan, pernyataan isi menepati arahan soalan dan dimensi karangan
dan membuat penutup dalam penulisan karangan rangsangan dan karangan umum yang
perlu dikuasai oleh murid SPM bagi memperoleh markah yang tinggi. Justeru, murid sukar untuk mencapai markah
cemerlang dalam karangan rangsangan dan karangan respon terbuka Kertas 1 kerana
olahan karangan yang terlalu ringkas serta pendek tanpa ada sebab, contoh
ataupun ungkapan menarik serta tidak memasukkan aspek Kbat dalam penulisan
tersebut. Malahan, karangan pelajar
tidak mengikut teknik dan dimensi yang
disarankan dalam penulisan karangan yang baik.
Kebanyakan murid hanya menghurai isi tanpa memberi kesan, contoh dan
penyelesaian bagi setiap isu yang dibincangkan.
Oleh hal yang demikian, penguasaan terhadap kemahiran menulis karangan
memerlukan pendekatan berfokus dan komprehensif untuk memberi kefahaman yang
jelas dan mudah kepada murid.
Masalah
ini berlaku dalam kalangan murid adalah kerana mereka:
1.
Tidak mempunyai
kemahiran menulis isi karangan menepati arahan soalan dan dimensi karangan.
Masalah
ini juga berpunca daripada saya kerana
menganggap pelajar telah menguasai kemahiran menulis isi karangan yang menepati
kehendak soalan di Tingkatan 4 dan mengabaikan pembelajaran Masteri dan
pendekatan berfokus.
5.0 ISU KEPRIHATINAN DAN FOKUS KAJIAN
Berdasarkan ujian Pra Bahasa Melayu Januari 2018 untuk kelas
Tingkatan 5 Inovatif didapati 90 peratus
murid masih lemah dan tidak cemerlang dalam penulisan karangan. Oleh itu, murid yang lemah dalam penulisan
karangan berpunca daripada pelbagai faktor yang perlu ditinjau secara teliti
dan mendalam. Pembedahan terhadap isu
kelemahan khususnya dalam penulisan karangan perlu dilakukan dengan segera. Keadaan ini tidak boleh dibiarkan
berpanjangan kerana murid ini akan menghadapi SPM 2018 pada bulan
November. Seandainya mereka tidak
menguasai kemahiran menulis karangan dengan baik kebarangkalian mereka tidak
akan mendapat keputusan cemerlang dalam mata pelajaran Bahasa Melayu peringkat
SPM kerana soalan bahagian ini merangkumi 130 markah daripada 240 markah
keseluruhan Bahasa Melayu Kertas 1. Oleh
itu, kajian tindakan perlu dilakukan bagi meningkatkan penguasaan kemahiran
menulis karangan dengan kaedah terancang dan sistematik.
Selain itu, harus ada satu modus operandi yang sesuai dan pelbagai
untuk pengajaran dan pemudahcaraan menulis karangan. Justeru, bagi meningkatkan kemahiran menulis
karangan, saya memperkenalkan “Teknik
JUMBAKPEK ” untuk dijalankan dalam proses pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) penulisan
di kelas. Walaupun saya mengesan banyak
masalah yang dihadapi oleh murid saya, saya akan fokuskan kajian ini kepada
masalah penerapan contoh, kesan, ungkapan menarik dan aspek KBAT dalam
perenggan karangan bahagian A dan bahagian B.
Antara kesilapan yang sering dilakukan oleh murid-murid Tingkatan 5
Inovatif ialah:
1.
Menghurai isi atau idea tanpa memberikan
contoh, kesan dan langkah penyelesaian yang sesuai.
2.
Menghurai
isi tanpa panduan teknik yang betul dan tiada kesinambungan antara ayat dengan
ayat sebelumnya.
3.
Huraian
idea yang tidak menjurus pada dimensi karangan yang ditetapkan.
Jika perkara ini tidak ditangani segera, masalah ini akan menjadi
lebih serius, murid akan terus menghasilkan karangan yang tidak menepati arahan
soalan dan lemah.
6.0 OBJEKTIF KAJIAN
Sselepa
kajian ini selesai dijalankan, murid-murid diharap akan mencapai objektif
berikut:
1.1
Objektif Umum
Meningkatkan
nilai GNP sekolah dengan peningkatan peratus yang memperoleh A+, A dan A-
Bahasa Melayu.
1.2
Objektif Khusus
1.2.1
Meningkatkan
keupayaan menulis karangan dengan betul berdasarkan teknik JUMBAKPEK yang akan
dipelajari.
1.2.2
Meningkatkan
keupayaan menghuraikan isi karangan yang bertepatan dengan arahan soalan dan
dimensi karangan
1.2.3
Meningkatkan
peratus murid yang mendapat markah cemerlang dalam penulisan karangan.
1.2.4
Meningkatkan
keupayaan mengaplikasikan contoh, kesan, ungkapan menarik dan aspek KBAT dalam
penulisan.
7.0 KUMPULAN SASARAN
Kajian ini
melibatkan 34 orang murid 5 Inovatif
yang merupakan murid aras baik.
8.0 TINDAKAN YANG DICADANGKAN
8.1
PELAKSANAAN KAJIAN
8.1.1
Tinjauan masalah dan Analisis Tinjauan Masalah
Tinjauan awal saya terhadap masalah
kajian berkaitan dengan mengenal pasti masalah pembelajaran murid dan
seterusnya mengenal pasti punca murid gagal dalam penguasaan kemahiran menulis
karangan. Pemerhatian dilihat terhadap
tingkah laku pembelajaran murid dalam aspek sikap dan kesediaan murid ketika
proses pengajaran dan pemudahcaraan di dalam kelas. Sikap murid yang kurang memberi tumpuan
terhadap pengajaran guru dan budaya leka dalam pembelajaran telah dikenal
pasti sebagai punca utama yang mempengaruhi kemahiran murid dalam penulisan
karangan. Begitu juga terdapat murid
yang membuat latihan yang diberikan oleh guru secara sambalewa dan kurang
berkualiti. Masalah yang dihadapi murid
dalam penulisan karangan dapat diperhatikan melalui aktiviti pengajaran dan
pemudahcaraan di kelas. Selain itu,
tinjauan dilakukan dengan mengutip data seperti berikut:
1.
Ujian
Pra-menulis pemerengganan karangan lengkap berdasarkan soalan karangan rangsangan
dan karangan umum.
2.
Pemerhatian
sikap murid ketika belajar penulisan karangan berkesan.
3.
Temu bual
dengan murid tentang keberkesanan teknik yang diajar di kelas.
4.
Soalan soal
selidik murid selepas ujian pos dijalankan.
5.
Latihan
karangan murid bagi mengesan kesilapan penggunaan perkataan dalam ayat dan
penerapan aspek KBAT
8.2
TINDAKAN YANG DIJALANKAN
Berdasarkan
analisis ujian Pra, pemerhatian dan semakan latihan pelajar, satu tindakan akan
dijalankan. Oleh itu, tindakan dilakukan dengan memperkenalkan “Teknik JUMBAKPEK”
dalam penulisan karangan.
8.2.1
Langkah
pertama yang dijalankan adalah dengan memberi pendedahan teknik menjawab soalan
Bahasa Melayu SPM sebenar, khususnya kepada penulisan karangan dan sistem
pemarkahan. Murid yang mengalami masalah
pembelajaran dan kurang memberi tumpuan terhadap pengajaran dan lemah dalam
penulisan karangan adalah perlu diberi perhatian dalam kalangan murid sasaran. Berikut adalah langkah awal sebelum
mendedahkan murid dengan cara menulis karangan yang cemerlang:
8.2.1 Teknik Menjawab Karangan Rangsangan dan
Karangan Umum didedahkan kepada murid pada awal Januari 2018.
8.2.2
Cara
Pemarkahan Karangan peringkat cemerlang didedahkan kepada murid sebagai
pengetahuan awal menulis karangan.
8.2.3
Memperkenalkan
Teknik “TAAFDIRU” untuk
menganalisis soalan atau tajuk karangan.
8.2.4
Memperkenalkan
Teknik “KSSMJA” untuk membina pendahuluan karangan.
8.2.5
Memperkenalkan
Teknik “PESAHAKE” untuk membina penutup karangan.
8.2.6
Seterusnya
, tindakan yang saya lakukan adalah dengan memperkenalkan “Teknik JUMBAKPEK”
dalam penulisan karangan. Tindakan yang dilakukan adalah dengan memberi
pendedahan berkaitan kemahiran menulis karangan dan penekanan terhadap semakan latihan
murid berpandukan kepada strategi pengajaran yang diperkenalkan. Teknik
penulisan karangan ini dipermudahkan lagi dengan menggunakan “Piramid
Karangan Pelbagaiguna” sebagai inovasi baharu atau bahan bantu mengajar guru dan murid yang
ditambahbaik daripada idea PdP Sains :Pop up Piramid Tingkatan 2 dalam laman
sesawang www.cikguhailmi.com (18 April 2015).
8.2.4(i) Penggunaan
“Piramid Karangan Pelbagaiguna”
ini diubahsuai mengikut kegunaan penulisan karangan Bahasa Melayu yang
saya kaji iaitu menggunakan kedua-dua permukaan luar dan dalam piramid sebagai
panduan atau model asas menulis karangan cemerlang. Hasil daripada ciptaan Piramid ini saya amati dan merasakan
ia amat sesuai digunakan oleh guru
sebagai model atau bahan bantu mengajar di kelas serta nota dan panduan asas untuk murid
semasa PdPc dan dimasukkan ke dalam poket hadapan buku latihan serta boleh juga
dijadikan penanda buku latihan murid.
Melalui piramid ini murid boleh membawa dan membacanya ke mana-mana
sahaja .
8.2.7
Memperbanyak
latihan dan aktiviti seperti menulis karangan menggunakan modul yang disediakan
dan berpandukan “Piramid Karangan Pelbagaiguna”, guru memberi contoh karangan
yang cemerlang dan meminta murid menghafal teknik JUMBAKPEK. Guru memandu murid menulis karangan langkah
demi langkah berdasarkan kaedah yang dicadangkan , guru meminta murid menyalin
contoh karangan yang sedia ada dan
aktiviti menulis karangan dengan memasukkan ungkapan menarik seperti
peribahasa, kata-kata hikmat dan cogan kata (murid kena hafal dan ingat melalui
1 hari 2 peribahasa berserta maksud sebelum PdPc dijalankan). Aktiviti terakhir sekali guru meminta murid
menulis latihan karangan berdasarkan kaedah yang diajar sebagai latih tubi yang
berterusan di kelas atau semasa kelas tambahan.
8.2.8
Untuk
meningkatkan ketajaman minda dan ingatan murid, saya juga berusaha
memperkenalkan teknik nyanyian karangan berkesan JUMBAKPEK semasa PdPc di
kelas. Sebelum PdPc bermula
atau selepas aktiviti PdPc murid akan menyanyikan lagu JUMBAKPEK untuk menarik mereka menghafal teknik
tersebut dan menyukai cara mengarang penulisan berkesan disamping menggunakan
panduan Piramid Karangan Pelbagaiguna di kelas.
Aktiviti –aktiviti ini akan diubahsuai mengikut keperluan setelah
saya melaksanakan tinjauan awal.
8.3
PENILAIAN DAN REFLEKSI
KESELURUHAN
8.3.1
Didapati
tindakan yang dibuat adalah berkesan untuk murid kelas baik, sederhana serta
rendah meningkatkan kemahiran menulis karangan yang cemerlang dan baik.
8.3.2
Diharapkan
dengan kemahiran menulis karangan ini, akhirnya murid dapat menulis karangan
yang lengkap , berfokus kepada arahan soalan dan dimensi karangan dan karangan
yang menarik dan berkesan.
8.3.3
Tindakan
seumpama ini boleh dicuba ke kelas lain yang menghadapi masalah yang sama.
9.0 PERANCANGAN PELAKSANAAN TINDAKAN
9.1
Jadual Pelaksanaan kajian
Bil
|
Aktiviti
/ Tugasan
|
Bulan/Tarikh
|
Catatan
|
1
|
Memaklumkan Kajian
Tindakan kepada pentadbir dan guru pakar, membuat perbincangan dan meminta
tunjuk ajar serta pandangannya untuk menyediakan kajian ini
|
20.1.2018
|
|
2
|
Mengenal
pasti masalah dan pengumpulan data awal
|
22.1.2018
|
|
3
|
Menulis,
menyediakan dan menyerahkan Proposal Kajian Tindakan
|
26.01.2018
|
|
4
|
Merancang
Tindakan panitia
|
29
.01.2018
|
|
5
|
Melaksanakan
dan Menjalankan Kajian tindakan
|
2 Feb
– 30 April 2018
|
Ujian
Pos 1
Ujian
Setara 2
Ujian
Pos 3
|
6
|
Membincangkan
masalah yang timbul
|
9
April 2018
|
|
7
|
Ujian untuk
mengesan pencapaian murid
|
16
April 2018
|
Ujian
Pos 4
|
8
|
Refleksi
kajian
|
18
April 2018
|
|
9
|
Menulis
Laporan Kajian
|
23
April 2018
|
Data
dikumpul melalui:
·
Catatan
·
Pemerhatian
·
Rekod
aktiviti
·
Rekod
pencapaian
·
Temubual
·
Ujian pos
|
10
|
Menyerahkan
Laporan Kajian dan Pembentangan dapatan kajian
|
30
April 2018
|
|
9.2
Kos Kajian
Bil
|
Bahan
|
Harga seunit
|
Jumlah
|
1
|
Kertas
A4 1 rim
|
3 X RM 12.00
|
RM 36.00
|
2
|
Kad
Manila
|
10 x RM 0.80
|
RM 8.00
|
3
|
Pen
Marker
|
3 x RM 4.00
|
RM 12.00
|
4
|
Fotostat
Bahan & Laporan Kajian
|
|
RM 50.00
|
5
|
Stapler
dan dawai kokot
|
1 X RM 8.00
|
RM 8.00
|
6
|
Kertas
A4 berwarna -1 rim
|
1 X RM 32.00
|
RM 32.00
|
JUMLAH KOS
|
RM 146.00
|
10.0 RUJUKAN / BIBLIOGRAFI
Mohamad Nasir Bin Ibrahim.
(2016). Penulisan Bahasa Malaysia
SPM , Memperkenalkan Kaedah IMBAKUP dalam Penulisan. Selangor Darul Ehsan: Ilmu Bakti.
Zamri Salleh. (2017). Modul Penulisan Karangan SPM, Meningkatkan
Kemahiran Menulis Menggunakan Kaedah Ulang, Rujuk dan Tambah. Kedah:
Karya.
Azlin Binti Annual. (2017). Kaedah Mengarang Isi Karangan:Teknik AMBaKKYa
2 Kata Kunci. Selangor: IP Minda Printing
& Trading.
Azizul Rahman Abdul Rahman.
(2016). Ungkapan Indah untuk
Penulisan. Selangor Darul Ehsan: Ilmu Bakti
Norlizarosiha. Blogspot (2017).
Contoh Kertas Cadangan KajianTindakan.(online)(http://cikgunorlizarosiha.blogspot.my/2017/12.
Kementerian Pelajaran Malaysia. (2011). Buku Teks Bahasa Malaysia Kurikulum Bersepadu
Sekolah Menengah (KBSM) Tingkatan 5.
Selangor Darul Ehsan: Dewan Bahasa dan Pustaka
Kementerian Pelajaran Malaysia. (2016). Buku Teks Bahasa Malaysia Kurikulum Bersepadu
Sekolah Menengah (KBSM) Tingkatan 4.
Selangor Darul Ehsan: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Haji Ishak Bin Md Shah.
(2017). Bahasa Melayu SPM Kertas
1: Modul mahir Mengarang. Selangor Darul
Ehsan.
Cikguhailmi.blogspot ( 2015 ).
Idea P&P Sains:Pop up Piramid . (online) (www.cikguhailmi.com) (18 April 2015)
HAMIDAH BINTI
RAYA
Tarikh: 26 Januari 2018
Ulasan:
____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
|
Disemak:
LOJUMIN BIN
GALAPAN
Tarikh:______________________
Ulasan:
____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
|
MALATI BINTI
LAJIM
Tarikh:_______________________
Subscribe to:
Posts (Atom)
-
KAD SMARToISI UNTUK PENANDA WACANA MENARIK (HAFALAN) HAKCIPTA TERPELIHARA PERENGGAN ISI ----...
-
PENANDA WACANA KARANGAN PERENGGAN PENDAHULUAN (KSSMJA) TEKNIK PENANDA WACANA K-KENYATAAN TEMA...
-
SMK PINGGAN-PINGGAN, PITAS PETI SURAT 441, 89108 SABAH. PROPOSA...