Wednesday, August 22, 2018

KARANGAN RESPON TERBUKA (100M)-TEKNIK JUMBAKPEK


CARA MENULIS KARANGAN RESPON TERBUKA/UMUM MENGGUNAKAN TEKNIK JUMBAKPEK
Contoh 1:  UNIT 1:  RUMAH TERBUKA RAKYAT MALAYSIA (Tingkatan 5)-Buku teks ms. 1-22
Keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan rakyat dalam sesebuah Negara banyak bergantung pada perpaduan kaum.
Jelaskan usaha-usaha pelbagai pihak untuk mewujudkan perpaduan kaum di Negara ini.
Teknik TAAFDiRu (Tema/ayat tugasan/format karangan/dimensi/rangka isi/ungkapan menarik)
Tema/isu tugasan: perpaduan kaum
Akar tema: keamanan, kemakmuran/kesejahteraan rakyat dalam sesebuah Negara/di Negara ini
Ayat tugasan/soalan:  usaha-usaha pelbagai pihak untuk mewujudkan perpaduan kaum di Negara ini.
Format karangan: karangan jelaskan (KTB)
Dimensi karangan: Dimensi masyarakat (Pelbagai pihak)
Rangka Isi: 5 / 6 isi
Ungkapan menarik: peribahasa /kata hikmat /slogan

Isu perpaduan kaum merupakan satu usaha berterusan yang perlu dipikul dan dijunjung bersama-sama oleh semua pihak.(K) Hal ini dikatakan demikian kerana jika ikatan silaturrahim dan perpaduan musnah dalam masyarakat, nescaya pelbagai impak negatif akan menimpa masyarakat khususnya dan Negara amnya.(S) Hal ini amat membimbangkan masyarakat kita jika tidak ditangani dengan kadar yang segera.(S) Persoalannya, apakah usaha-usaha pelbagai pihak untuk mewujudkan perpaduan kaum di negara ini? (M)Oleh sebab itu, pelbagai usaha perlu diambil oleh pihak-pihak tertentu bagi memupuk dan membaja agar perpaduan terus subur dan mewangi dalam kehidupan masyarakat sekalu gus mengelakkan peristiwa hitam 13 mei 1969 daripada berulang kembali.(JA)
Memang tidak dapat dinafikan bahawa, usaha-usaha pelbagai pihak untuk mewujudkan perpaduan kaum di negara ini adalah peranan ibu bapa, para pendidik dan pihak sekolah.(JU) Hal ini dikatakan demikian kerana, ibu bapa dan pendidik merupakan wahana dalam membina generasi masa hadapan yang mengutamakan keharmonian antara kaum.(M) Dalam institusi keluarga, ibu bapa merupakan entity mithali kepada anak dan harus menonjolkan teladan yang baik.(B) Contohnya, ibu bapa haruslah bertegur sapa dan melayani jiran tetangga dengan mesra tanpa mengira bangsa, kaum dan anutan agama.(B)  Barisan pendidik  di sekolah pula juga memainkan tanggungjawab signifikan dalam menerapkan nilai murni dan moral ke dalam sanubari anak murid.(B)  Melalui pengajaran subjek pendidikan Moral dan Sivik Kewarnegaraan, para pendidik boleh memberikan bimbingan dan nasihat yang konsisten untuk membentuk sahsiah terpuji dan positif dalam kalangan murid sejak dari tahun satu hinggalah ke sekolah menengah dan university.(B) Kesannya sejak kecil lagi anak-anak akan terpengaruh untuk mencontohi sikap ibu bapa yang menghormati kaum lain serta didikan para guru yang mengajar tentang nilai hormat-menghormati kaum lain, bak kata peribahasa, melentur buluh biarlah dari rebungnya.(K+PE) Jelaslah bahawa, peranan ibu bapa, para pendidik dan pihak sekolah amat penting sebagai wadah untuk mewujudkan perpaduan kaum di Malaysia.(K)
Suatu hakikat yang tidak dapat diketepikan ialah peranan media massa juga penting sebagai modus operandi pelbagai pihak untuk mewujudkan perpaduan kaum di Negara ini.(JU) Hal ini dikatakan demikian kerana, media massa merupakan sebuah rangkaian perhubungan yang banyak digunakan dalam era globalisasi ini.(M) Dalam konteks mengukuhkan perpaduan kaum, media massa seharusnya digunakan dengan sebaik-baiknya untuk menyebarkan informasi dan mesej positif tentang kepentingan bersatu padu dalam kalangan masyarakat di Malaysia.(B) Sebagai tamsilannya, stesen penyiaran tempatan seperti TV1, TV 2, TV3, radio penyiaran dan sebagainya boleh menyiarkan program berunsur perpaduan dan meletakkan pelakon yang berbilang bangsa. (C) Impaknya,sudah pasti siaran ini dapat menerapkan nilai perpaduan dalam jiwa masyarakat di samping menyelitkan unsur hiburan dalam program tersebut.(K) Filem Bukit Kepong misalnya dapat mempamerkan nilai perpaduan dan semangat cintakan tanahair di negara kita.(K)  Hal ini bertepatan dengan peribahasa, bagai aur dengan tebing apabila menonton filem yang mengaitkan nilai kerja sama sesama kaum untuk mencapai kemerdekaan dan perpaduan .(PE) Huraian yang dinyatakan ini menjelaskan bahawa peranan media massa merupakan antara usaha pelbagai pihak untuk mewujudkan perpaduan kaum di Negara kita.(K)
Kita tidak seharusnya memandang sebelah mata terhadap peranan masyarakat  dalam usaha pelbagai pihak untuk mewujudkan perpaduan kaum di negara ini.(JU) Dalam konteks ini, aktiviti kemasyarakatan seperti penganjuran aktiviti gotong-royong merupakan aset penting masyarakat untuk memupuk semangat bekerjasama sesama kaum yang berbilang bangsa terutamanya di kawasan perumahan yang didiami oleh masyarakat pelbagai kaum.(M)  Aktiviti gotong-royong ini juga dapat membersihkan dan mengindahkan kawasan persekitaran tempat kediaman.(B) Tambahan pula, melalui aktiviti sebegini mampu menjamin keceriaan persekitaran tempat kediaman dan juga membuka ruang serta peluang berkomunikasi sesame jiran tetangga.(B) Pada masa yang sama, konsep rumah terbuka haruslah diperkukuhkan di negara kita.(B)  Rumah terbuka merupakan elemen pemupukan perpaduan yang efektif kerana dapat mendedahkan masyarakat kepada keunikan adat resam kaum lain.(B) Misalnya, amalan mengadakan rumah terbuka hari raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Hari Natal dan sebagainya.(C) Secara tidak langsung, persefahaman antara kaum dapat diwujudkan dan hubungan erat bak isi dengan kuku dapat dijalin.(K)  Aktiviti gotong-royong semasa perayaan juga bersesuaian dengan peribahasa bagai aur dengan tebing untuk bersama-sama menyediakan juadah dan persiapan tempat untuk menjayakan amalan hari terbuka ini.(PE) Saya optimis bahawa peranan masyarakat melalui aktiviti gotong –royong  merupakan  antara usaha pelbagai pihak untuk mewujudkn perpaduan kaum di Malaysia.(K)
Dalam pada itu , peranan pihak kerajaan juga adalah antara langkah pelbagai pihak mewujudkan perpaduan kaum di Negara kita.(JU) Hal ini dikatakan demikian kerana, pihak kerajaan sentiasa membuat anjakan paradigm demi meningkatkan jalinan kemesraan masyarakat dengan mengadakan banyak aktiviti pada peringkat taman-taman perumahan.(M) Di samping itu, sistem perundangan negara juga memberi hak kebebasan bersuara kepada rakyat di Malaysia.(M)  Namun demikian , rakyat seharusnya menghindari diri daripada sebarang tindakan yang boleh mencetuskan provokasi kaum. (B) Marhaen di Malaysia seharusnya mengawal nafsu diri dan tidak mengambil kesempatan dengan melahirkan isu sensitif dan kontroversi. Natijahnya, ia dapat mengelakkan muhibah dan perpaduan kaum daripada rosak kerana bak kata cogan kata, mencegah lebih baik daripada mengubati.(B) Sebagai tamsilannya, kerajaan perlulah mengadakan program ceramah tentang perpaduan kaum pada alaf baru ini, menguatkuasakan undang-undang tentang demontrasi yang berunsur keganasan dan memperbanyak kempen cintailah Negara kita.(K+C) Sebelum nasi menjadi bubur molek kiranya kerajaan mempercepat dan meningkatkan tindakan ke arah perpaduan kaum melalui akitiviti yang dicadangkan tadi.(PE) Hal ini kerana masa itu emas , jika terlambat buruk padahnya. Benarlah,  peranan kerajaan merupakan cara untuk mengurangkan pertengkaran dan perselisihan faham antara kaum.(K)
Berdasarkan huraian berkaitan dengan usaha-usaha pelbagai pihak bagi mewujudkan perpaduan kaum, ternyatalah bahawa perpaduan merupakan tunjang dan asas Negara Malaysia. (PE)Oleh itu, semua pihak haruslah menggembleng tenaga dan berganding bahu untuk memainkan peranan masing-masing dalam menerbitkan semangat perpaduan dalam sanubari sendiri dan orang lain.(SA) Jika semua masyarakat berganding bahu, ibarat ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni, maka perpaduan kaum dapat dicapai dan digenggam erat.(SA) Dengan ini diharapkan peristiwa hitam seperti 13 Mei 1969 dapat dielakkan daripada berulang kembali. (HA)Sebagai kesimpulan, marilah kita bersama-sama menyahut seruan kerajaan dan beriltizam untuk mewujudkan masyarakat yang bersatu padu dan hidup harmoni demi merealisasikan wawasan 2020 nanti.(KE)

No comments:

Post a Comment