Wednesday, August 22, 2018

KARANGAN CEMERLANG SPM 2017


TEKNIK MUDAH MENGARANG KARANGAN UMUM (KSSMJA, JUMBAKPEK,PESAHAKE)
Karangan Umum ( 100m)
UNIT 2:  PENDIDIKAN ALAF INI (Tingkatan 5)-  Buku teks ms. 23-47
Ibu bapa disarankan terlibat dalam pendidikan anak-anak di sekolah.
Huraikan peranan ibu bapa dalam membantu kecemerlangan anak-anak di sekolah
Tema/isu tugasan: kecemerlangan anak-anak di sekolah
Akar tema:  ibu bapa/ pendidikan anak-anak di sekolah
Ayat tugasan/soalan:  peranan ibu bapa dalam membantu kecemerlangan anak-anak di sekolah
Format karangan: karangan huraikan (KTB)
Dimensi karangan: Dimensi keluarga (ibu bapa)
Rangka Isi: 5 / 6 isi
Ungkapan menarik: peribahasa /kata hikmat /slogan

Pada era globlisasi ini, kecemerlangan anak-anak di sekolah sudah menjadi impian dan harapan tinggi bagi setiap ibu bapa. ( K) Hal ini dikatakan demikian kerana kejayaan anak-anak akan membanggakan ibu bapa dan merupakan tonggak kemajuan Negara.  Pelajar  yang cemerlang merupakan aset Negara yang bernilai. (S) Hal ini amat membimbangkan sekiranya  tiada mereka, pastinya akan mencetuskan kemunduran Negara.  Acapkali dikatakan, kecemerlangan seseorang dikaitkan dengan peranan ibu bapa yang bersesuaian dengan peribahasa anak-anak ibarat kain putih, ibu bapalah yang perlu mencorakkannya amat popular diperkatakan di bibir masyarakat kini.(S) Persoalannya, apakah peranan ibu bapa dalam membantu kecemerlangan anak-anak di sekolah? (M)Sesungguhnya, terdapat pelbagai peranan ibu bapa dalam membantu kecemerlangan anak-anak di sekolah.(JA)
Sesungguhnya , peranan ibu bapa dalam membantu kecemerlangan anak-anak di sekolah adalah bersedia untuk memastikan anak-anak mendapat pendidikan agama dan moral yang secukupnya. (JU)Hal ini dikatakan demikian kerana, agama dan ilmu saling berkaitan antara satu sama lain.  Pegangan agama yang kukuh dapat membentuk akhlak mulia  dan sahsiah yang baik seseorang individu agar hidup ke jalan yang betul dan diredhai oleh Allah dan keluarga.(M) Ibu bapa harus sedar bahawa didikan agama perlu diterapkan sejak awal usia anak-anak belasan tahun lagi kerana ia menjadi pegangan dan pedoman hidup untuk mengelakkan diri daripada melakukan perbuatan maksiat dan amalan yang membahayakan kesihatan seperti minum arak, menghisap rokok, membeli dadah, merompak dan sebagainya. Ibu bapa harus sedar bahawa didikan agama perlu diterapkan sejak awal usia anak-anak belasan tahun lagi kerana ia menjadi pegangan dan pedoman hidup untuk mengelakkan diri daripada melakukan perbuatan maksiat dan amalan yang membahayakan kesihatan seperti minum arak, menghisap rokok, membeli dadah, merompak dan sebagainya.(BA) Impaknya, didikan ini mampu membentuk keperibadian mulia seseorang untuk mengasihi dan menyayangi diri serta alam yang seterusnya menjamin kecemerlangan anak-anak dalam pelajaran di sekolah.(K)  Contohnya, ibu bapa boleh membawa anak-anak kepada program agama untuk mengisi masa lapang anak-anak di samping memperoleh maslahat daripadanya.(C) Kesannya sejak kecil lagi anak-anak akan terpengaruh untuk mencontohi sikap ibu bapa yang menghormati kaum lain serta didikan para guru yang mengajar tentang nilai hormat-menghormati kaum lain, bak kata peribahasa, melentur buluh biarlah dari rebungnya.(PE)Jelaslah bahawa, peranan ibu bapa  untuk memastikan anak-anak mendapat pendidikan agama dan moral yang secukupnya amat penting sebagai wadah kecemelngan anak-anak di sekolah.(K)
Selain itu, tanggungjawab ibu bapa untuk mengawasi perkembangan dan pergaulan anak-anak dengan rakan sebaya adalah peranan penting kea rah kecemerlangan anak-anak di sekolah.(JU) Hal ini dikatakan demikian kerana, pergaulan anak-anak dengan rakan sebaya mempamerkan pengaruh yang besar dalam kehidupan harian dan masa depan mereka. (M)Dalam konteks ini, anak-anak lebih mudah dipengaruhi oleh rakan sebaya dalam segala kelakuan atau tindakan kerana remaja mempunyai nilai, identiti dan prinsip yang hampir sama.(BA) Implikasinya, anak-anak lebih mempercayai dan menyakini kawan daripada ibu bapa sehingga mereka sukar membezakan antara perkara positif dengan perkara yang negative.(K)  Apabila anak-anak bergaul dengan kawan yang bermasalah seperti menghisap rokok dan ponteng sekolah, mereka akan mengikut jejak rakan sebaya itu dan akhirnya hilang minat untuk belajar. Untuk membenteras hal ini, ibu bapa perlu mengawasi anak-anak mereka, mengenali latar belakang setiap rakan sebaya anak mereka dan mengenal pasti perubahan yang berlaku kepada anak-anak mereka pada setiap masa. ( C) Tindakan awal ibu bapa boleh diibaratkan seperti beringat sebelum kena, berjimat sebelum habis kerana anak-anak boleh diselamatkan dan boleh menumpukan perhatian terhadap kecemelangan pelajaran di sekolah.(PE) Huraian yang dinyatakan ini menjelaskan bahawa ibu bapa perlu sentiasa mengawasi perkembangan dan pergaulan anak-anak dengan rakan sebaya bagi melahirkan anak-anak yang cemerlang dalam pelajaran dan bidang lain  di sekolah.(K)
Seterusnya, ibu bapa perlu mengutamakan suasana rumah tangga yang dibina dalam situasi yang bahagia dan aman damai adalah elemen penting untuk mencapai kecemelangan anak-anak di sekolah.(JU) Hal ini dikatakan demikian kerana, suasana rumah tangga yang bahagia terletak pada sikap saling memahami, berkasih sayang dan tambatan cinta yang luhur dan abadi.(M)  Tambahan pula, keharmonian dan keceriaan rumah tangga menjamin anak-anak membesar dengan selamat dan sihat.  Ketahuilah kehidupan yang bahagia akan membebaskan anak-anak daripada masalah keluarga seperti ibu bapa yang bercerai-berai atau pertengkaran antara ibu bapa di rumah.(BA) Impaknya,penceraian keluarga boleh mengganggu kesejahteraan dan pelajaran anak-anak di sekolah.(K) Dalam hal ini, peranan ibubapa amat penting dalam mewujudkan rumah tangga yang bahagia agar anak-anak dapat mengganggap ‘rumahku syurga’.(C+PE)  Sudah pasti anak-anak dapat berusaha dengan semangat yang kuat dan beriltizam tanpa gangguan dalam pelajaran mereka kerana hidup tanpa tekanan yang berat dan sentiasa gembira .(PE)Saya optimis bahawa peranan ibu bapa mengutamakan suasana rumah tangga yang dibina dalam situasi yang bahagia dan aman damai amat penting untuk melahirkan anak-anak yang cemerlang dalam pelajaran di sekolah .(K)
Dalam pada itu , peranan ibu bapa sebagai pendorong untuk anak-anak mencapai kejayaan merupakan wadah penting untuk kecemerlangan anak-anak di sekolah.(JU) Hal ini dikatakan demikian kerana, ibu bapa yang sentiasa memberi motivasi dan galakan terhadap anak-anak untuk belajar dengan menyediakan kemudahan yang lengkap untuk anak-anak belajar supaya boleh menumpukan perhatian terhadap pelajaran.(M) Di samping itu, ibu bapa juga perlu menjadi suri teladan yang baik terhadap anak-anak kerana anak-anak akan mencontohi kelakuan ibu bapa mereka bak kata peribahasa, bagaimana acuan begitulah kuihnya.(BA+PE)  Sebagai tamsilannya, ibu bapa perlu menghantar anak-anak ke kelas tambahan atau tuisyen serta menyediakan buku-buku rujukan yang lengkap untuk memudahkan anak-anak membaca dan mengulangkaji pelajaran di rumah. (C)Selain itu, ibu bapa juga perlu menyediakan bilik yang sesuai dan selesa untuk kemudahan anak-anak belajar.  Ibu bapa juga perlu membawa anak-anak ke pameran buku, kek kedai buku atau perpustakaan.(C) Natijahnya, anak-anak telah ditanamkan dengan sikap suka membaca dan boleh menimbulkan persaingan dalam diri anak-anak untuk membaca buku-buku tersebut.( K) Anak-anak akan mempunyai keinsafan dan kesedaran betapa pentingnya pengetahuan  dalam kehidupan mereka yang sesuai dengan  ibarat masa itu emas.(PE) Benarlah,   peranan ibu bapa sebagai pendorong untuk anak-anak mencapai kejayaan merupakan aspek penting untuk mencapai kecemerlangan anak-anak di sekolah.(K)
Di samping itu, peranan ibu bapa untuk mencapai kecemerlangan anak-anak di sekolah adalah ibu bapa haruslah mengambil tahu tentang prestasi anak anak.(JU) Hal ini dikatakan demikian kerana, ibu bapa perlu tahu tentang perkembangan pelajaran dan sahsiah anak-anak di sekolah.(M) Mereka perlulah sentiasa berhubung dengan pihak sekolah terutamanya guru kelas dan guru disiplin.  Ibu bapa juga perlu tahu tentang sikap anak-anak terhadap guru.  Jangan sampai mereka bersikap kurang ajar terhadap guru kerana sekali hati guru tercalar, segala ilmu yang diberikannya mungkin tidak dihalakan.(BA) Kesannya, ibu bapa dapat bertindak segera untuk menangani masalah yang timbul akibat perbuatan dan sikap anak-anak mereka di sekolah.(K)  Dalam hal ini, anak-anak dapat diselamatkan daripada dipengaruhi oleh rakan sebaya yang tidak sihat.  Malahan , ibu bapa haruslah sentiasa mengambil berat tentang  masalah yang dihadapi oleh anak-anak walaupun sibuk bekerja.  Ibu bapa mestilah bersedia menjadi pendengar yang baik kepada anak-anak setiap kali mereka meluahkan masalah mereka. Biasanya, anak-anak yang memendam perasaan, sudah pasti tidak dapat menumpukan perhatian dalam pelajaran dan akhirnya mereka akan keciciran dalam pelajaran.(K)  Janganlah kita sebagai ibu bapa sudah terhantuk baru tengadah.(PE)  Oleh itu, ibu bapa jangan membiarkan anak-anak memendam perasaan hinggakan mereka sukar untuk menumpukan perhatian dalam pelajaran dan akhirnya mereka akan keciciran dalam pelajaran. Benarlah,    ibu bapa  harus mengambil tahu tentang prestasi anak- anak merupakan wadah utama untuk anak-anak memberikan tumpuan untuk mencapai kecemerlangan dalam pelajaran di sekolah.(K)
Berdasarkan huraian berkaitan dengan peranan ibu bapa untuk mencapai kecemerlangan anak-anak di sekolah , ternyatalah bahawa tanggungjawab dan amanah terhadap anak-anak adalah tugasa terpenting yang perlu dipikul oleh ibu bapa demi mencapai kejayaan dalam semua bidang di dunia dan di akhirat.(PE) Oleh itu, ibu bapa dan pihak sekolah haruslah menggembleng tenaga dan berganding bahu untuk memainkan peranan masing-masing dalam mencorakkan masa depan anak-anak. Ibu bapa wajar mengikuti perkembangan akademik anak-anak di sekolah dan bertanggungjawab menghulurkan bantuan pada bila-bila masa sahaja. (SA)Sudah terang lagi bersuluh, apabila anak-anak diterapkan dengan konsep kepentingan menuntut ilmu yang menjanjikan pekerjaan yang lebih baik diharapkan mereka sedar dan insaf akan tanggungjawab belajar sepanjang hayat dan mampu menyediakan mereka kepada realiti dunia ini.(HA) Sebagai kesimpulan, marilah kita bersama-sama ibu bapa  untuk membantu anak-anak meraih kejayaan dalam pelajaran dan seterusnya membina negara bangsa yang cemerlang dan gemilang.  Tepuk dada Tanya selera(KE)


























SOALAN SPM 2017:KARANGAN RANGSANGAN

                         

TAAFDIRU:
T –  BIMBINGAN DAN KAUNSELING
A-     PERANAN/ DI SEKOLAH
A-     PERANAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI SEKOLAH
F-  KARANGAN RANGSANGAN-PENDAPAT
    DI- TIADA
    R- 3 / 4 ISI
    U- makan garam

CONTOH KARANGAN CEMERLANG ~ BAHAGIAN A(BENGKEL PENULISAN KARANGAN CEMERLANG –JOHOR)

                Pada mayapada yang mendepani ombak globalisasi ini, Unit Bimbingan dan Kaunseling di sekolah telah memikul obligasi yang vital untuk memastikan perkembangan mental dan rohani pelajar-pelajar sejajar dengan perkembangan fizikal bagi memacu kejayaan Malaysia ke ambang 2020.(K)  Hal ini demikian kerana pelajar-pelajar yang masih berdarah muda setampuk pinang memerlukan bimbingan daripada guru-guru untuk menghadapi kehidupan yang penuh dengan ranjau ini. (S) Dengan adanya Unit Bimbingan dan Kaunseling di sekolah, mestilah para pelajar dapat mengecap kemaslahatan yang dibawa oleh unit tersebut. (S) Persoalan yang bermain-main dalam gawang minda kita ialah apakah peranan Unit Bimbingan dan Kaunseling di sekolah?(M)Persoalan ini akan dibincangkan secara terperinci hingga ke akar umbi sebentar lagi.  Ssesunggunya, terdapat pelbagai peranan yang dimainkan oleh Unit Bimbingan dan kaunseling di sekolah.(JA)
            Marilah kita capahkan lensa perbincangan dengan menghuraikan peranan Unit Bimbingan dan Kaunseling dalam menyediakan khidmat nasihat kepada pelajar yang menghadapi masalah. (JU)Hal ini dikatakan demikian kerana, pelajar-pelajar yang masih muda merupakan insan yang kurang berpengalaman bak kata orang tua-tua kurang makan garam dalam meniti kehidupan.(M +PE)  Oleh itu, mereka memerlukan nasihat atau saranan yang bernas daripada guru-guru kaunseling yang banyak makan garam. (BA) Sebagai tamsilannya, pelajar-pelajar yang menghadapi masalah tentang pergaulan mereka dengan kawan atau masalah pembelajaran boleh merujuk guru bimbingan dan kaunseling. ( C) Menurut kata-kata Richard Nixon, “Anda memerlukan pengalaman getir untuk menzahirkan keunggulan anda.” (PE) Jelaslah di sini bahawa dengan adanya nasihat, bimbingan dan dorongan daripada guru-guru kaunseling, tentulah para pelajar dapat mengembangkan sayap mereka dengan keberanian, kepintaran dan jiwa besar mereka untuk mencari resolusi bagi segala kemelut yang dihadapi oleh mereka. (K)Tegasnya, peranan dalam menyediakan khidmat nasihat kepada pelajar yang menghadapi masalah merupakan antara peranan utama Unit Bimbingan dan kaunseling di sekolah. (K)
            Seterusnya, marilah kita luaskan perspektif  dengan mendalami peranan Unit Bimbingan dan Kaunseling dalam memberikan bimbingan kerjaya kepada pelajar-pelajar  yang bakal menjejaki alam pembelajaran yang baharu. (JU) Disebabkan para pelajar bakal menjadi modal insan yang menggerakkan transformasi negara kita pada masa hadapan, guru-guru kaunseling memainkan peranan yang signifikan  untuk membimbing para pelajar mengenal pasti bakat dan potensi dalam diri mereka.(M)  Dengan uslub ini, para pelajar dapat mengasah lagi potensi dan kemahiran mereka dan seterusnya menyerlahkan kehebatan mereka dalam bidang-bidang profesional. (BA) Sebagai evidensnya, kerjasama antara pihak sekolah dengan pihak universiti untuk mengadakan pameran pendidikan dan kerjaya, dapat menghasilkan sinergi bagi membimbing pelajar-pelajar untuk meneroka minat mereka dalam bidang-bidang baharu. ( C) Sementelahan pula, ceramah-ceramah tentang peluang melanjutkan pelajaran membolehkan para pelajar untuk memahami jurusan dan kursus-kursus pelbagai yang ditawarkan oleh universiti. (K) Peribahasa Melayu ada menyatakan bahawa sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada berguna. (PE) Maka, bantuan daripada guru-guru kaunseling dapat membimbing mereka supaya tidak tersalah pilih kerjaya yang menjadi idaman di hati pelajar.(K)
            Jika ditinjau dari skop  yang lain, Unit Bimbingan dan Kaunseling berperanan penting untuk meningkatkan motivasi murid. (JU) Allahyarham Profesor Hamka berpendapat bahawa biarpun seribu kapal tenggelam di tengah lautan, namun cita-cita mansia tidak pernah karam.  Ungkapan ini jelas membuktikan betapa pentingnya jiwa besar untuk menggapai bintang kecemerlangan. (M) Lantaran itu, bagi mengelakkan semangat dan cita-cita pelajar daripada luntur, Unit Bimbingan dan Kaunseling senantiasa berpenat lelah memerah idea untuk mengobarkan jiwa besar dalam diri pelajar. (BA) Sebagai justifikasinya, unit tersebut sering mengadakan kem motivasi untuk meningkatkan semangat pelajar untuk menghadapi pancaroba dalam kehidupan. (K) Bagi pelajar-pelajar yang bakal menduduki peperiksaan ini adalah seperti PT3, SPM dan STPM, minhaj ini adalah amat drastik agar para pelajar dapat meningkatkan keyakinan diri mereka bagi menongkah arus dalam kehidupan mereka.(C )  Izharlah, Unit Bimbingan dan Kaunseling dapat memastikan perkembangan mentaliti pelajar agar tidak terjerumus ke dalam lembah kehinaan. (K)  Jelaslah bahawa meningkatkan motivasi murid adalah peranan penting yang dimainkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling di sekolah pada masa ini.(K)
            Sebelum pena diskusi melabuhkan noktahnya, Unit Bimbingan dan Kaunseling telah menjamin pembentukan modal insan yang sempurna dari segi mental, iman dan rohani untuk menerajui negara Malaysia pada persada antarabangsa.(PE) Justeru, para pelajar seyogia menghargai nasihat dan bimbingan daripada guru-guru kaunseling supaya tidak menjadi insan yang bobrok dan terlibat dalam kebejatan moral.(SA)  Pihak sekolah juga perlu proaktif dalam menggiatkan peranan unit ini demi kemaslahan para pelajar.  Anak-anak umpama permata yang perlu digilap sehingga bersinar.(HA)  Oleh hal yang demikian, marilah kita bersama-sama mengimplementasikan strategi-strategi yang pragmatik, efektif dan efisien bagi mengembangkan lagi peranan Unit Bimbingan dan Kaunseling supaya dapat melahirkan modal insan yang berkaliber untuk menerajui cerucuk kepimpinan negara kita ke arah yang lebih maju.  Biarlah pepohon terus menghijau, biarlah matahari terus bersinar dan biarlah Malaysia terus gemilang. (KE)
[654 patah kata]





LATIHAN PENGUKUHAN 1:
KARANGAN RANGSANGAN-TEKNIK JUMBAKPEK: tema-UNIT 1-Rumah Terbuka Rakyat Malaysia.
Berdasarkan grafik di bawah huraikan tentang kebaikan mengadakan rumah terbuka ketika hari perayaan di Malaysia.  Panjang huraian anda hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

Kebaikan Mengadakan Rumah Terbuka
Berdasarkan grafik di bawah huraikan tentang kebaikan mengadakan rumah terbuka ketika hari perayaan di Malaysia.  Panjang huraian anda hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.
TAAFDIRU:
Tema/isu tugasan: _________________________
Akar tema:  _________________________________
Ayat tugasan/soalan:  _____________________________________________
Rangka Isi: 3 isi / boleh tambah 1 isi
Ungkapan menarik: peribahasa /kata hikmat /slogan

Dewasa ini, rumah terbuka merupakan amalan terpuji dan sering diperkatakan ketika hari perayaan di Malaysia.  Amalan rumah terbuka ketika musim perayaan di Malaysia terkenal oleh keunikan budaya yang tersendiri (  ). Hal ini dikatakan demikian kerana amalan rumah terbuka amat penting untuk mewujudkan perpaduan kaum di Malaysia dan diamalkan secara meluas setiap tahun, ibarat cendawan tumbuh selepas hujan (  )  Amalan mulia ini sewajarnya menjadi rutin hidup kerana banyak kemaslahatannya.  Semua pihak haruslah beriltizamn untuk mendepati isu ini kerana di mana ada kemahuan di situ ada jalan.  Umum mengetahui bahawa amalan ini semakin popular dalam budaya masyarakat terutamanya apabila tiba musim perayaan seperti Hari Raya, hari Deepavali dan sebagainya. Setiap masyarakat turut sama menjayakan program tersebut untuk menyambut pelbagai perayaan di Negara ini. (   )  Persoalannya, apakah kebaikan mengadakan rumah terbuka ketika hari perayaan di Malaysia?(  )  Sesungguhnya, terdapat pelbagai kebaiakan mengadakan rumah terbuka ketika hari perayaan ini.(    )
Sesungguhnya, kebaikan mengadakan rumah terbuka ketika hari perayaan di Malaysia adalah dapat mengeratkan perpaduan kaum. (   ) Hal ini dikatakan demikian kerana, semasa menghadiri rumah terbuka tersebut para tetamu yang hadir akan beramah mesra dengan tetamu yang lain.(   )  Jadi, sudah tentu perkara ini akan membolehkan mereka berbual mesra dan saling memahami antara satu sama lain.(   )  Oleh itu, di samping menjamu selera, secara tidak langsung perpaduan dan persefahaman antara tetamu yang terdiri daripada pelbagai latar belakang ini akan dapat dimantapkan. Makanya, konsep 1Malaysia dapat dijayakan dengan sebaik yang mungkin seiring dengan hasrat Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Bin Abdul Razak.(  )  Hal ini bersesuaian dengan cogan kata, iaitu "Tak kenal maka tak cinta". (PE)Jelaslah bahawa,amalan rumah terbuka sebagai alat mengeratkan perpaduan amat penting untuk mewujudkan keamanan Negara kita.(    )
Selain itu, kebaikan mengadakan rumah terbuka ketika hari perayaan di Malaysia adalah dapat mengenali budaya kaum lain.(    )  Hal ini kerana, Semasa menghadiri rumah terbuka juga, para tetamu yang terdiri daripada pelbagai kaum akan memahami budaya dan adat resam kaum lain.(  ) Mereka akan merayakan perayaan itu bersama-sama, walaupun mereka berbeza latar belakang budaya dan agama.(    ) Jadi, mereka akan dapat mempelajari budaya dan adat resam kaum lain dan berusaha untuk memahaminya. Perkara ini sudah tentu akan mewujudkan budaya yang sihat dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di negara kita. Sebagai contohnya, orang-orang Cina, India, Iban, Kadazan akan merayakan sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama-sama dengan orang Melayu dan begitu juga sebaliknya.(    )  Hal ini bersesuaian dengan peribahasa bulat air kerana pembentung, bulat kata kerana muafakat hasil daripada amalan gotong-royong semasa majlis berlangsung.(    )  Benarlah, amalan rumah terbuka ini dapat mengenali budaya kaum lain untuk memeriahkan lagi suasana perayaan sekaligus memberi kesejahteraan dan menjalin perpaduan dalam kalangan masyarakat di Malaysia.(     )
Akhir sekali, amalan rumah terbuka ini dapat membina semangat semangat kerja sama antara masyarakat pelbagai kaum, bangsa dan agama.(    )  Hal ini dikatakan demikian kerana, semasa membuat persiapan untuk mengadakan rumah terbuka, yang diadakan di kawasan kejiranan, jiran-jiran boleh membantu menyediakan juadah atau mempersiapkan tempat. (   )  Jangan seperti kera sumbang kerana kerjasama daripada masyarakat akan memudahkan segala persiapan dari awal hingga akhir. Begitu juga semasa menghadiri rumah terbuka, tetamu yang hadir bolehlah membantu tuan rumah mencuci pinggan dan mengemas setelah selesai. (   ) Hal ini akan dapat memupuk semangat bekerjasama.Kerja-kerja yang dilakukan secara bersama-sama adalah sangat berkesan dan menjimatkan masa. Ironinya, sesuatu kerja yang berat dapat diringankan dengan kerja secara berpasukan. (     ) Hal ini dapat dicerminkan dengan peribahasa yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing. Memang tidak dapat dinafikan, sikap kerjasama dapat dipupuk melalui majlis rumah terbuka ini.(      )
Berdasarkan huraian berkaitan kebaikan mengadakan rumah terbuka, ternyatalah bahawa majlis rumah terbuka haruslah dijadikn amalan  dan budaya masyarakat Malaysia untuk  mengeratkan perpaduan kaum di Malaysia.(     ) Oleh sebab itu, kerjasama dan permuafakatan dalam majlis ini perlu dijadikan asas penting untuk meningkatkan perpaduan negara.(     ) Warga Malaysia sangat mengharapkan  negara Malaysia akan kekal aman dan rakyat hidup bahagia tanpa berasa takut dan bimbang dengan ancaman dari luar.(    ) Sebagai kesimpulannya, kemakmuran dan kerukunan negara perlu dipertahankan untuk kesejahteraan kita bersama .  Benarlah kata peribahasa Melayu, bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.(      )





CONTOH KARANGAN CEMERLANG BAHAGIAN B

SOALAN 1 SPM 2017

Setiap anak seharusnya mempunyai impian untuk menjadi individu kebanggaan keluarga.
Berikan komen anda.

                                                                Tiada ibu dan bapa,
Tiadalah anak yang dilahirkan. 

Untaian kata di atas jelas menunjukkan betapa peri pentingnya keberadaan ibu bapa kerana tanpa mereka berdua, siapalah kita di dunia ini.  Ibu bapalah yang melahirkan, membesarkan dan memberikan kasih sayang kepada anak-anak.  Tugas bapa adalah untuk mencari nafkah untuk keperluan segenap isi keluarga malahan ibu pula telah melahirkan kita.  Tidakkah kita teringin untuk membalas jasa mereka walaupun sebenarnya kita tidak mampu? (K) Bagi saya, anak-anak perlu memberikan kasih sayang, menghormati dan mentaati mereka. Kenapa wujudnya golongan yang menderhaka kepada ibu bapa?(S)  Jika difikirkan, ibu bapalah yang mencorakkan kita umpama kain putih dengan pelbagai corak dan warna yang menarik. Jadi, menapa kita harus menderhakai mereka?  Ibu bapa orang yang paling rapat dalam kehidupan kita dan memahami kah  gerak geri serta tingkah laku kita.  Sebagai contoh, apabila kita pulang ke rumah selepas tamat persekolahan, sudah pastinya makanan telah terhidang di atas meja sedangkan kita tidak memintanya. (S) Jelaslah di sini, ibu bapa menjaga kita seperti menatang minyak yang penuh bagi memastikan kita mendapat apa-apa yang kita kehendaki.  Persoalannya, apakah modus operandi anak-anak untuk mencapai impian agar menjadi individu kebanggaan keluarga?(M) Oleh itu, setiap anak seharusnya mempunyai impian untuk menjadi individu kebanggan keluarga. (JA)
                Perkara pertama yang boleh dilakukan oleh seorang anak adalah dengan mencari ilmu. (JU) Seperti yang kita ketahui, ibu bapa ingin melihat anaknya berjaya dan tiada ibu bapa yang ingin melihat anaknya gagal dalam kehidupan.  Misalnya, ibu bapa bertungkus lumus mencari pendapatan untuk menghantar anak-anaknya ke sekolah bahkan ada sesetengah ibu bapa yang bersengkang mata dan membanting tulang empat kerat semata-mata melakukan beberapa pekerjaan dalam satu-satu masa untuk memberikan pendidikan kepada anak-anaknya. (M) Oleh hal yang demikian, kita sebagai anak perlu membalas jasa mereka dengan menimba ilmu.  Ilmu amat berharga persis mutiara yang bersinar.(BA) Justeru, mutiara itu hendaklah selalu digilap aga ilmu tersebut lebih bernilai.  Hakikatnya, kita seharusnya bersungguh-sungguh menimba ilmu agar menjadi insan yang berjaya pada masa hadapan.  Malahan, dengan kejayaan yang dimiliki dapat membanggakan keluarga terutama ibu bapa yang banyak berkorban kepada anak-anak. (K) Jadi, anak-anak yang telah berjaya janganlah seperti kacang lupakan kulit kerana ibu bapalah yang bersungguh-sungguh dalam memastikan anak-anak mendapat pendidikan yang sempurna.  Janganlah kita mengetepikan mereka selepas kita berjaya, sebaliknya tunjukkanlah kejayaan kepada mereka dan bahagiakan mereka.  Sesungguhnya, melihat anak mereka berjaya merupakan suatu detik terindah buat mereka.  Oleh itulah, janganlah kita menunjukkan tindak-tanduk yang boleh mematahkan hati dan harapan mereka.  Misalnya, meninggikan suara, tidak menghormati malah lebih teruk iaitu menghantar mereka ke rumah  orang tua-tua. (K+C+PE) Jelaslah di sini, jika kita menimba ilmu, kita tidak akan melakukan perkara yang melanggar norma-norma masyarakat.(K)

                Seterusnya, anak-anak perlu membalas jasa ibu bapa untuk mencapai impian agar menjadi individu kebanggaan keluarga. (JU)Sebagai contohnya, anak-anak haruslah menjaga ibu bapa sehingga ajal mereka sudah tiba. ©  Hal ini adalah satu cara untuk menjadi individu kebanggan keluarga. (M) Anak-anak juga boleh memberikan sedikit wang perbelanjaan kepada ibu bapa mereka sebagai tanda terima kasih kepada ibu bapa.  (BA)Pada masa yang sama, hal ini akan dapat menggembirakan dan menyenangkan hati ibu bapa.  Sesungguhnya, hidup ini ibarat roda jika kita tidak menghormati ibu bapa kita, anak-anak kita juga tidak akan menghormati kita. (K) Oleh itu, kita perlu  mengerah keringat untuk membalas jasa mereka.  Dalam agama Islam juga menyuruh umat-Nya menghormati ibu bapa dan suruhan itu jugalah yang merupakan tiket untuk memasuki syurga.  Di samping itu, anak yang berjaya ialah anak yang menghormati kedua-dua orang tua mereka.  Justeru, kita hendaklah memberikan sepenuh kasih sayang kepada mereka agar mereka sentiasa mendoakan kesejahteraan kita pula. (K)  Dari kecil, kita sudah diajar cara beradab dengan ibu bapa tetapi mengapa  anak-anak pada zaman sekarang ini sering tidak menghormati ibu bapa dan ahli keluarganya?  Adakah kerana mereka sudah berjaya selayaknya mereka sombong? (K) Ingatlah anak-anak, ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi.(PE)

                Selain itu, kita seharusnya menyayangi kedua-dua ibu bapa.  Anak yang menjadi kebanggaan keluarga ialah anak yang mentaati ibu bapa dan melakukan syariat Islam.  Menghormati ibu bapa adalah salah satu syariat Islam yang amat dituntut.  Jika kita berpegang teguh pada prinsip ini, insya-Allah kita akan berjaya di dunia dan di akhirat.  Jadi, menyayangi mereka adalah salah satu cara menghormati ibu bapa.  Contoh lain yang boleh diketengahkan ialah anak-anak perlu menjaga mereka ketika sakit, menyediakan tempat tinggal dan sentiasa menziarahi mereka.  Hal ini akan membuatkan mereka berasa disayangi dan akan meredai segala yang kita lakukan.  Realitinya, doa paling baik dan mustajab ialah doa daripada ibu bapa.  Jadi, kita seharusnya sentiasa memohon restu dan keredaan mereka sepanjang mengharungi onak dan duri dalam meniti kehidupan.  Kita juga seharusnya mewujudkan keluarga sakinah supaya kehidupan kita diberkati kelak.  Ibu bapa tidak mengharapkan anak-anak mengharapkan anak-anak mereka memperoleh keputusan cemerlang malahan mereka amat berharap anak-anaknya menghormati mereka.  Jelaslah bahawa setiap anak seharusnya mempunyai impian untuk menjadi individu kebanggaan keluarga.

                Kesimpulannya, banyak cara yang boleh dilakukan oleh anak-anak dalam memastikan mereka menjadi individu kebanggaan keluarga.  Jadi, tiada sebab untuk kita lari daripada peranan kita sebagai anak-anak.  Ibu bapa yang telah mengorak langkah membentuk keperibadiaan anak-anak sejak awal sudah pasti akan berasa bangga dan bahagia kelak.   Jadi, usahlah kita menidakkan tanggungjawab kita sebagai anak adalah sangat besar.  Justeru,  anak-anak perlulah menyusun strategi bagi memastikan mereka akan menjadi kebanggaan keluarga suatu hari nanti.  Tuntasnya di sini, ibu bapa dan keluarga haruslah diberi perhatian sewajarnya kerana merekalah insan yang paling rapat dan sentiasa ada di sisi kita sama ada susah mahupun senang.  Jelaslah, kita seharusnya sentiasa ingat dan menjalankan obligasi sebagai anak yang dapat menjadi kebanggaan keluarga kelak.  Terserlah bahawa jika kita berjaya, sebenarnya kejayaan itu datangnya daripada hasil didikan ibu bapa kita sejak usia kita setahun jagung lagi.  Jikalau tiada ibu bapa kita yang melentur buluh dari rebungnya, tidaklah seseorang anak itu berjaya sehingga sekarang.
[904 patah kata]




SOALAN 2: SPM 2017

Sekolah turut berperanan dalam pemupukan amalan mencintai alam sekitar dalam diri murid-murid.
Huraikan peranan sekolah dalam pemupukan amalan tersebut dalam diri murid-murid.

                Sedasawarsa ini, dek terlalu dilingkari dengan kemajuan sains dan teknologi, negara ini acap kali tersentak dengan isu masyarakat yang semakin luntur kecintaannya terhadap alam sekitar yang seharusnya dipupuk sejak kecil lagi.  Isu ini bukan sahaja menular di media massa seperti akhbar, televisyen dan Internet malahan, isu ini sering meniti dari bibir ke bibir seluruh masyarakat di negara ini termasuklah di warung-warung kopi mahupun di dewan-dewan parlimen.  Persoalannya, apakah yang dimaksudkan dengan nilai kecintaan terhadap alam sekitar?  Mengapakah nilai ini sewajarnya dipupuk sejak usia masih kecil lagi?  Nilai kecintaan terhadap alam sekitar  ialah sikap cinta terhadap alam sekitar sehingga melahirkan usaha untuk sentiasa memelihara dan memulihara keindahan alam sekitar.   Nilai ini sangat wajar untuk dipupuk kerana nilai ini sangat penting dalam melestarikan keindahan alam di negara kita demi kebaikan bersama.  Apabila nilai ini mulai disemai sejak kecil lagi, isu pencemaran alam sekitar yang semakin meruncing malah membimbangkan masyarakat dapat ditangani dengan drastik dan dapat dikurangkan.  Apalah gunanya jika negara makmur dengan teknologi canggih tetapi muflis nilai kecintaan terhadap alam sekitar.  Siapakah golongan sasaran yang perlu memikul obligasi berat dalam melaksanakan uslub kudsi ini?  Sudah tentulah murid-murid yang masih berada di alma mater menjadi sasaran masyarakat bagi menjaga dan melestarikan alam sekitar ini.  Hal ini adalah kerana peribahasa Melayu yang berbunyi melentur buluh biarlah dari rebung seharusnya diaplikasikan demi kebaikan bersama.  Oleh itu, peranan pelbagai pihak di sekolah dalam memupuk amalan mencintai alam sekitar dalam diri murid-murid akan mewarnai fokus perbincangan ini demi kemaslahatan bersama.

                Antara peranan pihak sekolah adalah dengan menganjurkan program ataupun ‘Kempen Mencintai Alam Sekitar’ setiap tahun dan menyuburkan sikap cinta terhadap alam sekitar.  Dengan ini, murid-murid akan semakin tinggi pengetahuan mereka tentang kebaikan dan kepentingan menjaga keindahan alam sekitar.  Sebagai contohnya, pihak sekolah boleh melaksanakan pelbagai aktiviti yang lebih menarik supaya dapat menggamit minat murid-murid untuk menyertai aktiviti ataupun kempen yang dijalankan.  Seperti Kuiz Alam Sekitar yang boleh dianjurkan oleh Kelab Pencinta Alam Sekitar di setiap sekolah.  Kembara Alam Sekitar juga boleh dilaksanakan dengan melibatkan guru-guru dan murid-murid supaya dapat memberikan pendedahan yang dapat membuka minda murid tentang peri pentingnya alam sekitar pada masa ini.  Dalam aktiviti tersebut, guru-guru seharusnya membimbing murid-murid untuk lebih mengetahui spesies dan kehidupan alam sekitar supaya mereka dapat mengetahui pelbagai prakarsa untuk melestarikan keindahan alam sekitar.  Secara tidak langsung, generasi akan datang juga dapat menikmati keindahan alam sekitar yang sentiasa terjaga ini.  Dengan pendekatan ini, nilai-nilai negatif dalam diri murid dapat dilunturkan supaya tidak menjadi bebaun kepada negara pada masa akan datang.  Apakah nilai-nilai negatif yang dimaksudkan itu?  Nilai tersebut adalah seperti nilai mementingkan diri yang hanya mengutamakan ganjaran material tetapi tidak terhadap nilai kemanusiaan sehingga sanggup beraja di hati, bersultan di mata demi selaut ganjaran yang dijanjikan.  Oleh itu, guru-guru seharusnya bersikap prihatin dan sentiasa berusaha menggembleng tenaga untuk melaksanakan kempen dan aktiviti tersebut supaya dapat menyemaikan amalan mencintai alam sekitar dalam diri murid-murid.

                Selain itu, guru-guru juga sewajarnya menjalankan pelbagai uslub seperti mengadakan Sudut Info Alam Sekitar supaya dapat memberikan dan menambahkan pengetahuan murid-murid tentang alam sekitar yang semakin ditelan kerakusan manusia dek pembangunan sehingga mengorbankan keindahan dan kesucian alam sekitar.  Contoh yang boleh diketengahkan adalah dengan mengadakan pameran tentang informati dasi alam sekitar di papan kenyataan sekolah  sama ada di kantin, di lobi mahupun di dinding-dinding sekolah yang memaparkan ilustrasi yang menarik supaya dapat memikat minat murid untuk membaca, menghayati dan mengaplikasikan sikap mencintai alam sekitar dalam kehidupan seharian mereka sehinggalah ke usia tua nanti.  Hal ini adalah kerana apabila murid-murid sering dikelilingi dengan pelbagai informasi yang bermanfaat, maka akan lahirlah individu yang berpengetahuan luas, berimformasi yang sering menjadi visi dan misi setiap sekolah.  Oleh itu, dengan golongan sasaran inilah yang akan menjadi cerucuk utama dan pencetus kemajuan negara dalam pelbagai aspek termasuklah maju pemikirannya sehingga mampu untuk memikirkan akibat dan padahnya jika hanya mengikut hati dalam setiap tindakan.  Dengan ini, tangan dan kaki mereka tidak akan teradaya untuk memusnahkan alam sekitar yang penting untuk dilestari  supaya mereka tidak tergolong dalam  kalangan yang rakus memuaskan hati mereka semata-mata mengaut segunung keuntungan.  Jadi, guru-guru seharusnya tidak mengamalkan sikap bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing ataupun melepaskan  batuk di tangga dalam memupuk nilai kecintaan murid terhadap alam sekitar.

                Pena ini akan terus membicarakanbaik di hadapan murid-murid malahan guru-guru juga seharusnya menjadi suri teladan yang perlu dicontohi oleh setiap murid dalam pelbagai aspek.  Oleh itu,  guru-guru adalah antara golongan yang sering bersama dengan murid selain ibu bapa mereka.  Justeru, guru-guru mahupun semua pihak di sekolah juga seharusnya menunjukkan sikap yang baik seperti membuang sampah di tempat yang sepatutnya dan bersama-sama membersihkan halaman sekolah mahupun kelas supaya mereka dapat bekerjasama sekali gus mengeratkan silaturahim sesama mereka.   Tiada gunanya guru-guru sekadar menasihati tetapi tidak berusaha mendekati murid-murid untuk melakukan setiap pekerjaan yang digalakkan itu.  Jika guru-guru mengamalkan sikap sedemikian, mereka akan berasa malas dan alpa dengan hanya bersembang dan berbual-bual kosong semasa menjayakan aktiviti membersihkan sesuatu kawasan tersebut.   Melalui pemantauan guru-guru, murid-murid akan lebih fokus dan bekerjasama menjayakan setiap aktiviti yang dirancang.  Izharlah bawaha pihak sekolah seharusnya berusaha bersama-sama murid-murid bagi  setiap aktiviti yang dijalankan supaya akan terpaparlah nilai kecintaan terhadap alam sekitar dalam diri murid-murid.

                Sebagai kesimpulannya, semua pihak terutamanya pihak guru-guru di alma mater seharusnya bersatu untuk memupuk amalan men-murid cintai alam sekitar dalam diri murid supaya golongan ini dapat menjadi pembangun kepada keindahanan alam sekitar di negara kita.  Jika tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya.  Oleh itu, pihak sekolah seharusnya berusaha untuk menganjurkan dan melaksanakan uslub-uslub tersebut supaya amalan mencintai alam sekitar dapat disuburkan dalam diri murid-murid sejak di bangku sekolah lagi.  Mereka seharusnya didedahkan dengan pelbagai informasi dan maklumat supaya mereka tidak seperti di bawah tempurung kerana sekiranya kita maju dalam pelbagai bidang dan cabang di peringkat antarabangsa tetapi tidak ada nilai mencintai alam sekitar, tiada gunanya.  Oleh itu, murid-murid juga perlu sedar bahawa alam sekitar sangat penting kepada negara.  Persis kata-kata Allahyarham Profesor Hamka, “kecantikan bukanlah pada wajah semata-mata tetapi pada akhlaknya.”  Jadi, kita perlulah melestarikan dan mencintai alam sekitar demi kebaikan sejagat.
[984 patah kata]


SOALAN 3: SPM 2017

Sebagai negara yang subur dan kaya dengan pelbagai sumber, Malaysia seharusnya menuju ke arah negara yang membekalkan makanan yang cukup kepada rakyatnya di samping mengurangkan kebergantungan kepada makanan yang diimport.

Jelaskan langkah-langkah yang perlu diambil untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang menghasilkan makanan yang cukup untuk rakyatnya.

                Pada era langit terbuka ini,  kita sering diuar-uarkan dengan hasil pertanian Negara yang tidak mencukupi untuk membekalkan makanan kepada rakyat sehingga terpaksa diimport dari negara luar.   Sebagai contoh, beras diimport dari negara Thailand walaupun Malaysia mempunyai tanah yang subur untuk menanam padi.  Antara tanah yang subur untuk menanam padi di Malaysia adalah di Kedah, di Kelantan dan di Sabah.  Hal ini dikatakan demikian kerana kurangnya kesedaran rakyat dan pihak berwajib berkaitan makann di Malaysia.  Jika Malaysia berselisihan faham dengan negara-negara mengimport barang ke Malaysia maka negara kita akan terputus sumber makanan.    Oleh itu, jelaslah bahawa Malaysia sebagai negara yang kaya dengan pelbagai sumber seharusnya mampu membekalkan makanan yang cukup kepada rakyatnya di samping mengurangkan kebergantungan terhadap makanan yang diimport.  Dengan hal yang demikian, pelbagai langkah yang perlu diambil untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang menghasilkan makanan yang cukup untuk rakyatnya.

                Langkah yang perlu diambil oleh pihak berwajib adalah dengan menggalakkan pembukaan tanah-tanah pertanian yang baharu.  Hal ini dikatakan demikian kerana dengan pembukaan tanah-tanah pertanian yang baharu ini, semakin banyak sumber makanan yang dapat ditanam dan diusahakan oleh petani khususnya petani yang berkemahiran ataupun graduan-graduan mengganggur yang tidak mampu untuk membeli tanah untuk bertani.   Pembukaan tanah-tanah pertanian yang baharu ini boleh diletakkan di bawah rancangan FELDA atau FELCRA. Kesannya, petani yang berkemahiran ataupun mahasiswa mengganggur ini dapat memanfaatkan tanah pertanian tersebut sebaik-baik mungkin di samping dapat menghasilkan produk pertanian yang berkualiti tinggi.  Hasil pertanian ini dapat dibekalkan kepada rakyat sebagai sumber makanan secara berterusan.  Dengan ini, kebergantungan Malaysia terhadap makanan yang diimport dari negara luar dapat dikurangkan.  Jelaslah bahawa dengan membuka tanah-tanah pertanian yang baharu dapat menjadikan Malaysia sebagai negara pengeluar makanan yang cukup kepada rakyatnya.

                Selain itu,  kerajaan juga boleh memberikan galakan kepada rakyat dengan mengadakan kempen dan menyediakan modal dari segi kewangan kepada rakyat.  Kerajaan boleh mengadakan pameran pertanian di tempat-tempat yang berpotensi untuk membuka tanah pertanian seperti di Kedah, di Sarawak dan di Terengganu.  Pameran yang diadakan ini dapat memberikan pengetahuan kepada rakyat berkaitan pertanian di samping dapat menarik minat rakyat untuk bertani.  Dari segi penyediaan modal, kerajaan boleh menyediakan peruntukan kewangan kepada petani atau rakyat yang berminat untuk bertani dan mempunyai tanah pertanian untuk membeli anak pokok, biji benih dan baja.  Dengan ilmu yang diperoleh daripada pameran pertanian dan modal yang disediakan, sudah tentu rakyat berminat untuk bertani sekali gus dapat menghasilkan sumber makanan yang baik kepada Malaysia.  Hal ini dikatakan demikian kerana dengan ilmu pengetahuan berkaitan pertanian, petani-petani dapat menghasilkan produk pertanian yang berkuali tinggi dan dapat dijadikan sumber makanan negara.   Namun, ilmu pengetahuan sahaja tidak mencukupi untuk menjadikan seseorang itu petani.  Sumber kewangan dan modal juga penting untuk menjadi petani.  Sebagai contoh, jika seseorang itu berpengetahuan tinggi dalam bidang pertanian tetapi tidak mempunyai sebarang modal untuk memulakan pertanian tidak berguna, begitu juga sebaliknya.  Jika seseorang itu mempunyai modal yang banyak tetapi tidak berilmu  dalam bidang pertanian juga tidak berguna.  Oleh itu, jelaslah bahawa dengan mengadakan kempen dan menyediakan modal dapat menjadikan Malaysia sebagai negara yang mampu menyediakan makanan yang cukup kepada rakyatnya.

                Di samping itu, rakyat juga haruslah prihatin dengan menyahut segala kempen yang diadakan oleh pihak kerajaan agar hasrat untuk menjadikan Malaysia sebagai negera yang mampu menyediakan makanan yang cukup kepada rakyatnya.  Hal ini dikatakan demikian kerana usaha rakyat dan kerajaan haruslah bergerak seiring agar hasrat tersebut dapat dicapai.  Rakyat yang prihatin akan menghadirkan diri ke pameran-pameran pertanian yang berdekatan dengan tempat tinggal mereka untuk mendapatkan maklumat berkaitan dengan pertanian.  Rakyat juga boleh membaca risalah pertanian yang diedarkan untuk mendapatkan sebanyak mungkin maklumat berkaitan pertanian.  Rakyat juga boleh memohon untuk membuka tanah pertanian yang baharu di samping boleh memohon pinjaman modal untuk membeli anak-anak pokok, baja dan jentera pembajak.  Kesannya, rakyat dapat memanfaatkan kemudahan yang diberikan oleh pihak kerajaan dalam bidang pertanian sebaik-baik mungkin dan dapat menghasilkan sumber makanan yang berkualiti tinggi untuk mencapai hasrat menjadikan negara yang mampu menyediakan makanan yang cukup kepada rakyatnya.   Persefahaman dan permuafakatan yang terjalin antara pihak kerajaan dengan rakyat membawa pelbagai kebaikan kepada Negara bak kata pujangga muafakat membawa berkat.  Oleh itu, jelaskah bahawa jika rakyat menyahut segala kempen yang diadakan oleh kerajaan maka Malaysia dapat menjadi negara yang menghasilkan makanan yang cukup kepada rakyatnya.

                Kesimpulannya, dalam usaha untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang mampu menghasilkan makanan yang cukup kepada rakyatnya, pihak kerajaan dan rakyat haruslah bekerjasama mengambil langkah yang bersesuaian dan pragmatik agar dapat menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang mampu menyediakan makanan yang cukup untuk rakyatnya.  Pertanian merupakan sumber makanan utama negara di samping mengimport makan dari negara luar.  Hal ini akan dapat menjimatkan perbelanjaan ke luar Negara dalam sektor pertanian.
[756 patah kata]










SOALAN 4:SPM 2017

Anda ingin menulis sebuah rencana dalam akhbar tempatan.  Tajuk rencana anda ialah ‘Kebaikan-kebaikan Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi kepada Masyarakat Antarabangsa’.

Tulis rencana itu selengkapnya.


Kebaikan-kebaikan Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)
Oleh Nur Sakeena binti Azhar


                Pada era globalisasi ini, teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) digunakan oleh masyarakat serata dunia.  Teknologi ini digunakan oleh pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira umur dan bangsa.  Tambahan pula, dengan kecanggihan peranti elektronik yang membolehkan mereka mengakses teknologi ini dengan mudah dan pantas di mana-mana sahaja mereka berada.  Dengan kemudahan yang ada, tidak hairanlan pengguna teknologi maklumat dan komunikasi semakin meningkat dari masa ke masa.  Persoalannya, apakah kebaikan-kebaikan teknologi maklumat dan komunikasi kepada masyarakat antarabangsa sehinggakan penggunanya semakin meningkat?

                Antara kebaikan teknologi ini ialah kita dapat berhubung antara satu sama lain dengan pantas.  Media-media sosial seperti ‘Facebook’, ‘Twitter’, ‘Kik’ dan ‘Instagram’ membolehkan kita mengikuti perkembangan rakan-rakan kita terutamanya yang bermastautin di luar Negara.  Dengan kemudahan ini, kita dapat bersembang dengan mereka di atas talian untuk bertanyakan khabar.  Lebih-lebih lagi, kita juga boleh membuat panggilan video dengan mereka yang sudah semestinya lebih efisien untuk melepaskan rindu.  Disebabkan kewujudan teknologi ini, kita tidak perlu lagi mengutus surat semata-mata untuk berhubung dengan orang yang jauh di mata seperti keadaan pada zaman dahulu kala.  Pengeposan surat mengambil masa berhari-hari ataupun berbulan-bulan berbeza dengan bersembang di laman media sosial yang dapat dilakukan sekelip mata sahaja asalkan ada akses Internet.  Kita tidak perlu lagi membazirkan duit untuk membeli setem ataupun membeli kad prabayar terutamanya pelajar-pelajar yang bergantung pada wang saku yang diberikan oleh ibu bapa.  Duit lebihan wang saku boleh disimpan ke dalam tabung untuk sediakan payung sebelum hujan kerana kita tidak tahu kesempitan wang yang akan kita hadapi kelak.  Lebih-lebih lagi, kita hidup pada zaman atom iaitu kos sara hidup semakin melambung tinggi.  Jadi, menabung untuk masa depan adalah salah satu langkah yang bijak perlu dilakukan oleh semua lapisan masyarakat.

                Tambahan pula, kita juga dapat belajar bahasa asing dengan teknologi terkini ini.  Kemudahan Internet membolehkan kita belajar bahasa-bahasa asing yang digunakan secara meluas di seluruh dunia seperti bahasa Korea, Bahasa Jepun mahupun Bahasa Sepanyol.  Tidak dapat dinafikan lagi bahawa banyak kelebihan yang kita akan dapat apabila kita dapat bertutur dalam bahasa asing.  Sebagai contohnya, pengembara atau pelancong dari jepun lebih berpotensi untuk mendapatkan harga yang murah apabila berada di Mexico kerana berkebolehan bertutur dalam Bahasa ibunda negara Mexico yang mengagumkan penduduk di sana.  Selain itu, kemudahan komunikasi juga mengelakkan pelancong sesat jalan kerana kebolehan untuk bertanyakan penduduk tempatan arah jalan.  Tambahan lagi, peluang juga akan terbuka luas apabila kita dapat bertutur dalam bahasa asing seperti bahasa Mandarin.  Majikan lebih cenderung akan mengambil orang yang dapat berbahasa Mandarin untuk dihantar ke China untuk berbincang tentang perniagaan.  Kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi memberikan peluang kepada kita untuk belajar bahasa asing tanpa perlu menghadiri kelas bahasa asing secara formal yang pasti memerlukan kos yang mahal.

                Seterusnya, kita dapat mengetahui perkembangan semasa di seluruh dunia.  Apabila kita mengikuti perkembangan semasa di seluruh dunia, kita tidak akan menjadi seperti katak di bawah tempurung.  Pada masa ini, dunia dihangatkan dengan isu penindasan etnik minority Rohingnya di Myanmar.  Perilaku penduduk Myammar yang menyalahi hak asasi manusia terhadap etnik Rohingnya sangat menyayat hati.  Hal ini menyebabkan etnik Rohingnya bertungkus lumus untuk mendapatkan perlindungan.  Walaupun ramai yang sudah Berjaya untuk ke luar negara sebagai pelarian, masih ramai antara mereka yang terkandas di Myanmar.  Ada yang dirogol, ada yang diseksa, ada juga yang dibunuh secara kejam.  Atas dasar kemanusiaan, pihak sukarelawan sedang berusaha untuk mengumpulkan dana agar hak asasi manusia etnik Rohingnya dapat diperjuangkan.

                Di samping itu, kita dapat menjana pendapatan secara atas talian.  Kita tidak memerlukan kedai untuk menjalankan perniagaan.  Sebaliknya, kita hanya perlu ada kemudahan Internet.  Barang-barang atau produk-produk tempatan dapat dipasarkan di laman sesawang antarabangsa ‘Ebay’.  Hal ini akan menguntungkan penjual kerana barang dipasarkan berpotensi untuk laku seperti pisang goreng panas kerana pengguna ‘Ebay’ mencecah jutaan pengguna.  Tambahan pula, apabila barangan kita dibeli oleh penduduk Eropah, kita akan mendapat keuntungan yang berlipat kali ganda kerana nilai mata wang mereka yang tinggi.  Jelaslah bahawa kita dapat menjalankan perniagaan dari rumah dengan menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi.

                Akhir sekali, kita dapat menambahkan ilmu pengetahuan melalui teknologi maklumat dan komunikasi.  Semua perkara dapat diketahui menerusi kemudahan Internet.  Penggemar Sejarah dunia dapat mengetahui kisah Gengkhis Khan yang merupakan seorang pemeringah yang berpengaruah pada suatu ketika dahulu iaitu semasa Dinasti Chang.  Pengetahuan sejarah ini sangatlah unik kerana Gengkhis Khan sangat mahir dalam menyusun strategi kerana keturunannya dapat menakluki dunia pda jangka masa yang panjang.  Mengikut kajian yang dilakukan oleh tiga orang daripada 10 orang lelaki di Asia Tengah merupakan keturunan Gengkhis Khan.  Rupa paras keturunan pemerintah berpengaruh ini sangat unitk kerana mempunyai paras rupa mirip orang berbangsa Cina.  Keturusan Gengkhis Khan mempunyai darah campuran bangsa Mongolia, Arab dan Kaukasia.  Rupa paras mereka sangat menarik kerana mereka berkulit putih, mata bercelak, hidung mancung dan tinggi.

                Konklusinya, teknologi maklumat dan komunikasi banyak memberikan kebaikan kepada masyarakat antarabangsa.  Sebagai rakyat Malaysia, kita wajarlah memanfaatkan teknologi ini supaya duduk sama rendah, berdiri sama tinggi sejajar dengan negara maju yang lain di peringkat antarabangsa.
[796 patah kata]




No comments:

Post a Comment