Saturday, September 29, 2018

kertas kajian Inovasi PDPC


INOVASI KAD PIRAMID KARANGAN PELBAGAIGUNA + NYANYIAN (KAD LAGU) UNTUK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENULIS KARANGAN BAHASA MELAYU MENGGUNAKAN TEKNIK JUMBAKPEK 
KEPADA MURID-MURID TINGKATAN 5 ”

Hamidah Binti Raya,
SMK Pinggan-Pinggan, Pitas,

Abstrak
Inovasi pengajaran yang dihasilkan dalam pengajaran dan pembelajaran menulis karangan Bahasa Melayu merupakan  kaedah yang sesuai perlu diaplikasikan dalam pengajaran agar murid dapat menghasilkan karangan dengan idea serta pengolahan yang menarik.  Justeru, kajian ini dilaksanakan untuk mengenalpasti kesesuaian dan impak penggunaan inovasi kad Piramid Karangan Pelbagai guna serta nyanyian menggunakan teknik JUMBAKPEK yang dimantapkan lagi dengan pendekatan kontruktivisme serta aktiviti pembelajaran abad ke-21  dalam pengajaran kemahiran menulis karangan.   Seramai  34 orang murid tingkatan lima Sekolah Menengah Kebangsaan Pinggan-pinggan, Pitas terlibat dalam kajian ini.  Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif iaitu reka bentuk fenomenologikal dan data kajian pula dikumpulkan menggunakan soal selidik, ujian, temu bual, pemerhatian dan analisis dokumen.  Dapatan kajian menunjukkan bahawa amalan penggunaan inovasi ini, murid lebih mahir dalam proses penulisan dan hasil penulisan.  Impaknya kepada  murid-murid  ialah karangan yang ditulis lebih berkualiti.    Kajian juga menunjukkan bahawa aplikasi inovasi ini dalam pengajaran dan pembelajaran mewujudkan satu persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan dalam kalangan murid seiring dengan intervensi pedagogi pembelajaran abad ke-21.  Guru bertindak sebagai pembimbing dan murid terlibat secara aktif dalam setiap aktiviti pembelajaran abad ke-21.  Secara keseluruhannya , dapatan kajian membuktikan bahawa inovasi kad piramid karangan pelbagai guna serta nyanyian teknik JUMBAKPEK sesuai diaplikasikan dalam pengajaran kemahiran menulis karangan Bahasa Melayu.
Kata kunci: Inovasi Kad Piramid karangan Pelbagai guna serta Nyanyian Teknik JUMBAKPEK, kemahiran menulis karangan, Guru Bahasa Melayu, proses pembelajaran abad ke-21.














PENGENALAN
Pelbagai kaedah dan inovasi yang telah diperkenalkan untuk memastikan pengajaran kemahiran menulis terutama kemahiran menulis karangan dapat dikuasai oleh murid-murid di sekolah.  Hal ini kerana inovasi bermaksud pendekatan yang digunakan oleh guru-guru dalam pengajaran dan pembelajaran bagi mengukuhkan pemahaman pelajar yang seterusnya dapat meningkatkan prestasi akademik pelajar (Zakaria Bin Omar,2014).

Usaha memperkenalkan sesuatu yang baru seperti kaedah baru, peranti, pengukuran, penyelesaian, perkhidmatan produk, atau idea adalah inovasi.  Spencer (1994) pula menjelaskan bahawa inovasi ialah sesuatu yang dianggap baru dan lebih baik daripada yang lama oleh seseorang individu.  Melalui penghasilan inovasi inilah, para guru dapat bertindak secara proaktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran demi memberi nilai tambah kepada pemahaman dan meningkatkan minat belajar pelajar di kelas amnya.  Zamri Mahamod (2012) telah menyatakan bahawa terdapat pelbagai inovasi yang boleh digunakan oleh para guru bahasa Melayu di dalam bilik darjah bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran tidak lagi terikat dengan kaedah tradisional. Antara inovasi atau pendekatan yang sesuai digunakan pada alaf yang baru ini adalah seperti Pendekatan Kontekstual,Pendekatan Masteri, Pendekatan Koperatif, Pendekatan Kolaborasi, Pendekatan Konstruktif, Pendekatan Peta Konsep, Pendekatan Peta Minda, dan Pendekatan Belajar Secara Talian.
Dapatan kajian Zakaria Bin Omar (2014) mendapati pembelajaran yang mengaplikasikan elemen yang dirangka dan dilaksanakan dengan terancang dan sistematik oleh pendidik dapat mengembangkan potensi, pembangunan minda, pemikiran kreatif, dan inovatif pelajar.  Sesungguhnya, murid-murid perlu diberi peluang secara aktif dalam proses menghasilkan karangan melalui inovasi yang diperkenalkan oleh para guru di sekolah.  Pendekatan secara konvensional iaitu pengajaran berpusatkan guru dan guru jugalah yang memberi segala penerangan kepada murid masih mendominasi proses pengajaran karangan di dalam bilik darjah dan perlulah diubah ke arah pembelajaran abad ke-21.
Selain itu, Noor Rohana (2003), dalam kajiannya telah mengenal pasti salah satu daripada punca kemerosotan pencapaian murid dalam penulisan karangan adalah berpunca daripada kurangnya penyebatian kemahiran berfikir dalam proses pengajaran dan pembelajaran.  Maknanya, para murid masih terikat dengan cara pengajaran tradisional yang hanya berpusatkan guru dan bukannya guru sebagai fasilitator sesuai dengan pengajaran dan pembelajaran abad ke-21.
Justeru, inovasi  Kad Piramid Karangan Pelbagai guna dengan nyanyian (Kad lagu) dilihat sebagai strategi pengajaran inovasi yang sesuai dijadikan sebagai salah satu cara untuk meningkatkan kemahiran menulis karangan menggunakan teknik Jumbakpek kepada murid-murid tingkatan lima di sekolah.  Dalam kajian ini inovasi kad piramid karangan pelbagai guna dan nyanyian Jumbakpek telah diaplikasikan dalam kemahiran menulis karangan.  Beberapa ciri penting inovasi ini telah diterapkan semasa proses pengajaran.  Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kesesuaian penggunaan inovasi yang dicipta ini dalam penulisan kemahiran menulis karangan dan seterusnya melihat kesannya terhadap hasil penulisan murid.  Dapatan kajian ini akan menjawab soalan penting tentang bagaimana inovasi Kad Piramid Karangan Pelbagai guna sesuai digunakan dalam mengajar kemahiran menulis karangan Bahasa Melayu tingkatan 4 dan 5 di sekolah menengah.
Pernyataan Masalah
Berdasarkan latar belakang masalah yang telah diperolehi, didapati murid menunjukkan sikap  yang kurang memberi tumpuan terhadap pengajaran  guru dan  budaya leka dalam pembelajaran telah dikenal pasti sebagai punca utama yang mempengaruhi kemahiran murid dalam penulisan karangan.  Begitu juga terdapat murid yang membuat latihan yang diberikan oleh guru secara sambalewa dan kurang berkualiti.  Masalah yang dihadapi murid dalam penulisan karangan dapat diperhatikan melalui aktiviti pengajaran dan pemudahcaraan di kelas. Antara penyebab utama murid tidak dapat skor dalam peperiksaan adalah disebabkan oleh kelemahan dalam penulisan karangan kertas 1 Bahasa Melayu.  Antara kesilapan yang sering dilakukan oleh murid-murid Tingkatan 5 ialah:
1.     Menghurai isi atau idea tanpa memberikan contoh, kesan dan langkah penyelesaian yang sesuai.
2.    Menghurai isi tanpa panduan teknik yang betul dan tiada kesinambungan antara ayat dengan ayat sebelumnya.
3.    Huraian idea yang tidak menjurus pada dimensi karangan yang ditetapkan.
Daripada pandangan guru pula, murid menghadapi kesukaran dalam menulis karangan menggunakan ayat huraian yang panjang dan mengikut teknik karangan yang betul.  Malahan murid sukar untuk mengingat kaedah menulis karangan cemerlang yang disyorkan oleh guru. 
Sebelum Kad Piramid Karangan Pelbagai guna + Kad Lagu (Nyanyian) digunakan, antara masalah yang dihadapi ialah:
i)              Murid sukar menulis karangan dengan format yang betul, bercelaru dan tidak mengikut teknik yang diperlukan dalam penulisan karangan yang baik.
ii)             Guru tidak dapat menarik perhatian murid dan penglibatan murid kurang aktif.
iii)            Murid juga sukar meletakkan ungkapan menarik, penanda wacana, pemerengganan dan kosa kata menarik.
iv)           Murid gagal  menghurai isi karangan yang lengkap, tanpa kesimpulan kecil dan adakalanya ayat judul yang tidak lengkap semasa menulis perenggan isi.
v)            Murid salah memahami soalan atau tajuk karangan.
vi)           Perenggan pendahuluan, isi dan penutup karangan murid terlalu sikit dan ringkas tanpa memberi contoh dan kesan yang munasabah.
vii)          Murid mudah lupa dengan format karangan yang diberikan  oleh guru semasa di kelas.
Objektif  Kajian
Objektif kajian adalah seperti berikut:
1.    Mengenalpasti  kesesuaian  penggunaan inovasi kad piramid karangan pelbagai guna dan nyanyian lagu Jumbakpek dalam meningkatkan kemahiran menulis karangan  Bahasa Melayu.

2.    Mengenalpasti impak inovasi kad piramid pelbagai guna dan nyanyian lagu Jumbakpek dalam menghasilkan karangan yang berkesan dalam Bahasa Melayu.

Soalan Kajian
1.    Adakah penggunaan inovasi kad piramid karangan pelbagai guna dan nyanyian lagu Jumbakpek bersesuaian dengan  kemahiran menulis karangan Bahasa Melayu?

2.    Adakah inovasi kad piramid pelbagai guna dan nyanyian lagu Jumbakpek memberi impak yang positif dalam penghasilan karangan yang berkesan?

Tujuan Kajian
Kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk meninjau kesesuaian penggunaan inovasi kad piramid karangan pelbagai guna dan nyanyian lagu Jumbakpek dalam meningkatkan kemahiran menulis karangan  Bahasa Melayu.  Murid akan menggunakan kad piramid ini bersama lagu Jumbakpek semasa pengajaran dan pembelajaran di kelas serta pelaksanaan ujian pra mahu pun peperiksaan pertengahan tahun di sekolah. 

            Kajian juga dibuat untuk meninjau kejayaan murid dalam menghasilkan karangan yang berkesan menggunakan inovasi tersebut dengan pelaksanaannya dalam aktiviti pembelajaran abad ke-21 di kelas.  Di samping itu, pengkaji juga akan meninjau peningkatan kemahiran menulis murid selepas menggunakan inovasi ini dalam penulisan karangan Bahasa Melayu dari setiap tahap pencapaian murid di sekolah.

SOROTAN LITERATUR
Inovasi menurut Sufean Hussin (2004) dalam kertas kerjanya pada Seminar Dasar dan Pengurusan Pendidikan menyatakan inovasi bermaksud pembaharuan, modifikasi, atau membaiki idea, benda, ilmu dan ciptaan seni budaya tamadun dengan tujuan memenuhi fungsi-fungsi tertentu atau memenuhi cita rasa tertentu atau memenuhi pasaran tertentu.  Hal ini boleh dirumuskan bahawa setiap guru harus menilai dan meneliti inovasi pengajaran dan pembelajaran yang ingin diterapkan agar matlamat atau objektif pengajaran dan pembelajaran dapat dicapai dan memberi impak yang besar kepada pemahaman dan pengetahuan murid-murid.
           
Selain itu, Zamri Mahamod (2012) telah menjelaskan bahawa terdapat pelbagai inovasi yang boleh digunakan oleh guru-guru Bahasa Melayu di dalam bilik darjah bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran tidak lagi terikat dengan kaedah tradisional.  Pendekatan konstruktivisme amat bersesuaian dan digabungjalin dalam penggunaan inovasi kad piramid karangan pelbagai guna bersama lagu nyanyian Jumbakpek.  Pendekatan kontruktivisme adalah pendekatan pengajaran yang memberi peluang kepada murid untuk terlibat secara aktif, dalam hal ini murid boleh membina pengetahuan baru, mencari maklumat yang diperlukan, berbincang dengan rakan-rakan, mengolah idea yang ada agar dapatan itu lebih bermakna dan dapat dikongsi dengan rakan-rakan sekelas. Pendekatan ini amat sesuai diguna pakai bersama inovasi kad piramid karangan pelbagai guna seiring dengan pembelajaran abad ke-21 ini.

Pengajaran yang berkesan sebenarnya banyak bergantung kepada keupayaan guru menyusun dan mereka bentuk aktiviti yang bersesuaian dengan pembelajaran abad ke-21 bersama inovasi yang dihasilkan dan dilakukan di kelas dengan jayanya.  Kemahiran menulis karangan misalnya akan dapat dilaksanakan jika guru dapat mengabungjalinkan strategi yang sesuai semasa aktiviti pengajaran di kelas.  Oleh itu, guru perlu berusaha memikirkan pedagogi yang sesuai dan inovasi yang direkacipta diaplikasikan bersama dalam pengajarannya  akan boleh memberi impak terhadap proses pengajaran guru dan proses pembelajaran murid di kelas.

METODOLOGI KAJIAN
Kajian ini merupakan kajian kualitatif yang menggunakan kaedah fenomenologikal.  Kajian dijalankan dengan tujuan untuk mengenal pasti kesesuaian inovasi kad piramid karangan pelbagai guna bersama nyanyian lagu Jumbakpek dalam pengajaran kemahiran penulisan karangan sebagai inovasi pedagogi guru dan intervensi pengajaran dan pembelajaran di kelas.  Peserta kajian terdiri daripada seorang guru dan 34 orang murid 5 Inovatif di sekolah Menengah Kebangsaan daerah Pitas iaitu SMK Pinggan-Pinggan, Pitas.  Dapatan kajian ini diperoleh dengan menggunakan soal selidik, ujian, temu bual, gambar, pemerhatian dan analisis dokumen.

DAPATAN KAJIAN
Inovasi kad piramid karangan pelbagai guna bersama nyanyian lagu Jumbakpek menekankan pengajaran dan pembelajaran berpusatkan murid dan aktiviti pembelajaran abad ke-21.  Inovasi ini sebenarnya sebagai satu pedagogi untuk melaksanakan aktiviti penulisan karangan yang sesuai dan mudah diguna pakai oleh murid sebagai peserta kajian.

            Dapatan kajian menunjukkan bahawa inovasi kad piramid karangan pelbagai guna bersama nyanyian amat bersesuaian digunakan semasa pembelajaran di kelas kerana sikap murid yang kurang memberi tumpuan terhadap pengajaran  guru,  budaya leka dalam pembelajaran dan murid  membuat latihan yang diberikan oleh guru secara sambalewa dan kurang berkualiti serta murid menghadapi kesukaran dalam menulis karangan menggunakan ayat huraian yang panjang dan mengikut teknik karangan yang betul.  Dengan ini, inovasi Kad Piramid Karangan Pelbagaiguna telah diperkenalkan.  Kad ini merupakan bahan bantu belajar yang senang dibuat serta tidak memerlukan kos yang banyak.  Selain itu, murid boleh menggunakannya dalam aktiviti individu atau berkumpulan dan boleh digunakan semula pada bila-bila masa semasa pengajaran dan pemudahcaraan karangan khasnya.

            Dalam kajian  menunjukkan untuk memenuhi kesesuaian inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran murid telah difokuskan dengan pengenalan formula dalam kad piramid karangan pelbagai guna bersama nyanyian lagu Jumbakpek.  Peserta kajian telah diberi penerangan khusus tentang teknik menulis karangan yang bermula dengan menulis bahagian pendahuluan, isi dan penutup karangan berdasarkan inovasi teknik yang dicipta iaitu singkatan formula TAAFDIRU, KSSMJA, JUMBAKPEK dan PESAHAKE dalam karangan Bahasa Melayu.  Komponen ini telah diajar secara berasingan dan satu sesi pengajaran hanya menekankan sama ada menganalisis soalan, pembinaan pendahuluan, isi atau penutup karangan. Semua formula yang diajar ini dimasukkan ke dalam inovasi Kad piramid karangan pelbagai guna dan dimudahkan lagi dengan nyanyian lagu Jumbakpek menggunakan melodi ‘Sayang Kinabalu’.  Hal ini dapat diperhatikan menerusi formula teknik Jumbakpek yang berikut:

Jadual 1:  Formula Karangan Jumbakpek
TEKNIK TAAFDIRU (ANALISIS SOALAN)
TEMA/ISU
Tema karangan yang dominan (isu utama)
AKAR TEMA
Anak-anak tema/ isu sampingan
AYAT TUGASAN
Soalan /tajuk soalan
FORMAT KARANGAN
Karangan berformat: rencana/laporan/wawancara/surat rasmi /surat tak rasmi
Karangan tak berformat
DIMENSI KARANGAN
Individu 2. Keluarga. 3. Masyarakat 4. Negara/global  5. Komsas
RANGKA ISI
 3 isi (karangan rangsangan)  / 5 isi (karangan umum)
UNGKAPAN MENARIK
Peribahasa/cogan kata/ kata-kata hikmah

STRATEGI MENULIS PENDAHULUAN KARANGAN (KSSMJA)
K
Kenyataan tentang tema / isu secara umum (ambil dari soalan)
Belakangan ini, isu Kempen gaya hidup sihat merupakan amalan terpuji untuk melahirkan masyarakat yang mementingkan kesejahteraan hidup. 
S
Sebab / pendirian ayat tugasan dengan  isu tema yang relevan + saranan huraian + peribahasa
Hal ini dikatakan demikian kerana amalan gaya hidup sihat amat penting untuk meningkatkan kesihatan masyarakat.
Amalan mulia ini sewajarnya menjadi rutin hidup kerana banyak kemaslahatannya.
Semua pihak haruslah beriltizam untuk mendepani isu ini kerana di mana ada kemahuan di situ ada jalan .
S
Serius/sukar /membimbangkan + huraian isu semasa
Umum mengetahui, bahawa amalan ini sukar untuk menjadi budaya dalam mayarakat yang kian mementingkan kerjaya daripada kesihatan diri semata-mata
M (AA)
Mengapa Persoalan Tajuk /apakah (AT)
Persoalannya, apakah amalan-amalan yang wajar saya lakukan untuk memastikan kesihatan diri sentiasa  terjaga ?

Ja (AT)
Jawapan ayat tugasan + huraian
Sesungguhnya, terdapat pelbagai amalan yang boleh saya lakukan untuk memastikan kesihatan diri sentiasa terjaga demi kesejahteraan Negara.

AYAT
Modul JUMBAKPek
Huraian isi
Ayat 1
JU -Judul/idea
Judul / isi utama
Ayat 2
M – Mengapa
Huraian sebab(Apa,Siapa, Bila, Di mana, Kenapa)
Ayat 3
BA –Bagaimana
Huraian bagaimana, tindakan, strategi
Ayat 4
K- Kesan/KBAT/Contoh
Kesan daripada huraian
Contoh diambil daripada judul /idea
Kbat berdasarkan isu-isu semasa yang berkaitan atau mana-mana mata pelajaran seperti Sains, Fizik, Kimia, Geografi, sejarah dan lain-lain)
Ayat 5
Pe-Peribahasa/Ungkapan menarik
Letak peribahasa yang sesuai di tengah ayat atau akhir ayat atau di tempat yang bersesuaian
Ayat 6
K - Kesimpulan
Kesimpulan judul idea

            Dapatan kajian berdasarkan analisis dokumen formula inovasi di atas menunjukkan bahawa murid sebagai peserta kajian perlu menghafal dan memahami terlebih dahulu teknik yang dihasilkan untuk menulis karangan.  Penekanan kepada penguasaan satu-satu kemahiran menunjukkan berlaku proses pembinaan pengetahuan dalam kalangan murid.  Hasil kajian menunjukkan bahawa apabila para murid telah didedahkan dan diuji pengetahuan mereka berkaitan pendahuluan karangan, para peserta beralih pula kepada komponen kedua dan ketiga dalam penulisan karangan iaitu membina isi dan penutup karangan.

Dapatan kajian di atas menunjukkan bahawa untuk memastikan para murid menguasai kemahiran dalam penulisan karangan, para peserta telah menggunakan inovasi Kad piramid karangan pelbagai guna bersama nyanyian untuk memberi kemahiran penulisan setiap komponen dalam karangan.  Murid  dibimbing dari satu langkah ke langkah seterusnya, barulah guru membimbing murid menyediakan Kad Piramid karangan Pelbagai guna menggunakan kad A4 berwarna  yang telah difotostatkan.  Murid  hanya memotong bahagian yang telah ditandakan dengan formula JUMBAKPEK dan lirik lagu yang disediakan.  Setiap murid akan membina piramid daripada kad tersebut dan kad lagu untuk dinyanyikan nanti. Pembinaan pengetahuan ini dengan penggunaan inovasi kad piramid merupakan asas penting dan sesuai diaplikasikan dalam pengajaran kemahiran mengarang seiring dengan pembelajaran abad ke-21. Hal ini dapat diperhatikan menerusi gambar kad piramid karangan pelbagai guna yang berikut:
Murid menggunakan kad piramid dan kad lagu Jumbakpek semasa pembelajaran di kelas dan dijadikan panduan asas untuk menulis karangan dan sebagai bahan bantu mengajar guru dalam aktiviti berkumpulan, ujian penilaian dan pembentangan ahli kumpulan.

 Rajah 1:  Gambar Kad piramid karangan pelbagai guna + Kad lagu Jumbakpek

            Selain daripada analisis dokumen formula di atas, dapatan melalui rujuk silang ujian pra dan ujian pos dengan peserta kajian juga menunjukkan hasil yang sama.  Karangan peserta kajian pada awal sebelum inovasi diperkenalkan amat mengecewakan dari segi idea, huraian idea dan jumlah ayat yang dibina dalam karangan.  Namun, setelah inovasi Kad piramid ini diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran murid, murid dapat menulis karangan yang cukup memberangsangkan guru.  Hal ini jelas ditunjukkan dalam jadual dan peratus ujian  dengan peserta kajian yang berikut:

Jadual 2:  Bilangan murid untuk Ujian Pra
Markah
Bilangan pelajar
Peratus (%)





0-39
40-50                        
8
7
24
21

51-60
4
12

61-70
9
26

71-80
4
12

81-90
0
0

91-100
0
0

TH
2
5

















Jumlah Murid
34
100


Berdasarkan jadual 2, jumlah responden dalam kajian adalah seramai 34 orang.  Dari segi 61-70 markah, bilangan murid iaitu 9 orang bersamaan 26 %.  Manakala markah untuk cemerlang iaitu 71-80, bilangan murid iaitu 4 orang bersamaan 12 %.  Hal ini menunjukkan bahawa tiada  bilangan murid mendapat markah antara 81-100 dan penguasaan murid masih berada pada tahap yang sederhana.
Jadual 3:  Bilangan murid untuk Ujian Pos (Ujian Setara)
Markah
Bilangan pelajar
Peratus (%)





0-39
40-50                        
0
1
0
3

51-60
2
6

61-70
3
9

71-80
9
26

81-90
14
41

91-100
5
15

TH
0
0

















Jumlah Murid
34
100


                   Daripada jadual 3 di atas, keputusan ujian pos adalah seramai 28 orang murid mendapat gred A dan ke atas, manakala hanya seorang murid mendapat gred D dan E.  Daripada analisis ini jelas menunjukkan murid-murid daripada kelas ini mempunyai potensi untuk berjaya dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, termasuk topik kertas 1 iaitu menulis karangan rangsangan dan respon terbuka sekiranya mereka diberikan bimbingan yang bersesuaian dan berkesan.
Dapatan daripada Ujian Pra dan Ujian Pos, didapati terdapat peningkatan dalam pencapaian murid-murid tentang menulis karangan menggunakan teknik JUMBAKPEK + Kad Piramid Karangan Pelbagai guna.  Perbandingan pencapaian Ujian Pra dan Ujian Pos adalah seperti jadual dan carta di bawah:
Jadual 4:  Bilangan murid untuk Penilaian pencapaian Ujian Pra dan Ujian Pos (Ujian Setara)
Markah
Bilangan murid
Ujian Pra
Bilangan murid
Ujian Pos (Ujian Setara)





0-39
40-50                        
8
7
0
1

51-60
4
2

61-70
9
3

71-80
4
9

81-90
0
14

91-100
0
5

TH
2
0

















Jumlah Murid
34
34


Carta 1:  Menunjukkan Peratus Perbandingan Pencapaian murid Antara Ujian Pra & Ujian Pos Secara  Grafik
Merujuk kepada keputusan carta 1 di atas, didapati terdapat peningkatan jumlah murid yang mendapat markah tinggi iaitu antara markah 81 hingga 90.  Dalam ujian Pra jumlah murid mendapat markah antara 81 hingga 90 ialah 0, manakala dalam Ujian Pos angka ini telah meningkat kepada 14 orang.  Hal ini menunjukkan kaedah yang dijalankan membantu dan memberi daya ingatan yang kuat kepada murid-murid.
Jadual 5:  Perbandingan Keputusan Individu dalam Ujian Pra dan Ujian Pos (Ujian Setara)
Murid
Markah
Ujian Pra
Markah
Ujian Pos (Ujian Setara)
Beza




ALDY YOEL YOHANES

50

70

+20
ALINAH BINTI AKAI
TH
75
+75
ALISON BIN MATINGAP
20
77
+57
ALVENUS SUMOI @ JUMAN
50
72
+22
ANIMASI SOGANDA JUSTIN
71
92
+21
ARTIKA BINTI JOHARI
64
64
0
ARTINIE AMATIN
70
89
+19
ARWIE BIN INTAN
68
88
+20
ASMERA BINTI SHARIF
TH
88
+88
AVEYLINA BINTI MESEBUN
63
87
+24
BECHKAM BIN PIRING
73
90
+17
EDNA FLORENCE ERWAN
48
78
+30
ELLRIEAFIKAH JIPIL
65
89
+24
HAIRIE MADJINAU
47
80
+33
HERODIN BIN GINTALON
69
93
+24
HERRY BOY SIBI
57
81
+24
JAHIRA BT SUANSING
50
71
+21
JESSIKA JAIBIN
55
94
+39
JULINAH BINTI KAYAPIS
63
74
+11
KETHRIN BINTI KUIYIN
38
80
+42
KHAIRUL NIZAM BIN AMRAN
35
48
+13
MELNOVIE MAJIKAR
35
73
+38
MOHAMAD FADZIL AZME BIN BANGIS
36
60
+26
MOHD FAIZAL BIN ISMAIL
45
78
+33
NEWBROCKLIN BIN NARUBIN
60
76
+16
NORDIAH BINTI MARDIN
78
94
+16
NUR FATHIYAH BINTI ABDUL JALI
35
90
+55
NUR IZZATY LAILA BINTI MASLAN
59
88
+29
RAINALLY BIN HAINOK
40
65
+25
REDZLOND PALDI
38
60
+22
ROSNIYATI BINTI BUSLEY @ JASMAN
73
94
+21
SHELIANA SUSANTIE JEDIP
65
85
+20
SITI NUR ATIKAH BINTI JAMES
64
84
+20
WARDAH NUR FATIHAH BINTI OSMERAH
36
89
+53

Berdasarkan jadual 5 melaporkan bahawa setelah teknik JUMBAKPEK didedahkan kepada para murid dan Kad Piramid Karangan digunakan semasa menulis karangan rangsangan dan karangan umum, peserta kajian menjangkakan bahawa semua murid akan dapat menunjukkan peningkatan dalam ujian pos berbanding dengan ujian pra.  Walau bagai manapun, seorang murid telah mendapat markah di luar jangkaan, iaitu  meningkat sedikit sahaja berbanding ujian pos (35 markah meningkat 48 markah).  Setelah diselidiki puncanya, murid tersebut lambat menulis ketika ujian dijalankan dan memberitahu dia perlu menulis dengan cantik yang menyebabkan karangannya tidak cukup isi dan pemerengganan karangan yang tidak seimbang.  Manakala dua orang murid juga meningkat dalam markah 60 dan 65 sahaja berbanding dengan pelajar yang lain(71 markah ke atas).  Murid-murid ini tergolong dalam kategori murid yang lambat menguasai teknik yang diajar oleh guru.  Oleh itu, perhatian yang lebih perlu diberikan dan memerlukan bimbingan yang berterusan daripada guru bagi membantunya menulis karangan dengan lebih sempurna.
            Di samping itu, antara aktiviti dalam pembelajaran abad ke-21 adalah aktiviti berkumpulan, didik hibur dan pembentangan hasil kumpulan menggunakan inovasi Kad piramid karangan pelbagai guna bersama nyanyian lagu Jumbakpek dalam kemahiran menulis karangan yang berkesan.  Pendekatan dan inovasi ini memberi peluang dan ruang murid untuk membina kemahiran dan pengetahuan melalui interaksi dengan orang lain.  Oleh itu, dalam kajian ini didapati murid telah diberi peluang untuk berbincang sesama mereka   dalam menghasilkan pendahuluan, isi dan penutup karangan dengan berpandukan inovasi kad piramid karangan pelbagai guna.  Rujuk silang dengan keratan gambar dan nota lapangan pengkaji untuk peserta kajian juga menunjukkan wujudnya pengajaran dan pembelajaran yang menitikberatkan aktiviti berkumpulan, nyanyian dan pembentangan hasil dapatan.  Hal ini dipaparkan dalam keratan gambar di bawah:
Kad Lagu dinyanyikan semasa di kelas atau di mana-mana murid berada sebagai cara menarik minat menghafal dan mengingat formula kad piramid karangan.
Murid menyanyikan lagu sebelum tugasan dibincangkan untuk mengingat formula karangan semasa proses pembelajaran.

Rajah 2:  Aktiviti Nyanyian dalam Penulisan Karangan
Pengajaran dan pembelajaran secara nyanyian akan memberikan peluang kepada para murid untuk berseronok dan berhibur sambil mengingat formula yang ada dalam Kad piramid karangan pelbagai guna.
Murid melaksanakan tugasan yang diberikan oleh guru secara berkumpulan.  Perbincangan jelas berlaku dalam kumpulan semasa proses pembelajaran menggunakan inovasi Kad Piramid karangan pelbagai guna.

Rajah 3:  Aktiviti Berkumpulan dalam Penulisan Karangan
Pengajaran dan pembelajaran secara berkumpulan akan memberikan peluang kepada para murid mengeluarkan idea, bersoal jawab sesama mereka dan seterusnya menyelesaikan masalah atau tugasan yang diberikan.  Bahan penulisan karangan juga telah dicatat atau ditampal dalam kertas sebak dan dipamerkan di hadapan kelas.  Bahan bantu dan inovasi kad piramid yang disediakan akan memudahkan murid membina karangan dan sesuai diaplikasikan semasa pembelajaran abad ke-21. Keratan gambar aktiviti pembentangan memaparkan hal ini.
Description: C:\Users\Acer\Pictures\Camera 2018\IMG20180313090800.jpg
Murid membentangkan hasil tugasan secara berkumpulan.  Pembentangan jelas berlaku dalam kumpulan semasa proses pembelajaran dan Kad piramid dijadikan panduan dan alat utama semasa membentang.

Rajah 4:  Aktiviti Pembentangan Kumpulan dalam Penulisan Karangan
            Aktiviti berkumpulan, nyanyian dan pembentangan yang dirancang oleh peserta kajian akan menyebabkan murid terlibat aktif dalam penghasilan karangan.  Dapatan kajian di atas jelas memaparkan bahawa penulisan karangan yang menggunakan inovasi kad piramid karangan pelbagai guna bersama nyanyian  akan menjadikan suasana pembelajaran yang aktif dalam bilik darjah.  Murid digalakkan memberi idea dan menyelesaikan tugasan secara berkumpulan sebelum kemahiran baharu yang mereka pelajari digunakan pula untuk menghasilkan karangan secara individu.  Selain itu, murid juga boleh menyemak sendiri hasil karangan kumpulan dan individu berdasarkan panduan kad piramid karangan pelbagai guna.  Hal yang sangat penting adalah murid telah menguasai semua formula karangan yang dipelajari dan boleh menjadikan kad inovasi ini sebagai panduan semakan.
            Inovasi pengajaran dalam kajian ini merupakan satu pedagogi intervensi yang memberikan kemahiran kepada murid secara khusus untuk setiap komponen penulisan karangan.  Penggunaan inovasi ini sangat sesuai digunakan untuk membina pengetahuan dan kemahiran jangka panjang dalam diri murid.  Kesesuaian penggunaan inovasi ini jelas dilihat apabila terdapat peningkatan dari segi hasil kerja murid.  Kemahiran-kemahiran yang diajar dalam inovasi ini telah membantu murid menghasilkan satu karangan yang lebih berkualiti atau sekurang-kurangnya memenuhi kriteria penulisan karangan yang lengkap.
            Hasil kerja murid selepas pencerapan juga telah dikumpul untuk mengenal pasti kesesuaian inovasi kad piramid karangan pelbagai guna berdasarkan hasil penulisan murid-murid peserta kajian tersebut.  Dapatan kajian menunjukkan bahawa hasil penulisan murid secara individu telah menunjukkan peningkatan.  Perbezaan ini jelas ditunjukkan daripada keratan hasil karangan sebelum dan selepas inovasi diaplikasikan oleh guru dalam pengajaran.  Petikan hasil karangan murid di bawah jelas menunjukkan perubahan ini.

Rajah 5(i): Pendahuluan

 Rajah 5 ii: Isi
Rajah 5:  Hasil Penulisan Murid Sebelum Penggunaan Inovasi Kad Piramid Karangan Pelbagai guna. (Pendahuluan dan Isi)
            Pendahuluan karangan pada rajah 5(i) di atas merupakan hasil penulisan murid sebelum inovasi yang dicadangkan dalam model dilaksanakan dalam bilik darjah.  Didapati bahawa pendahuluan yang ditulis tidak mempunyai ayat tugasan atau arahan iaitu ayat yang menyatakan isu atau isi karangan yang akan ditulis serta tiada ayat jawapan yang mengikuti elemen fomula KSSMJA.  Manakala isi karangan pada rajah (ii) di atas merupakan hasil karangan murid sebelum inovasi dan didapati isi karangan tidak mempunyai huraian isi yang merangkumi sebab, bagaimana, contoh, kesan, ungkapan menarik dan penegasan kecil dalam perenggan isi.  Penambahbaikan jelas berlaku apabila guru memberikan kemahiran dan teknik inovasi menulis pendahuluan dan isi kepada murid.  Perubahan ini jelas dipaparkan dalam keratan pendahuluan dan isi di bawah:

Rajah 6:  Hasil Penulisan Murid Selepas Penggunaan Inovasi Kad Piramid Karangan Pelbagai guna. (Pendahuluan)
            Dapatan kajian di atas menunjukkan bahawa murid telah menggunakan formula KSSMJA untuk pendahuluan yang diajar oleh peserta kajian.  Berbeza dengan pendahuluan dalam rajah 5(i), pendahuluan dalam rajah 6 lebih menunjukkan murid menggunakan formula KSSMJA dalam menulis karangan.  Murid juga didapati telah memberi beberapa ayat rangsangan untuk menarik minat pembaca meneruskan pembacaan hasil penulisannya. Dapatan kajian yang menunjukkan bahawa perenggan isi yang ditulis oleh murid di atas telah lengkap mengandungi judul idea, huraian dan contoh atau kesimpulan berdasarkan formula Jumbakpek karangan.  Hasil penulisan ini dipaparkan dalam petikan perenggan isi murid yang berikut:

Rajah 7:  Hasil Penulisan Murid Selepas Penggunaan Inovasi Kad Piramid Karangan Pelbagai guna. (Isi)
            Berdasarkan rajah 7 di atas, murid telah dapat memberi isi yang tepat dengan huraian yang jelas dan disertakan dengan contoh dan kesimpulan.  Kemahiran ini diajar oleh peserta kajian semasa menggunakan inovasi kad piramid karangan pelbagai guna bersama nyanyian lagu Jumbakpek ini dalam pembelajaran.  Proses mengaplikasikan inovasi dan pengetahuan sedia ada yang diperoleh sebelum ini telah digunakan untuk menghasilkan penulisan yang lebih baik.  Selain itu, jika dibandingkan dengan hasil penulisan sebelum ini, didapati hasil kerja murid sememangnya menunjukkan banyak peningkatan.
            Selain dokumen hasil kerja murid, temu bual dengan para peserta kajian juga membuktikan terdapatnya perubahan dan peningkatan dalam hasil karangan murid.  Peserta kajian berpendapat bahawa inovasi dan penguasaan kemahiran menulis yang diterapkan dalam diri murid telah menyebabkan perubahan dalam karangan mereka.  Keratan temu bual para murid di bawah menjelaskan kenyataan ini.
“Saya pernah berasa menulis karangan respon terbuka dan karangan rangsangan sangat susah.  Tetapi, pandangan saya telah berubah sejak penggunaan Kad Piramid Karangan Pelbagaiguna”.
MOHD. FAIZAL B. ISMAIL


“Saya mendapat keputusan yang lebih baik selepas pengenalan Kad Piramid Karangan Pelbagaiguna”.
ALISON BIN MATINGAP
“Kad Piramid Karangan Pelbagaiguna + aktiviti nyanyian menarik perhatian dan PdPc lebih seronok walaupun guru mengajar karangan di kelas”.
JESSIKA JAIBIN

“Kad Piramid Karangan Pelbagaiguna memudahkan saya mengingati formula karangan dengan cepat dan tidak bosan”.
NUR IZZATY LAILA BINTI MASLAN

“Kad Piramid ini membolehkan saya belajar dengan rakan-rakan saya dengan lebih seronok”.
ASMERA BINTI SHARIF

“Saya mengingati teknik Jumbakpek dengan menyanyikan lagu Jumbakpek yang telah disediakan oleh guru”.
RAINALLY

“Kesan daripada mempelajari teknik penulisan ini ialah saya mudah menulis karangan dan mudah mengingati langkah demi langkah semasa menulis karangan”.

MOHAMAD FADZIL AZME BIN BANGIS

            Petikan temu bual peserta kajian di atas jelas menunjukkan bahawa, penggunaan inovasi kad piramid karangan pelbagai guna dalam pengajaran telah memberi impak yang positif terhadap hasil kerja murid.  Jelaslah bahawa penggunaan inovasi ini sebagai salah satu pedagogi intervensi dalam pengajaran suasana kemahiran menulis karangan sesuai diaplikasi dalam bilik darjah.  Selain mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan, inovasi ini juga dilihat telah meningkat kemahiran menulis karangan murid.
            Selain itu, soal selidik para murid juga diambil untuk memastikan kesesuaian inovasi ini digunakan dalam pengajaran menulis karangan.  Jadual refleksi soal selidik peserta kajian berkaitan penggunaan inovasi dalam pengajaran adalah seperti yang berikut:
Jadual 6:  Keputusan Soal Selidik Penggunaan Teknik Jumbakpek dan Kad Piramid Karangan Pelbagai guna
Bil
Soalan
Bilangan Murid
Peratus ‘Ya’
(%)

Ya
Tidak
1
Adakah anda menyukai kaedah JUMBAKPEK?
34
0
100
2
Adakah JUMBAKPEK tersebut senang untuk dipelajari dan dingati?
34
0
100
3
Adakah anda menghadapi masalah semasa menyediakan kad Piramid Karangan Pelbagai guna?
2
32
6
4
Adakah anda akan sentiasa menggunakan Kad Piramid Karangan Pelbagai guna tersebut?
32
2
94
5
Adakah Kad Piramid Karangan Pelbagai guna benar-benar membantu anda lebih memahami cara menulis /mengarang karangan.
33
1
97
6
Adakah anda telah faham formula karangan JUMBAKPEK?
25
9
74
7
Adakah anda telah dapat menghafal semua formula karangan dalam Kad Piramid Karangan Pelbagai guna?
20
14
59
8
Adakah anda yakin dapat menulis karangan mengikut teknik Jumbakpek dengan betul?
28
6
82
9
Adakah anda mempunyai kaedah lain untuk mengingati formula ion?
8
26
24
10
Adakah anda bersetuju kaedah JUMBAKPEK dan Kad Piramid Karangan Pelbagai guna diteruskan untuk masa akan datang?
34
0
100

Dapatan dari jadual di atas menunjukkan keputusan soal selidik iaitu semua murid menyukai teknik JUMBAKPEK dan penggunaan Kad Piramid Karangan Pelbagai guna semasa menulis karangan mengikut tema karangan tingkatan 5.  Kaedah tersebut telah membantu para murid untuk memahami cara menulis karangan dengan berkesan. Malah murid juga mencadangkan agar inovasi dan aktiviti yang dilaksanakan dalam pengajaran tersebut digunakan juga dalam pembelajaran akan datang.  Di samping itu, inovasi Kad piramid karangan pelbagai guna bersama nyanyian lagu Jumbakpek dalam kemahiran menulis karangan ini secara keseluruhan telah menimbulkan satu persekitaran pembelajaran yang berbeza seiring dengan pembelajaran abad ke-21.
PERBINCANGAN DAN RUMUSAN
Pelaksanaan inovasi kad piramid karangan pelbagai guna bersama nyanyian lagu Jumbakpek dalam penulisan karangan Bahasa Melayu telah mengubah persepsi murid terhadap mata pelajaran Bahasa Melayu yang dikatakan membosankan kepada pembelajaran yang menyeronokkan terutamanya semasa pembelajaran kemahiran menulis karangan di bilik darjah.  Pengajaran kemahiran menulis karangan dalam penggunaan inovasi ini telah diajar secara berperingkat-peringkat.  Peserta telah memperkenalkan inovasi kad piramid karangan pelbagai guna bersama nyanyian lagu Jumbakpek untuk mengajar tiga elemen penting dalam pembinaan satu karangan secara berasingan termasuklah elemen menganalisis soalan karangan.  Peserta hanya memfokuskan kepada pendahuluan karangan dan diikuti dengan pengembangan isi dan seterusnya penutup karangan. 

            Mengarang merupakan satu proses yang dinamik yang melibatkan proses yang berulang-ulang dan bertindan antara satu proses yang lain (Flowers dan Hayes,1991).  Hal ini membuktikan bahawa proses menulis satu karangan itu sangat penting untuk murid menguasai kemahiran menulis berbanding produk akhir penulisan.  Dalam penggunaan inovasi ini, proses ini ditekankan sebagai aktiviti yang boleh dijadikan satu usaha untuk membina pengetahuan murid dengan pengetahuan sedia ada.

            Penggunaan inovasi kad piramid karangan pelbagai guna dengan lagu Jumbakpek dalam pengajaran ini telah memberi impak yang positif sama ada hasil penulisan murid atau suasana pembelajaran di bilik darjah.  Murid-murid juga aktif dan berusaha melibatkan diri dalam pembelajaran dan hal ini menimbulkan satu suasana pembelajaran yang menyeronokkan.  Oleh itu, penggunaan kad piramid karangan pelbagai guna untuk menulis karangan teknik Jumbakpek ini perlu diteruskan sepanjang masa demi memastikan penguasaan pelajar sentiasa berada pada tahap optimum. Izharnya, penggunaan inovasi ini sesuai diaplikasi dalam pengajaran menulis karangan Bahasa Melayu Tingkatan 5.

            Kesimpulannya, guru memainkan peranan penting dalam memastikan pengajaran dan pembelajaran sentiasa bermakna dan memberi kesan yang positif kepada murid.  Pendedahan awal adalah perlu supaya murid tidak menghadapi masalah apabila berada di tingkatan 5 dan menghadapi peperiksaan SPM nanti.  Guru perlu cekap merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran berasaskan penggunaan inovasi yang kreatif dan kritis sebagai proses atau membina pengalaman secara berterusan dan murid juga mesti dilibatkan dalam setiap langkah atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran seiring dengan pembelajaran abad ke-21.

RUJUKAN

Azizul Rahman Abdul Rahman.  (2016).  Ungkapan Indah untuk Penulisan.  Selangor Darul Ehsan:  Ilmu Bakti
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan. (2008). Manual Kajian Tindakan. Edisi ketiga. Putrajaya:Kementerian Pelajaran Malaysia.
Fower, Linda and John R.Hayes. (1991). “A Cognitive Process Theory of Writing.”  College Composition and Communication 32.4(December 19810: 365-87.
Kementerian Pelajaran Malaysia. (2011).  Buku Teks Bahasa Malaysia Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) Tingkatan 5.  Selangor Darul Ehsan: Dewan Bahasa dan Pustaka
Kementerian Pelajaran Malaysia. (2016).  Buku Teks Bahasa Malaysia Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) Tingkatan 4.  Selangor Darul Ehsan: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Noor Rohana Mansor.  (2003).  Penyebatian kemahiran berfikir dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.  Dewan Bahasa, April.
Spencer , L.M and Spencer, S.M. (1993).  Competence at Work.  John Wiley & Sons, New York.
Sufean Hussin.  (2004).  Pendidikan di Malaysia: Sejarah, Sistem dan Falsafah.  Kuala Lumpur:  Dewan Bahasa & Pustaka
Zakaria Bin Omar. (2014).  Pendekatan konstruktif dalam Inovasi Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu di Kolej Vokasional.  Fakulti Pendidikan teknikal dan Vokasional Universiti tun Hussien onn Malaysia Tahun 2009, ms 1-36.
Zamri Mahamod.  (2012).  Inovasi Pengajaran dan Pembelajaran Dalam Pendidikan Bahasa Melayu.  Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.